Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 2

BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British.

Apakah yang dimaksudkan gerakan nasionalisme?

Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Bilakah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

Berlaku sejak abad ke-19.

Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan terhadap British di tanah Melayu,

Sabah dan Sarawk pada abad ke -19.

Tokoh Tempatan Lokasi Penentangan

Penghulu Dol Said -Naning, Melaka

Linggir -Batang Lupar, Sarawak

Rentap -Kubu Nanga Skrang,Sarawak

Syarif Masahor & patinggi Abdul Ghapur -Kanowit,Sarawak

Mat Salleh -Di Persisir pantai Sabah

Dato’ Maharaja Lela -Pasir Salak, Perak

Yam Tuan Antah -Sg Ujung, Negeri Sembilan

Dato’ Bahaman -Lubuk Terua/Kuala Tembeling

Dan Jeram Ampai, Pahang.

Tok Janggut -Pasir Puteh, Kelantan

Hj Abdul Rahman Limbong -Kuala Berang, Terengganu

Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.

1. Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik menyebabkan kawasan

yang dijajah terikat dengan peraturan British. Misalnya Naning dipaksa menjadi jajahan

takluk British dan membayar ufti menyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said

dengan British.

2. British ditentang kerana menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka melalui

perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan membolehkan saudagar dari Negeri-

Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

3. British memaksakan penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai,

undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa

setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan

Mereka dan dikenakan cukai tanah yang bertentangan dengan amalan tradisi.

4. British bertindak campur tangan dalam adat resam tempatan.Misalnya di Perak, J.W.W Birch

telah campur tangan dalam adapt resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini,

Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

5. British memaksa menerima nilai-nilai dan budaya Barat yang bertentangan dengan budaya

masyarakat tempatan.

6. Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran serta

anak buah setelah penjajahan.

7. Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.

8. Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan.

Jelaskan peristiwa penentangan Dol Said terhadap British di Naning.

1. Tidak bersetuju dengan tindakan British meletakan Naning sebagai sebahagian daripada

wilayah takluknya.

2. Mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti

kepada negeri Melaka.

3. British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1931 dan pasukan

British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said.

4. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali, dari Rembau, Syed Shaban,

Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan 150 tentera British pimpinan Kapten Wyllie.

5. Pada akhir tahun 1832,British dengan 1200 tentera sekali lagi menyerang Naning.

6. British berjaya mengalahkan tentera Dol Said, kerana tidak mendapat bantuan.

7. Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.

Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin Sarawak terhadap James Brooke.

1. Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan

bantahan daripada pemimpin tempatan.

2. James Brooke menyerang pemimpin yang enggan menyerahkan daerah mereka kapada

beliau.

3. Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat

Batang Lupar.

4. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar

Menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan pengikutnya tewas.

5. Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang

Iban di sungai Skrang yang dianggap sebagi lanun.

6. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang

kezaliman.

7. James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung menyebabkan Rentap

dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka diserang.

8. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap dan beliau terpaksa berundur ke Ulu

Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

9. Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak

penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.

10. Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

11. James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah

Menyerang kubu tersebut.

12. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching,

tetapi gagal.

13. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada

British di Singapura.

14. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh

Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Terangkan peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

1. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan

Sungai Sugut.

2. Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai

kepala dan surat perahu.

3. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB sebaliknya pegawai-pegawai

syarikat tidak memberi layanan malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

4. Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung menyebabkan Mat Salleh

Terpaksa melarikan diri.

5. Pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap

kubu SBUB di Pulau Gaya.

6. SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan

kepada beliau.

7. SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB tetapi

dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

8. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Maharaja Lela ke atas British di Perak.

1. Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang tempatan

yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.

2. Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan serta penduduk

tempatan terhadap British.

3. Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian

Pangkor 1874.

4. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

5. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

6. Para pembesar menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal tempatan.

7. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

8. Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangi oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke

menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak terhadap campur

tangan British.

9. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di Durian

Sebatang antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu bertujuan

menentang undang-undang British.

