Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 6

BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Senaraikan tokoh-tokoh yang mencadangkan pembentukan Malaysia mengikut urutan.

1. 1887 Lord Brassey,Pengarah Syarikat Borneo Utara.

2. 1948 Sir Malcolm MacDonald Gabenor Jeneral Asia Tenggara.

3. 1955 Lim Yew Hock

4. 1955 David Marshall

5. 1956 Dato’ Onn Jaafar

6. 1959 Lee Kuan Yew

7. 1961 Tunku Abdul Rahman.

Terangkan cadangan yang dikemukakan ke arah pembentukan Malaysia oleh

pemimpin tempatan dan luar negara.

1. Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan British menggabungkan

Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

2. Sir Malcom Macdonald Gabenor Jeneral Asia Tenggara, mencadangkan

Sarawak,Sabah,Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

3. Dato’Onn Ja’afar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia kerana

British akan menggabungkan negeri Sarawak,Sabah,Brunei dan Singapura dengan

Persekutuan Tanah Melayu.

4. Lee Kuan Yew twlah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman

untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.

5. Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku abdul Rahman kerana akan berlaku

ketidakseimbangan penduduk.

6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan

mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan

Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.

7. Beliau menyuarakan harapan supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu

kedudkan politik yang lebih kukuh.

Huraikan faktor-faktor yang mendorong cadangan penubuhan Malaysia.

1. Penubuhan Malaysia menjadi benteng untuk menghadapi ancaman Komunis kerana

pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membanteras PKM semasa darurat.

2. Mempercepatkan kemerdekaan Sabah,Sarawak,singapura dan Brunei kerana masih belum

mampu berkerajaan sendiri.

3. Penubuhan Malaysia merupakan proses Dekolonisasi British terhadap negara-negara di Asia

Tenggara.

4. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 telah membuat

usul agar tanah jajahan dimerdekakan.

5. Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri

pertanian.

6. Sumber alam Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk

mengukuhkan ekonomi.

7. Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan

memasukkan Sarawak,Sabah dan Brunei ke dalam gabungan ini.

8. Bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota di samping untuk

memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.

9. Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu

dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing.

Mengapakah Lee Kuan Yew ingin menggabungkan Singapura dengan Malaysia.

1. Pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi Pilihanraya Hong Lim di Singapura akan

melemahkan parti pimpinan beliau,iaitu Parti Tindakan Rakyat.

2. Bimbang kerana menggugat rancangan kerajaan British memberikan kemerdekaan kepada

Singapura kerana Barisan Sosialis berhaluan kiri.

3. Mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu kerana

ancaman komunis.

4. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras pengaruh Parti

Komunis Malaya sepanjang tempoh darurat,dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

5. Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Singapura.

Faktor-faktor Pembentukan Malaysia.

Jelaskan reaksi cadangan pembentukanMalysia oleh tunku Abdul Rahman ketika

membuat pengumuman di Singapura.

1. Rakyat Tanah Melayu melihat sebagai usaha memimpin Singapura, Sabah,Sarawak dan

Brunei.

2. Terdapat parti politik yang menyokong tetapi dengan pandangan yang berbeza.

3. Parti Islam Se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan

terlebih dahulu di kalangan penduduk Tanah Melayu.

4. UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan

Singapura.

5. Lee Kuan Yew dan partinya,iaitu PAP menyokong usaha kerana bimbang dengan pengaruh

parti berhaluan kiri yang kuat kerana ingin mempertahankan kedudukannya.

6. Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan pada Disember 1961.

7. Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia

merupakan satu penjajahan bentuk baru.

8. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum

Singapura menyertai Malaysia.

9. Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan

menggesa kerajaan Singapura mendapat pandangan rakyat.

10. Pada 1 September 1962, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat

penggabungan telah diadakan, pengundi-pengundi di Singapura memilih penggabungan

dengan Malaysia.

11. Sarawak dan Sabah cadangan ini ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka

belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.

12. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mula

menyokong Pembentukan Malaysia.

13. SUPP parti di Sarawak menentang penggabungan dengan Malaysia.

14. Parti Perikatan Sarawak menyokong penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.

15. Sabah pada peringkat awal menentang tetapi menyokong setelah mendapat penjelasan.

16. Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya

dengan membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei.

