Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 4

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Malayan Union

Apakah Malayan Union.

1. Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 untuk menghapuskan

negara dan bangsa dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Mengapakah British memperkenalkan Malayan union di Tanah Melayu.

1. Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah pembentukan pemerintahan sendiri.

2. Melicinkan pentadbiran dengan menyeragamkan pentadbiran yang berbeza,iaitu Negeri-

Negeri Selat,Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

3. Menjimatkan kos pentadbiran.

4. Mengimbangi pembangunan ekonomi di setiap negeri.

5. Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan

negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.

6. Memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak

terbantut dan terjamin.

7. Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.

8. British berhasrat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Apakah yang dimaksudkan dengan jus soli.

1. Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa saja yang lahir di Tanah Melayu

dan Singapura.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan

diberikan kerakyatan.

3. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun anak wargenegara Malayan Union diberi

kerakyatan.

4. Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan Union.

Apakah syarat- syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union 1946.

1. Menyatukan semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua

Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

2. Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan

Union.

3. Membentuk Majlis eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dalam pentadbiran

Malayan Union.

4. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

5. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan

Union.

6. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama

Islam dan adat istiadat Melayu.

7. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

Huraikan pelaksanan pentadbiran malayan union di Tanah Melayu pada tahun 1946.

1. Berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat

yang kuat.

2. Pentadbirannya terus kepada Parlimen British di London menolak tradisi dan sistem politik

Melayu.

3. Gabenor pertamanya iaialh sir Edward Gent bertanggungjawab kepada Parlimen British.

4. Di bawah Gabenor terdapat tiga majlis pentadbiran di peringkat pusat iaitu Majlis Eksekutif,

Majlis Undangan dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British

di Tanah Melayu.

1 Membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu diturunkan

takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan

Badlishah,Kedah.

2. Sultan tidak diberikan masa yang cukup berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti

yang berlaku kepada Sultan Perak.

3. Terdapat Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan

kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

4. Bagi orang Melayu,keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British

membuat pembaharuan politik.

5. Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union

kerana hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.

6. Raja- Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

7. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union bertentangan dengan

kedudukan Sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.

8. Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.

9. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan mengancam status quo

orang Melayu sebagai peribumi.

10 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala

ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.

11. Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Melayu seperti

Kesultanan Melayu Melaka dan menghapuskan sejarah kerajaan Melayu.

Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong tindakan British

memperkenalkan Malayan Union.

1. Bersetuju menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan

pentadbiran.

2. Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak

perlindungan kepada orang Melayu.

3. Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka kerana mereka boleh mengekalkan

kerakyatan asal masing-masing.

4. Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

5. British berjanji akan kemerdekaan yang merupakan harapan semua parti dan persatuan yang

menyokong Malayan Union.

6. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat

Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan

pembesar Melayu.

7. Konsep republik seperti Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya

dapat dilaksanakan yang mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API)

pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya

(BATAS).

8. Penyatuan pentadbiran agama Islm dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal

ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.

9. Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa

besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.

Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh

British di Tanah Melayu.

1. Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,Majlis dan Warta Negara

secara berterusan.

2. Mengadakan demontrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan

tandatangan Raja-Raja Melayu di Kota Bahru,Kelantan dan di Alor Setar,Kedah.

3. Persatuan-persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah

Jajahan di London.

4. Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu berkongres untuk menubuhkan United Malays

Organization ( UMNO ) sebagai benteng menentang Malayan Union.

5. Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,

Kampung Baru, Kuala Lumpur dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung

Tanah Melayu.

6. Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization ( UMNO ) atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.

7. Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah

pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

8. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan

bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.

9. Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan

bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

Apakah iktibar peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

1. Perlu tegas untuk melakukan bantahan terhadap British.

2. Perlu rundingan dengan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebelum sesuatu dasar

hendak dibuat.

3. Penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka.

4. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi benteng perjuangan

menentang Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Namakan bekas pegawai British yang menyokong pembubaran Malayan Union.

1. Sir Frank Swettenhan 2. Sir O. Winstedt 3. Sir George Maxwell 4. Sir Cecil Clementi.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Persekuatuan Tanah Melayu

1948.

1. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union dibawah pimpinan Dato’ Onn Ja’far.

2. Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat

memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan ke atas

orang Melayu.

3. Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

4. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcom MacDonald,Sir Edward Gent

dan L.D. Gammans Malayan Union dihapuskan.

5. Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan hanya menulis dalam akhbar,

berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja- Raja Melayu untuk menyokong penentangan

terhadap British bukan melalui senjata.

6. British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut

rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntut kemerdekaan.

7. British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang

dikuasai oleh golongan radikal seperti PKMM,API,AWAS dan BATAS.

8. Piagam atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tidak

menggalakan penjajahan baru,sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan

latihan bekerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Nyatakan tuntutan orang Melayu terhadap British untuk pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu 1948.

1. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

2. Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

3. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

4. Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu

dipulihkan.

5. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketu Negeri-Negeri Melayu diakui

semula.