10. Selepas bermesyuarat Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W Birch manakala

Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

11. Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku penentangan

terhadap British.

12. Mat Arshad, orang suruhan British,dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal

poster cukai di Pasir Salak.

13. Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan Dato’

Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.

14. Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak

menyebabkan Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

15. Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris

sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

16. Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor,Pandak Lam,Seputum dan Pandak Induk

dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor.sultan Abdullah,Menteri

Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulai Seychelles.

Terangkan penentangan Yam Tuan Antah terhadap British di Sungai Ujong.

1. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar menentang kemasukan dan penguasaan

British di Sungai Ujong.

2. Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British.

3. Pada masa yang sama beliau menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong yang mempelawa

British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka berebut kawasan sempadan untuk

mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Neger- Negeri Selat.

4. Dengan kerjasama British,Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’

Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujung.

5. Dato’ Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor tetapi kembali semula ke Sungai Ujong dan

menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.

6. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura manakala Dato’

Kelana Syed Abdul Rahman menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan

British.

7. Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai yang membolehkan

penguasaan British di Sungai Ujong.

Jelaskan penentangan Dato’ Bahaman terhadap British di Pahang.

1. Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang- undang British yang bertentangan dengan

adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil

tanah,sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar oleh Residen British di Pahang.

2. Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ bahaman sebagai Orang

Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

3. Dato, Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu

menentang British selama lima tahun.

4. Siri penentangan Dato’ Bahaman dengan menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,

kawasan pengaruhnya.

5. Menyerang British kerana menangkap anak buahnya diikuti serangan dan menawan semula

Lubuk Terua serta menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

6. British bertindakbalas dengan menghantar tentera menyerang Jeram Ampai menyebabkan

Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.

7. Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala tok Gajah dan keluarganya menetap di

Hulu Terengganu.

8. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok diberikan perlindungan politik oleh

Raja Chulalongkorn dan menetap di Chieng Mai serta meninggal dunia di sana.

Jelaskan penentangan Tok Janggut terhadap British di Kelantan.

1. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat

British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.

2. Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh

Pegawai Daerah Pasir Puteh.

3. Pihak Polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.

4. Pada tahun 1915, Tok Janggut,Pembesar dan rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir

Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.

5. Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut

sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

6. British menggunakan nama Sultan Kelantan membawa masuk pasukan tentera dari Negeri

Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus mendarat di Tumpat dengan menyerang di

Saring.

7. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah

menyebabkan Tok Janggut terkorban..

8. Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan

kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang

berani menentang British.

Terangkan penentangan Haji Abdul Rahman Limbong terhadap British di Terengganu.

1. Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak menentang British kerana tidak berpuas hati

dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British di Terengganu.

2. Beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa

menghiraukan peraturan tanah British.

3. Beliau bersama 300 orang penduduk kampung membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah

Ibn Sultan Zainal Abidin III dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.

4. British berasa bimbang dan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat

disuraikan.

5. Penduduk tempatan yang marah melancarkan serangan bersenjata terhadap dasar British

berjaya menduduki banggunan kerajaan di Kuala Berang.

6. Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.

7. Dengan menggunakan kuasan dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga

orang pembesar Sultan menawan semula Kuala Berang.

8. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.

9. Sepasukan polis seramai 25 orang menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan

kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.

10. Haji Abdul Rahman Limbong pula diserang oleh seramai 50 orang polis yang dibawa dari

Singapura berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

Apakah pengajaran yang diperolehi penentangan pemimpin tempatan menentang penjajah.

1. Patut kita contohi telah menunjukkan semangat cintakan negara yang tinggi kerana sanggup

berkorban untuk bangsa.

2. Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang

penjajahan British.

3. Sikap berdisplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya.

4. Kekalahan mereka dalam perjuangan itu adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.

5. Kita perlu menimba ilmu pengetahuan supaya tidk di jajah.

6. Perlu perpaduan di kalangan pemimpin supaya musuh dapat ditentang secara serentak.

Pada pendapat anda mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British

mengalami kegagalan.