17. Parti Rakyat Brunei menentang gagasan Malaysia kerana matlamat untuk menubuhkan

Persekutuan Borneo.

18. Peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan

Malaysia tetapi menentang menganggap pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk

neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.

19. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi

menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962 mendakwa Sabah masih merupakan

sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

Mengapakah cadangan penggabungan Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dengan

Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia mendapat sokongan penduduk wilayah

yang terlibat.

1. Membentuk sebuah negara yang mempunyai wilayah yang luas.

2. Penggabungan ini akan menjadikan negara lebih kuat kerana mempunyai penduduk yang

ramai.

3. Keselamatan negara lebih terjamin,daripada ancaman Komunis.

4. Mempercepatkan kemerdekaan negeri-negeri yang dijajah seperti Singpura,Sabah,Sarawak

dan Brunei.

5. Penerangan yang diberikan oleh pemimpin tempatan sangat berkesan.

6. Peranan aktif pemimpin parti-parti politik yang berjaya memberi penjelasan kepada rakyat.

7. Berkongsi pengalaman di kalangan di kalangan pemimpin untuk mentadbir sebuah negara.

8. Pasaran negara yang luas dapat menarik pelaburan dari luar negara.

9. Ekonomi negara berkembang kerana sumber alam dapat dieksploitasi sepenuhnya.

10.Bilangan penduduk peribumi akan menjadi seimbang dengan kaum asing.

Senaraikan penubuhan parti politik di Sarawak.

1. Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) pimpinan Ong

Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959 majoriti ahlinya terdiri orang cina dan sebilangan

kecil orang Melayu.

2. Parti Negara Sarawak(PANAS), ditubuhkan pada bulan Jun 1960 di bawah pimpinan Dato’

Bandar Abang Haji Mustapha anggotanya terdiri daripada orang Melayu yang menyokong

penubuhan Malaysia.

3. Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party ( SNAP) ditubuhkan bulan April 1961

pimpinan Stephen Kalong Ningkan ahlinya terdiri daripada orang Iban.

4. Barisan Rakyat Jati Sarawak(BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah

pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud ahlinya daripada orang Melayu

dan Melanau serta sebilangan kecilnya orang Iban dan orang Bidayuh.

5. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang

ditubuhkan pada bulan Ogos 1962.

6. Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 kebanyakkan ahli

bagi kedua-dua parti ini terdiri daripada orang cina.

7. Pada bulan Oktober 1962,lima buah parti,iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA dan PESAKA

telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.

Senaraikan penubuhan parti politik di Sabah.

1. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Organization

( UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens.

2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO)

bulan Disember 1961,pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam Sabah.

3. Parti Pasok Momugun ditubuhkan bulan Jun 1966 pimpinan G.S.Sundang ahli kaum Dusun

atau Kadazan.

4. Parti Bersatu,pimpinan Khoo Siak Chew ahli terdiri orang Cina Sabah.

5. Parti Demokratik pimpinan Peter Chin ahli terdiri orang Cina Sabah.

6. Pada bulan September 1961, UNKO,USNO, Parti Pasok Momugan, Parti Bersatu dan Parti

Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.

Terangkan reaksi parti-parti politik di Sarawak dan Sabah terhadap isu pembentukan

Malaysia.

1. SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu.

2. PESAKA,SNAP,UNKO Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang mereka akan

kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu.

3. Bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajaan Persekutuan

Tanah Melayu ( Kuasa Pusat)

4. Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA Inginkan kemerdekaan terlebih

dahulu.

5. PANAS,BERJASA,USNO membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial.

Terangkan tuntutan Sabah dan Sarawak sebagai syarat menyertai Malaysia.

1. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke

dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatakuasa Antara Kerajaan (JAK).

2. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

3. Memasukkan hak wilayah asingan dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia.

4. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah:

●Ketua negeri ●Bahasa kebangsaan ●Agama Islam

●Kedudkan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen.

●Kerakyatan ●Peruntukan kewangan ●Pelajaran.

