Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 6

BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

A. Zaman Khalifah al-Rasyidin

Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?

1. Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

2. Dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

Senaraikan empat pemimpin Khulafa al-Rasyidin?

1. SaidinaAbu Bakar al-Siddiq, keturunan Bani Tamin.

2. SaidinaUmar bin al-Khattab, keturunan BaniAdi.

3. Saidina Uthman binAffan,keturLinan Bani Umaiyah

4. Saidina Ali binAbu Talib, keturunan Bani Hashim

Nyatakan syarat-syarat untuk dilantik sebagai Khalifah.

1. Lelaki yang merdeka, beragama Islam dan memiliki pengetahuan agama.

2. Mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan perintah Allah, warak dan memiliki akhlak yang baik.

3. Mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir, adil dan pandai mentadbir kerajaan.

Apakah kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khalifah al-Rasyidin?

1. Melalui musyawarah atau syura, semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama.

2. Melalui cadangan satu nama sahaja semasa pelantikan Saidina Umar yang telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

3. Melalui pemilihan semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan daripada sejumlah enam nama yang diusulkan.

4. Melalui pencalonan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib oleh sekelompok majoriti masyarakat.

Apakah yang dimaksudkan baiah?

1. Perakuan sumpah taat setia oleh seseorang yang dilantik sebagai khalifah.

Apakah tugas seorang Khalifah dalam memerintah negara?

1. Memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah.

2. Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

3. Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara

4. Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh

5. Bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara.

6. Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

7. Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.

8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.

9. Memantapkan sistem perundangan Islam.

10. Bertanggungjawab menguruskan hat ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan baitulmal.

11. Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

Apakah sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa menjadi Khalifah al-Rasyidin yang pertama?

1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w.

2. Memerangi dan menghapuskan golongan al-Riddab iaitu golongan nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad.

3. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur di sebelah barat.

4. Menghantar Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, kedua-dua ekspedisi ini mencapai kejayaan.

5. Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah dan melantik seorang amir untuk mentadbir.

6. Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang.

7. Memperkenalkan undang-undang tanah.

8. Memberi hak yang sama kepada golongan mawali seperti orang Islam Arab.

9. Mengumpulkan semula tulisan al-Quran kerana kematian ramai hafiz sewaktu menentang golongan al-Riddah dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya semula.

Jelaskan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al­-Khattab dalam pemerintahannya.

1. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.

2. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.

3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.

4. Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.

5. Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.

6. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha.

7. Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku hakim dengan memberi gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).

8. Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.

9. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.

10. Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai permulaan pengiraan tahun menurut Islam.

11. Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

12. Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.

13. Membina markas tentera di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

14. Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

15. Menggalakkan rakyat meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar untuk pertanian.

16. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai, seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi, kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

17. Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.

18. Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki dengan memperkenalkan tanah bertuan dan tidak bertuan.

19. Membina markas tentera di bandar-bandar utama untuk tujuan keselamatan.

Jelaskan pembaharuan Khalifah Uthman bin Affan dalam pemerintahannya.

1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.

2. Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

3. Menyelaraskan bacaan ayat al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

4. Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.

5. Mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara dan memperkuat angkatan tentera laut.

6. Mengekalkan Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam sebagai sumber pendapatan baitulmal.

Nyatakan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam pemerintahannya.

1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

2. Sanggup menghentikan peperangan saudara, iaitu Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan kerana lawan yang telah mengangkat al-Quran.

3. Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria untuk pertahanan negara.

4. Mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah.

Mengapakah keempat khalifah dalam sistem pemerintahan Khulafa al­-Rasyidin berjaya mentadbir negara?

1. Kepimpinan yang menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.

2. Perpaduan yang kukuh menyebabkan Madinah menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas dan dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi.

3. Menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

4. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.

5. Kejayaan menjalankan tugas dengan baik membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup serta memberikan taat setia kepada pemerintah dan negara.


B. Kerajaan Bani Umaiyah

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?

1. Muawiyah bin Abu Sufyan

Apakah sistem perlantikan yang diamalkan dalam pemilihan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah?

1. Melalui sistem warisan secara turun temurun.

Nyatakan gelaran pemerintah kerajaan Bani Umaiyah.

1. Tahap pertama menggunakan gelaran khalifah

2. Tahap kedua menggunakan gelaran amir.

Senaraikan pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dan kedua?