1. Pejuangan pemimpin tempatan bercorak setempat memudahkan British menghapuskan

penentangan dalam jumlah yang kecil.

2. Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan luar sepertimana serangan British ke atas Dol

Said kali yang kedua.

3. Terdapat pemimpin tempatan yang bersengketa memberi peluang kepada British campur

tangan seperti pemusuhan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong.

4. Menggunakan kesempatan atas arahan Sultan British bertindak untuk menghapuskan

penentangan seperti yang berlaku di Terengganu menyebabkan rakyat tidak menentang

kerana taat setia rakyat kepada Sultan.

5. British menggunakan peralatan dan teknologi yang canggih walaupun dalam jumlah tentera

yang kecil dapat mengalahkan pemimpin tempatan yang jumlah bilangan tentera yang besar.

6. British mendapat bantuan tentera daripada luar seperti dari Singapura,Burma dan India.

7. Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan British seperti di Perak dan Kelantan.

8. Sulatan menghadapi tekanan daripada British seperti di Perak, Terengganu dan Kelantan

yang membolehkan pemimpin tempatan di bunuh dengan kejam.

Tok Janggut dibunuh dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu kemudian di gantung

dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di pasar oleh British. Apakah pandangan

anda mengenai peristiwa tersebut terhadap British?

1. Sikap kejam penjajah dan tidak berperikemanusiaan.

2. Sanggup bertindak dengan apa saja untuk mencapai matlamat.

3. Menunjukkan sikap tidak bertamadun Barat.

4. Sebagai penghinaan terhadap penduduk peribumi.

British bertindak menghukum Haji Abdul Rahman Limbong dengan membuang negeri ke

Mekah.

Pada pendapat anda mengapakah British bertindak sedemikian.

1. Beliau seorang ulama yang terkenal.

2. British bersikap bertimbang rasa terhadap ulama.

3. Mekah adalah tempat tinggal yang sesuai ulama.

4. Di sana beliau dapat mendalami ilmu agama.

5. Beliau boleh menjadi tenaga pengajar agama.

6. Boleh menunai ibadat haji dan umrah.

7. Melenyapkan pengaruh beliau kerana Mekah jauh dari Tanah Melayu.

8. Mengambil hati penduduk tempatan supaya tidak melakukan pemberontakan.

Faktor – faktor Pemangkin Nasionalisme.

Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada

abad ke 20.

1. Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional meletakkan seorang

Residen dan Pegawai British mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar

tempatan.

2. Kemunculan golongan intelek Melayu dari pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular

Melayu meningkat kesedaran bangsa Melayu menolak penjajahan British.

3. Dasar British menggalakkan kemasukan orang dagang untuk melabur,berniaga,berdagang,

bekerja dan menetap di Tanah Melayu dengan menguasai ekonomi dalam bidang

perlombongan,perladangan dan perniagaan manakala orang melayu kekal dalam

penanaman padi.

4. Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan

orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.

5. Dasar British telah memundurkan taraf hidup orang Melayu menyebabkan golongan intelek

Melayu menjadikanya isu gerakan nasionalisme.

6. Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan

negara-negara Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan tetapi kekejaman Jepun

menimbulkan kebencian penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

7. Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada tahun 1945 membangkitkan

semangat menentang penjajahan kerana kekejaman dengan membunuh orang Melayu.

8. Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan buku,akhbar,majalah dan kitab agama

untuk menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan dengan meluas.

9. Gerakan Pan Islamisme sedunia melahirkan Reformis Islam syeikh Muhammad Abduh

membangkitkan kesedaran pemahaman Islam untuk menentang penjajahan terhadap

negara-negara Islam yang disebarkan dalam majalah al- Manar.

10. Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis dan karya mereka menjadi bacaan

masyarakat di Tanah melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap

penjajahan.

Apakah yang dimaksudkan Kaum Muda.

1. Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyiah di Timur

Tengah.

Senaraikan tokoh-tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.

1. Sheikh Tahir Jalaludin,Syed Sheikh al-Hadi, Dr Burhanuddin al-Helmy,Mohd Yunus bin

Abdul Hamid,Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al- Khalili.