Terangkan sebab – sebab parti politik di Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi

sebahagian negara Malaysia.

1. Perubahan sikap kerana usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu

menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah

dan Sarawak.

2. Semangat perpaduan dan sikap tolenrasi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah

Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun V.T.Sambanthan dan Tun Tan

Siew Sin.

3. Mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya

termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen,Ong Kee Hui

dan Stephen Kalong Ningkan.

Parti Rakyat Brunei telah berjaya menghalang Brunei daripada menyertai Malaysia.

Jelaskan.

1. Matlamat Parti Rakyat brunei untuk menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu kerajaan

Kalimantan Utara terdiri daripada Sarawak,Sabah dan Brunei.

2. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.

3. A.M Azahari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan

Utara yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei.

4. Pemberontakan ini di lancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan

Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.

5. A.M Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan

Filipina.

6. Pemberontakan Brunei 1962 dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M Azahari berjaya

melepaskan diri ke Manila dan kemudian mendapat perlindungan politik di Indonesia.

Reaksi Negara Luar

Mengapakah Indonesia dan Filipina membantah pembentukan Malaysia.

1. Berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme baru yang

mengancam Indonesia.

2. Peranan Parti Komunis Indonesia mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan

dasar konfrontasi.

3. Kerajaan Filipina membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.

4. Mendakwa Sabah sebahagian milik Kesultanan Sulu berdasarkan perjanjian antara Sultan

Jamalul Alam dengan Baron Von Overback.

Apakah tindakan yang diambil oleh Indonesia untuk menentang pembentukan

Malaysia.

1. Indonesia membantah pembentukan Malaysia walaupun peringkat awal tidak menunjukkan

sebarang reaksi penentangan.

2. Berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme baru yang

mengancam Indonesia.

3. Melancarkan konfrantasi dengan konsep Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari

1963.

4. Menghantar pengintip ke Tanah Melayu untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam

secara sulit.

5. Melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.

6. Melakukan pencerobohan udara di Tanah Melayu.

7. Melancarkan serangan terhadap Tanah Melayu melalui Johor,Sarawak dan Sabah.

8. Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan negara Dunia

Ketiga.

Apakah tindakan kerajaan Malaysia untuk menghadapi ancaman Indonesia.

1. Mendapatkan bantuan tentera komanwel dari Britain,Australia,New Zealand dan Kanada.

2. Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-

Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu.

3. Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara-negara Afrika menjelaskan kedudukan

sebenar hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.

4. Malaysia,Indonesia dan Filipina mengadakan rundingan dengan menubuhkan MAPHILINDO

untuk menyelesaikan pembentukan Malaysia.

Bagaimanakah konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia ditamatkan.

1. Pemberontakan bersenjata di Indonesia oleh Jeneral Suharto menggulingkan Presiden

Soekarno membolehkan hubungan diplomatik dipulihkan.

2. Menteri Luar Indonesia Adam Malik dihantar untuk memulihara hubungan diplomatik dengan

Malaysia pada tahun 1966.

Langkah-Langkah Pembentukan Malysia

Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

yang ditubuhkan pada tahun 1961.

1. Donald Stephenss 2. Tunku Abdul Rahman

3. Ong Yoke Lin 4. Lee Kuan Yew

5. Tun Datu Mustapha Datu Harun

Terangkan peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum.

1. Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

2. Mengumpul pandangan penduduk ke arah pembentukan Malaysia.

3. Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

Namakan Suruhanjaya melaksanakan gagasan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold

Senaraikan anggota Suruhanjaya cobbold yang ditubuhkan oleh Kerajaan british.

1. Lord Cobbold 2. Sir Anthony Abell 3. sir David Watherston

4. Wong Pow Nee 5. Tan Sri Ghazali Shafie.

Terangkan tugas Suruhanjaya Cobbold.

1. Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

2. Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British pendapat

penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

3. Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangan

pembentukan Malaysia.

Nyatakan hasil laporan Suruhanjaya Cobbold.

1. Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa Syarat.

2. Satu pertiga menyokong dengan syarat,iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.

3. Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.

Apakah cadangan yang dikemukan oleh Suruhanjaya Cobbold.