1. Tahap pertama di Damsyik, Syria.

2. Tahap kedua di Cordova, Sepanyol.

Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan perundangan.

1. Sistem perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.

2. Sistem wazarah, pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pantadbiran negara di bahagian kerajaan pusat.

3. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.

4. Sistem urus setia membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman serta pegawai pengurusan. Sistem hijabah seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

5. Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran.

6. Sistem ketenteraan telah diperkemaskan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) iaitu angkatan tentera darat dan tentera laut.

7. Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak dalam sistem perundangan.

8. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah.

9. Seseorang hakim mestilah adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang diadili.

Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial.

1. Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.

2. Melahirkan ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al­-Uzri.

3. Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.

4. Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan al-Quran.

5. Melahirkan tokoh ilmu agama semasa era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

6. Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik untuk meningkatkan taraf kesihatan.

7. Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta.

8. Ibn at-Nafis membetulkan kesilapan Galen berhubung sistem pengedaran darah.

9. Beliau menghasilkan buku kajian umum profesion kedoktoran.

10. Beliau adalah seorang pakar bedah yang menghasilkan buku tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

11. Perkembangan ilmu dalam bidang kimia.

12. Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi.

13. Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial dan ekonomi di Andalusia?

Bidang Sosial

1. Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III.

2. Pembinaan perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II.

3. Semasa pemerintahan kedua-dua orang tokoh ini, telah wujud 17 buah pusat pengajian serta 70 buah perpustakaan di Andalusia.

4. Pusat keilmuan ini berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

5. Pembinaan sebuah pusat penterjernahan untuk mentedemahkan karya tokoh Yunani ke bahasa Arab di Toledo peluang kepada orang Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu.

6. Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.

7. Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan yang dihasilkan begitu juga dengan orang Eropah.

8. Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat pada binaan Masjid Cordova.

9. Seni bina masjid yang indah mempunyai menara, kubah beralaskan kayu berukir dan tiang yang diperbuat daripada marmar.

10. Pada waktu malamnya pula masjid ini dapat diterangkan dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun untuk tujuan tersebut.

Bidang Ekonomi

1. Menubuhkan baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.

2. Memperolehi sumber pendapatan daripada kharaj, jizyah, zakat, usyur. dan ghanimah.

3. Cordova, selain menjadi pusat ilmu, juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

4. Kemajuan perusahaan pembuatan barangan tembikar.

5. Perkembangan dalam perusahaan perhiasan daripada perak dan emas.

6. Perkembangan dalam kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.

7. Sektor pertanian mencapai kemajuan dengan membina sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

8. Melakukan penyelidikan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan.


C. Zaman Bani Abbasiyah

Siapakah pengasas kerajaan Bani Abbasiyah?

1. Abu Jaafar al-Mansur

Senaraikan empat khalifah yang terkenal dalam pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.

1. Abu Abbas a]-Saffah

2. AbuJaafaral-Mansur

3. Hurun al-Rasyid

4. Abdullah al-Makmun

Terangkan sebab-sebab kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan Bani Abbasiyah.

1. Orang Islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbar mengganggap mereka telah didiskriminasikan.

2. Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap layak.

3. Mereka juga dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam.

4. Golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah.

5. Para khalifah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

6. Khalifah Umaiyah mengabaikan ajaran Islam yang membangkitkan kemarahan rakyat.

7. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terns ditentang oleh golongan Syiah dan Khawarij.

8. Ali bin Abdullah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untuk mendapat sokongan rakyat menentang Kerajaan Umaiyah.

Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah ditubuhkan?

1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

2. Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah bergerak secara sulit, dan secara terbuka dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

3. Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untuk mendapat sokongan rakyat.

4. Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang Kerajaan Umaiyah.

5. Gerakan ini diperkukuh oleh Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.

Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan.

1. Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu semasa pemerintahan Khalifah Harun al­-Rasyid dan anaknya Khalifah al-Makmun.

2. Menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

3. Menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab.

4. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap, pertama, mencatat idea, kedua, mengumpul idea yang serupa ke dalam sebuah buku, ketiga, mengarang ke dalam bahagian dan bab.

5. Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah.

6. Melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq, Abu Hanifah, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal.

7. Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.

8. Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas.

9. Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.

10. Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan membolehkan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.