Huraikan sumbangan Syed Sheikh al-Hadi dalam gerakan Islah di Tanah Melayu.

1. Salah seorang pendokong Kaum Muda.

2. Menubuhkan Jelutung Press.

3. Menerbitkan akhbar Saudara memuatkan idea kaum muda.

4 Mendirikan madrasah al-Masyor di Pulau Pinang.

5. Menulis novel Hikayat Faridah Hanum membincangkan kebebasan dan pendidikan kepada

wanita.

Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda.

1. Mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

2. Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah

gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.

3. Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.

4. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan

orang Melayu.

Namakan akhbar dan majalah yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan

perjuangan mereka.

1. Al Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara dan Lidah Benar

2. Pengasuh dan al – Ikhwan

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menyekat perjuangan Kaum Muda.

1. British mengeluarkan undang-undang menyekat pengaruh kaum Muda di Negeri-Negeri

Melayu.

2. Mengeluarkan undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran

Sultan.

3. Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Neger-Negeri Melayu.

Mengenakan hukuman yan berat kepada sesiapa yang mencetak tulisan berhubung agama

Islam tanpa kebenaran Sultan.

4. Meminta mufti atau pegawai yang dilantik oleh Sultan menapis segala tulisan berhubung

agama Islam.

Apakah kejayaan yang dicapai oleh kaum Muda dalam perjuangan mereka di Tanah Melayu.

1. Berjaya menentang pengaruh Kaum Tua berhubung dengan ajaran Islam yang sebenar.

2. Berjaya menubuhkan madrasah iaitu sekolah Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol.

3. Menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat seperti farzu

ain.Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.

4. Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat pendidikan.

5. Berjaya membawa idea nasionalisme peringkat awal di Tanah Melayu.

Terangkan perkembangan gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda di Tanah

Melayu pada abad ke 20.

1. Peringkat awal ditentang oleh Kaum Tua yang menguasai fahaman masyarakat Melayu

tentang Islam hanya berkaitan dengan akhirat dan fardu ain sahaja.

2. Gerakan ini hanya bergerak di Negeri- Negeri Selat sahaja kerana terdapat undang-undang

dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda.

3. Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa

kebenaran Sultan.

4. Undang- undang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke

negeri-negeri tersebut.

5. Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menjalankan sistem pendidikan Islam yang

meliputi untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain,ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

6 Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan

pendidikan.

Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920 an dan 1930 an.

1. Warta Melayu 2. Lembaga Melaya 3. Majlis

4. Utusan Melayu 4. Warta Negara.

Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920- an dan

1930- an.

1. Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu.

2. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

3. Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dan tidak berusaha.

4. Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.

5. Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.

6. Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.

7. Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi.

8. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.

9. Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan islam.

10. Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang

dunia Kedua.

1. Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh orang Melayu.

2. Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana akan mengancam

ekonomi penduduk pribumi.

3. Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

4. Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.

5. Menyeru orang Melayu berjimat cermat.

6. Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua.

1. Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

2. Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana gagal memimpin rakyat.

3. Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

4. Menuntut di adakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam

perkhidmatan kerajaan

5. Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.

6. Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

1. Majalah Guru 2. Pengasuh 3. Bulan Melayu.

Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua.

1. Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas anak- anak Melayu.

2. Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.

3 Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.

4. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu.

5. Memajukan bahasa dan sastera Melayu.

6 Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

7. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.

8. Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam.

9. Memperluaskan ilmu dalam semua bidang.

10. Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.

11. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

12. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.

13. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

14. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel Keris Melaka,Anak Mat Lela Gila,Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur

bertemakan semangat kebangsaan, jelaskan.

1. Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat seperti Portugis.

2. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah.

3. Menggunakan sejarah sebagai Inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat

perjuangan bangsa bagi generasi muda.

4. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.

5. Menghargai warisan bangsa sendiri.

6. Mencintai tanah air.

7. Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

8. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah.

9. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.

10 Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu

menjatuhkan maruah bangsa.

11. Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan.

12. Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan diri.

13. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

Pada pendapat anda, mengapakah akhbar dan majalah sesuai menaikkan semangat

nasionalisme orang Melayu.

1. Orang Melayu boleh membaca akibat daripada perkembangan sistem pendidikan.

2. Mampu dibeli kerana harganya murah.

3. Sesuai untuk menyebarkan tentang sesuatu isu dan idea.

4. Memaparkan cerita yang benar berlaku.

5. Dapat berkembang secara meluas ke kawasan luar bandar.

6. Menjadi bahan bacaan utama orang Melayu.

7. Perkembangan teknologi percetakan.

8. Peranan yang dimainkan oleh persatuan,pertubuhan dan penulis.

Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dalam gerakan nasionalisme di

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum perang Dunia Kedua.

Kesatuan Melayu Singapura

1. Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura dengan Mohammad

Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.

2. Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

mendesakan kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperolehi sebuah

kawasan penempatan khas bagi orang Melayu Singapura.

Persatuan Sahabat Pena Malaya

1. Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar mewujudkan perpaduan bagi

memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

2. Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam

soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

Persatuan Melayu Sarawak

1. Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah

bangsa,serta menegakkan ajaran agama Islam.

Persatuan sahabat Pena Sabah

1. Mewujudkan perpaduan di kalangan anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga

kecil,pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Kesatuan Melayu Muda

1. Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.

2. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.

3. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan

Indonesia.

Kongres Melayu

1. Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.

2. Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.

3. Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik.

4. Mengatasi perasaan kenegeriaan yang memisahkan orang Melayu.

Apakah Melayu Raya atau Indonesia Raya.

1. Slogan atau cita- cita politik sebahagian kecil orang Melayu dibawah Kesatuan Melayu Muda.

2. Mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit,srivijaya dan

Melaka.

3. Idea negara Melayu Malaya dicetuskan oleh abdul Hadi Hassan Pensyarah Maktab

Perguruan Sultan Idris.

4. Menjadi matlamat perjuangan KMM menubuhkan negara untuk bergabung dengan Indonesia

mencapai kemerdekaan daripada penjajah British.

Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuang semangat

nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

1. KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.

2. Matlamat penubuhan untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh

Semenanjung.

3. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.

4. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan

Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

5. KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah

Melayu.

6. Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat

propaganda anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

7. KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda

menentang British.

8. Maahad II Ihya Assyariff,di Gunung Semanggol menjadi penyokong KMM dengan

menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British.

9. Ibrahim Haji Yaakob,Ishak Haji Muhammad, dan 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh

British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi,Singapura.

Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat semangat kebangsaan penduduk

tempatan semasa Jepun menjajah di Tanah Melayu.

1. Menjalankan pemerintahan ketenteraan.

2. Menyekat kebebasan bersuara penduduk di Tanah Melayu.

3. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong dan bergerak di bawah

pengawasannya.

4. Mengharamkan penerbitan semua akhbar.

5. Menukarkan nama akhbar temapatan kepada nama Jepun seperti Malai Shibun untuk

Utusan Melayu.

6. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.

7. Menerapkan nilai budaya Jepun dalam kehidupan seharian.

Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah

Melayu di antara tahun 1941 hingga 1945.

1. MPAJA- Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah

dengan bantuan senjata oleh pihak British.

2. Gerila- Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.

3. Bintang tiga- Pasukan bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga

kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara

gerila.

4. Force 136- Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136 keanggotaan terdiri

daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British,bergerak

secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,Johor dan Pahang.

5. Wataniah-Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela menentang Jepun terdiri

daripada guru,pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan

Jepun.

8 comments:

  1. thanks.this note help me finishing my homework.

    ReplyDelete
  2. tak cukup lagi semua yg bedasarkan di atas ade dlm buku teks tahun 5

    ReplyDelete
  3. tak cukup lagi semua yg bedasarkan di atas ade dlm buku teks tahun 5

    ReplyDelete
  4. Thank you. Its not perfect at all. But it did help me a lot.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...iktibar dari peristiwa ni ape ye?

    ReplyDelete