1. Perlembagaan Malaysia yang baru harus bersaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957.

2. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

4. Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.

5. Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

6. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

► Jelaskan usaha-usaha yang diambil kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan negara

Malaysia pada 16 September 1963.

1. Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah serta ke Brunei untuk

menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.

2. Mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai kanan Persekutuan dengan pegawai-

pegawai British dari Sarawak,Sabah dan Singapura.

3. Menubuhkan Jawatankuasa Perundangan Perpaduan kaum untuk menerangkan kepada

orang ramai tentang gagasan Malaysia,mengumpul pandangan dan menggalakkan kegiatan ke

arah pembentukan Malaysia.

4. Mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold untuk memberi

pertimbangan supaya Sarawak dan Sabah dimasukkan kedalam perlembagaan baru.

5. Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia dengan membuat penilaian

dan cadangan kepada British.

6. Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk menerangkan penubuhan Malaysia dan turut

membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

7. Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain,Australia,New

Zealand dan Kanada setelah tentera Indonesia melancarkan serangan.

8. Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa

Bersatu berhubung pencerobohan Indonesia ke Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.

9. Tun Abdul Razak mengada lawatan ke beberapa buah negara Afrika menjelaskan hubungan

diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia setelah diburukkan nama Malaysia.

10.Malaysia,Indonesia dan Filipina mengadakan sidang kemuncak antara Tunku Abdul

Rahman,Presiden Seokarno dan Presiden Macapagal.

11. Hasil rundingan ditubuhkan MAPHILINDO dan ketiga-tiga negara bersetuju penyelesaian

pembentukan Malaysia dirujuk kepada PBB.

12. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibentuk oleh Setiausaha

Agong PBB, iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya bagi meninjau sekali lagi pendapat

rakyat Sarawak dan Sabah.

13. Pada tahun 1966 mengadakan rundingan di Bangkok untuk memulihkan hubungan antara

wakil Malaysia Tun Abdul Razak dengan Encik Adam Malik wakil Indonesia.

14. Pada tahun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan antara

kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.

Perjanjian Malaysia 1963.

Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia.

Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah

membentuk negara Malaysia.

Senaraikan pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.

1. Parlimen British 2. Parlimen Tanah Melayu

3. Dewan Perhimpunan Singapura 4. Majlis Undangan Sarawak

5. Majlis Undangan Sabah.

Nyatakan kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.

1. Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain

bebas diamalkan.

3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain

masih boleh digunakan.

4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun

selepas Hari Malaysia.

5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan

awam.

6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan

parlimen dalam pilihanraya.

7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di

Persekutuan Tanah Melayu.

Susun secara Kronologi peristiwa pembentukan Malaysia.

Tarikh Peristiwa

Jun 1961 -Tunku Abdul Rahman membuat lawatan ke Sabah,Sarawak

dan Brunei menerangkan konsep,tujuan dan matlamat

penubuhan Malaysia.

Julai 1961 -Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum.

Jan 1962 -Penubuhan Suruhanjaya Cobbold oleh kerajaan British.

Februari 1962 -Suruhanjaya Cobbold ahli dihantar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.

Jun 1962 -Laporan Suruhanjaya Cobbold diterbitkan.

Ogos 1962 -Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Jun 1962 -Filipina menuntut hak terhadap Sabah.

Januari 1963 -Indonesia mengisytiharkan konfrantasi dengan dasar Ganyang

Malaysia.

Julai 1963 -Menubuhkan MAPHILINDO di kalangan Malaysia,Filipina dan

Indonesia.

Ogos 1963 -Wakil PBB dihantar ke Sarawak dan Sabah meninjau pendapat.

Ogos 1963 -Ratu Elizebeth memperkenankan Akta Malaysia.

26 Ogos 1963 -Yang dipertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.

14 Sept. 1963 -Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disiapkan.

16 Sept 1963 -Pengisytiharaan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah

Melayu,Sarawak,Sabah dan Singapura.

1965 -Singapura berpisah dengan Malaysia.

1 comment:

  1. Terbaikk!,. thanks atas perkongsiaan nota niee ^__^

    ReplyDelete