11. Penterjemahkan kajian sarjana Islam dalam bahasa asing telah menyebabkan berlaku Renaissance di Eropah.


4. Kerajaan Turki Uthmaniyah

Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

1. Bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia.

2. Pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.

3. Pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul menguasai kerajaan lain dan akhimya membentuk kerajaan Uthmaniyah.

4. Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi serta pemimpin masyarakat bersatu dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.

5. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kernudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri.

Apakah yang difahamkan dengan semangat Ghazi?

1. Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam.

Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?

1. Kumpulan tentera elit yang terlatih dalam ketenteraan yang diberi latihan fizikal dan ketenteraan terutamanya selok belok, taktik dan teknik peperangan sejak dari kanak-kanak.

Jelaskan Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah.

1. Mampu bertahan hingga 600 tahun dengan menakluki sebahagian Eropah.

2. Sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah.

3. Memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama semasa pemerintahan Suleiman I dikenali sebagai Kanun Suleiman.

4. Memperkenalkan jawatan seperti Kadi dan Mufti telah dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.

5. Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan agama dan sains undang­undang digunakan hingga ke hari ini.

6. Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara dunia Islam dengan dunia bukan Islam.

7. Menguasai pelabuhan membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

8. Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada mobiliti sosial dalam masyarakat Eropah.

9. Berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.

10. Memperkembangkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

11. Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.

12. Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.

13. Sumbangan dalam seni bina masjid.

Terangkan faktor-faktor menyebabkan kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam di Eropah.

1. Pegangan akidah yang kukuh.

2. Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.

3. Mempunyai semangat ghazi, iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam.

4. Sistem ketenteraan yang tersusun serta penggunaan peralatan senjata moden seperti penggunaan meriam besar.

5. Mempunyai tentera darat yang kuat seperti tentera berkuda dan kumpulan infantri.

6. Mempunyai angkatan tentera taut dengan terdapat 300 buah kapal mengawal keselamatan di Laut Meditteranean.

7. Mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.

8. Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah, akibat daripada pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan perluasan Islam di Eropah.

9. Kejatuhan kerajaan Byzantine memberikan laluan kepada penyebaran Islam di kalangan masyarakat Balkan.

10. Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya, serta kekurangan kewangan institusi gereja menyebabkan ramai penganut agama Kristian memeluk Islam.

11. Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.

12. Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk memeluk Islam.

13. Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan membolehkan setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.

14. Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.

15. Penghijrahan orang Turki termasuk pendakwah ke kawasan Balkan menyebabkan penyebaran Islam di Eropah berjaya.

16. Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.


E. Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain

Senaraikan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

1. Rom

2. Parsi

3. Eropah

4. China

5. India

Senaraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

1. Melalui perdagangan dan perniagaan.

2. Melalui hubungan diplomatik.

3. Melalui penaklukan dan ketenteraan.

4. Melalui kebudayaan

5. Melalui intelektual.

Bagaimanakah tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain dunia?

Melalui perdagangan dan perniagaan

1. Nabi Muhammad s.a.w.ketika berniaga ke Syam telah melihat tamadun Rom.

2. Perdagangan jarak jauh di kawasan penguasaan Islam seperti Teluk Parsi, laut Merah dan timur Mediterranean menyebabkan berlaku pertembungan dengan tamadun Parsi dan Rom.

3. Pada akhir abad ketujuh Masihi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Melalui hubungan diplomatik

1. Kerajaan Bani Umaiyah, menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol Kumpulan mereka menjalinkan hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda.

Melalui penaklukan dan ketenteraan

2. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al-As telah menakluki Mesir tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Yunani-Rom.

3. Perluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghdad pula telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan tamadun Islam.

4. Kerajaan Bani Umaiyah yang berjaya menakluki Qayrawan di Utara Afrika dan tiba di pantai Sepanyol meyebabkan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah.

5. Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi.

Melalui Kebudayaan

1. Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kemunculan kebudayaan baru oleh golongan Mozarab iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Melalui intelektual

1. Penyebaran Islam di Eropah menyebabkan para intelek Islam berjaya mendalami keilmuan tamadun Eropah, memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam.

Nyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

1. Islam mengubah sistem kehidupan panganutnya dan juga mereka yang di bawah taklukannya membawa satu nilai akidah kepercayaan kepada Allah s.w.t.