Apakah tindakan yang diambil oleh AMCJA –PUTERA setelah diketepikan daripada

Jawatankuasa EKsekutif dalam rundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

1. AMCJA –PUTERA menentang British dan UMNO kerana Jawatankuasa Eksekutif tidak

mewakili orang dagang dan golongan radikal Melayu.

2. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik,demontrasi dan mogok.

3. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan,iaitu Perlembagaan Rakyat.

4. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.

5. Sebuah kerajaan pusat dan Majlis Negeri-Negeri dipilih.

6. Raja- Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

7. Kedudukan Istimewa orang Melayu dikembalikan.

8. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.

9. Kerakyatan yang sama.

10. Merah putih menjadi warna bendera Tanah Melayu.

11. Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

12. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama British dan

Tanah Melayu.

13. Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu.

Huraikan perubahan pentadbiran setelah British memperkenalkan Persekutuan Tanah

Melayu 1948 di Tanah Melayu.

1. Perkongsian kuasa di peringkat pusat antara Majlis Raja- Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi.

2. Pada peringkat negeri,Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar

sebagai ketua pentadbir negeri.

3. Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

dan seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

4. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip

kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat

British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang ).

5. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah

Melayu yang diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874.

6. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam

pentadbiran.

7. Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan

British.Perlembagaan itu dikenali sebagai Undang-undang tubuh Negeri yang digunakan

sehingga hari ini.

8. Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan penerusan dasar perlindungan British

terhadap kedudukan istimewa orang Melayu,status quo Negeri-Negeri Melayu yang

dilindungi,agama Islam dan adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.

9. Prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu dimasukkan ke dalam

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai undang- undang bertulis.

10. Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan

orang Melayu yang diteruskan selepas tahun 1948.

Siapakah tokoh dikalangan Sultan yang bertanggungjawab dalam pembentukan

Persekutuan Tanah Melayu 1948.

1. Sultan Badlishah 2. Sultan Abdul Aziz 3. Sultan Ibrahim

Apakah tuntutan yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dalam perundingan Persekutuan

Tanah Melayu 1948.

1. Mereka telah menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum 1941.

2. Mengekalkan perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu.

3. Menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal

ketuanan Melayu dipelihara.

Siapakah tokoh Melayu yang mewakili perundingan dengan British dalam

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

1. Dato’ Onn Ja’afar (Menteri Besar Johor)

2. Dato’ Nik Ahmed Kamil ( Menteri Besar Kelantan)

Apakah kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

1. Sebuah persekutuan di bentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

3. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

Pergerakan Politik Sabah dan Sarawak

Senaraikan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.

1. Persatuan Melayu Sarawak 2. Persatuan Dayak Sarawak

3. Barisan Pemuda Sarawak 4. Barisan Pemuda Melayu Sibu

Mengapakah penduduk peribumi Sarawak menerima Perlembagaan 1941 yang digubal

oleh Vyner Brooke.

1. Vyner Brooke berjanji memberi kerajaan sendiri kepada Sarawak.

2. Kuasa mentadbir akan diserahkan kepada Majlis Negeri.

3. Ahli – ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak.

Mengapakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner

Brooke kepada British.

1. Dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak.

2. Keturunan James Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London sebagai

tanah jajahan mahkota.

3. Mereka menentang Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut bercanggah dengan

Perlembagan 1941.

4. Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau

ketua-ketua mereka.

5. Vyner Brooke menerima sokongan anggota bukan bumitera dan pegawai-pegawai British

menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

Kenapa Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

1. Belaiu sangat tua dan uzur untuk meneruskan pemerintahan.

2. Pengganti beliau Anthony Brooke tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.

3. Beliau mendapat persetujuan daripada pembesar Sarawak untuk menyerahkan kepada

British.

Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakt tempatan menentang penjajahan British

di Sarawak.

1. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan Pemuda Melayu

Sibu dan Persatuan Dayak Sarawak menentang pengisytiharan tersebut secara terbuka.

2. Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat

bantahan kepada kerajaan British.

3. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

4. Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak menubuhkan kumpulan

Rukun Tiga Belas, sebagai tindak balas terhadap tekanan politik British.

5. Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi

semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.

Apakah tindakan Britis terhadap penentang di Sarawak.

1. Kerajaan British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil 9 memberi amaran kepada kakitangan

awam.

2. Menghukum gantung terhadap Rosli Dhobi dan tiga orang yang terlibat dalam pembunuhan

Gabenor Sarawak,Sir Duncan Stewart.

Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British tidak mendapat

tentangan.Jelaskan.

1. Kesedaran politik di Sabah amat perlahan,berpecah belah dan tidak berkesan.

2. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan,Persatuan Melayu Jesselton serta Barisan Pemuda

Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.

10 comments:

  1. nice blog and the song too

    ReplyDelete
  2. nice blog and the song too

    ReplyDelete
  3. your blog is kindna hard to read ...i suggest you use
    different colour between sub topic and the contents...

    ReplyDelete
  4. saya cadangkan awak msukkan soalan kbat tentang Malayan union Dan jawapannya sebab ia kerap keluar dalam exams

    ReplyDelete
  5. still not enough for my exam questions but you are very helpful

    ReplyDelete
  6. Mengapakah British memperkenalkan jus soli terhadap orang Melayu?

    ReplyDelete