2. Islam menyediakan sistem perundangannya yang berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya.

3. Islam yang berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa dan kawasan geografi menghomati budaya setempat.

4. Pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia menyebabkan perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.

5. Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India.

6. Mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi seperti ketika pemerintahan Kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.

7. Terdapat persamaan dari segi amalan politik dalam dunia Islam berasaskan akidah dan syariah walaupun sistem pemerintahannya berbeza.

8. Perluasan kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan-kerajaan Islam membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan.

9. Pemerintahan Kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya kerana memiliki armada laut yang kuat.

10. Perkembangan Islam di Eropah turut mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya.

11. Menerusi pendidikan kurikulum yang memberikan penekanan kepada pendidikan berbentuk agama, sains, matematik dan teknologi.

12. Orang bukan islam di Sepanyol telah mengamalkan cara hidup orang Islam melahirkan golongan mudejar.

13. Cendekiawan Islam dan bukan Islam dapat bertukar pendapat dalam menghasilkan pengumpulan maklumat dan teks penulisan.

14. Cendekiawan Islam dapat menterjemahkan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Galen dan Hipocrates.

15. Penubuhan perpustakaan, iaitu baitulhikmah membolehkan proses penterjemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang sangat tinggi.

16. Bahan penulisan dari tamadun lain disimpan dan dikaji oleh orang Islam.

17. Menghasilkan sata budaya keilmuan di kalangan orang Islam sangat tinggi kerana penterjemahan karya tamadun bukan Islam.

Huraikan sumbangan Islam dalam bidang ilmu pengetahuan dan kesenian.

Bidang

Tokoh

Sumbangan

Perubatan

Ibn Sina

Peggarang buku perubatan yang digunakan Universiti di Eropah.

Zakaria al Razi

Perubatan klinikal dan menghasilkan sebuah ensiklopedia perubatan.

Penterjernah karya Galen ahli perubatan Greek.

al-Zahrawi

Arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

Ibn al-Nafis

Pakar bedah dengan membicara teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

Matematik

Al-Kwarizmi

al-Battani

Karya mereka diterjemah dan digunakan oleh orang Eropah.

Astronomi

Abu Ishak al-Biruji

al-Bitruni

al-Kindi

Karya mereka diterjemah ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan ahli astronomi Barat.

Pemikiran Politik dan

Undang-Undang Islam

Al-Farabi

al-Miskawayh

al-Mawardi

Menghasilkan yang memberi kesan mendalam kepada pemikiran politik orang Islam dan dunia Barat.

Falsafah dan Mantiq

Ibn-Rushd

Idea falsafah dan mantiq menjadi rujukan dan membawa kepada Zaman Renaissance di Eropah.

Ibn Sina

al-Kindi

al-Razi

Ibn-Farabi

Ibn al-Arabi

Imam Ghazali

Mereka ini memberi kesan mendalam terhadap perkembangan pemikiran usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan agama.

Kesusasteraan

Omar Khayyam

Penulis puisi dan novel yang diterjemahkan

oleh Barat.

Al-Jahiz

Terkenal dengan kitab al-Bayan

Jalal ad-Din Rumi

Penghasilan puisi ketuhanan.

Rabiah al-Adawiyah

Penghasilan puisi bertemakan ketuhanan dan hubungan manusia dengan tuhan.

Pelayaran

Ibn Battuta

AI -Mascudi

Ibn FadhIan

Catatan pelayaran menjadi rujukan sejarawan hari ini. Mengembara ke China, Parsi, India dan Afrika Timur.

Seni Ukir dan Seni Bina

Pembinaan Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmad di Istanbul (Masjid Biru), Istana Alhambra di Granada.

Seni Khat Arab

Terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmad di Istanbul (Masjid Biru), Istana Alhambra di Granada.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum , nak tanya sikit ye . apakah peranan kita untuk menghadapi pertembungan ?

    terima kasih .

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..tq ya sebab bagi maklumat ni...ia amat berguna...truskan lgi usaha anda untuk menyebarkan ilmu berkaitan sejarah islam...good luck....may ALLAH bless you...

    ReplyDelete
  4. tq atas perkongsian dan nota yang jelas dan mudah utk difhmi. mintak izin utk copy ye.terima kasih. salam

    ReplyDelete