Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 7

BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

A. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Apakah faktor-faktor yang membantu perkembangan penyebaran Islam di Asia Tenggara?

1. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka menghubungkan di antara China di sebelah Timur dan India di sebelah Barat.

2. Mewujudkan bandar pelabuhan penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani menghubungkan pelabuhan India dan China.

3. Mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok di pelabuhan Asia Tenggara untuk menunggu perubahan angin monsun.

4. Jalan Sutera dari Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China mempunyai pelbagai halangan dan keselarnatan tidak terjamin.

5. Menjadi tarikan kepada pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi merangkumi pelbagai produk pertanian, logam, serta hasil butan yang diperlukan oleh pedagang Barat dan Timur.

6. Para pedagang berdakwah ke seluruh rantau Asia Tenggara semasa Islam berkembang di Makkah pada abad ketujuh.

Huraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Teori Islam datang dari Semenajung Tanah Arab.

1. Pendapat teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

2. Menerusi aktiviti pedagangan menggunakan bukti Catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M.

3. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China berdagang secara berterusan sehingga kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi.

4. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara kerana kedudukan Selat Melaka yang strategik untuk menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China.

5. Kebanyakan pedagang Arab membina perkampungan menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang‑barang mewah yang datang dari China dan India.

6. Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan. Mewujudkan tapak yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.

7. Catatan China mengatakan wujud sebuah perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M. oleh pedagang Arab.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

1. Menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.

2. Terdapat perkataan dan bahasa Arab pada tulisan jawi.

3. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengarum oleh budaya Arab seperti, amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

4. Menyatakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab dengan mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu oleh Syeikb Ismail.

5. Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu mengunakan bahasa dan gaya tulisan bahasa Arab.

6. Tiada unsur India dan China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis mengunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

Teori dan bukti kedatangan Islam dari China.

1. Pendapat ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.

2. Eredia memberi alasan bahawa Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan di kalangan peniaga Arab yang ber agama Islam sejak abad kesembilan Masihi.

3. Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di negara China.

4. Peniaga China Islam yang berdagang ke Asia Tenggara, telah menyebarkan Islam kepada Asia Tenggara.

5. S.Q. Fatimi pula memberikan bukti berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M.

6. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.

7. Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.

8. Penemuan batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat Quran dan kalimah Arab di Kampung Permatang Pasir, Pekan Pahang bertarikh 1028M mendakwa Islam di bawa oleh mubaligh China menerusi Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China dan Pekan Pahang.

Teori dan bukti kedatangan Islam dari India

1. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.

2. Islam menerusi India, dari wilayah Gujerat pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara.

3. Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.

4. Terdapat batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik as-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan dari pantai Koromandel.

5. Masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutama dari segi budaya.

Huraikan faktor-faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara.

1. Pedagang Islam yang berdagang turut menyebarkan Islam di bandar-bandar pelabuhan di Asia Tenggara yang menjadi pusat perkembangan ekonomi dan ilmu.

2. Sikap keterbukaan dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara dalam menerima pembaharuan telah memudahkan penyebarkan dakwah Islamiah tanpa paksaan.

3. Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi perkahwinan antara pedagang Islam dengan penduduk tempatan.

4. Pengislaman raja dan golongan bangsawan turut diikuti oleh golongan rakyat kerana sangat taat kepada pemerintah.

5. Lahir kerajaan Islam Islam seperi Perlak, Samusera-Pasai Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanaoyang menyebarkan Islam melalui perluasan kawasan.

6. Pusat kebudayaan seperti Samudera-Pasai, Riau dan Acheh sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam.

7. Pendakwah, ulama, dan juga ahli sufi telah memainkan peranan secara langsung untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

8. Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganuti agama Islam.

9. Islam disebarkan oleh pedagang kerana berdakwah dituntut dalam Islam.

Huraikan peranan pedagang Islam menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara.

1. Dakwah Islamiah disebarkan di pelabuhan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi manusia.

2. Sikap dan tingkah laku pedagang Islam yang datang dari Arab, India dan China telah menjadi ikutan penduduk setempat.

3. Membina perkampungan menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ.

4. Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang Arab, India dan China menarik minat masyarakat tempatan.

5. Pedagang membawa ulama untuk tinggal selama beberapa bulan di pelabuhan untak menjalankan kegiatan dakwah Islamiah.

6. Sifat mahmudah, berhemah dan lemah lembut pedagang yang berdakwah menarik ramai penduduk tempatan memeluk Islam.

7. Pemerintah tempatan, biasanya, memberikan keistimewaan kepada pedagang kerana hubungan baik membolehkan pedagang berdakwah kepada masyarakat setempat.

8. Kejujuran dan sifat amanah pedagang telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa bandar pelabuhan membolehkan Islam tersebar di Asia Tenggara.

Bagaimanakah faktor perkahwinan membolehkan penyebaran Islam di Asia Tenggara?

1. Melalui perkahwinan siasah di kalangan kerabat diraja, seperti di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Mudzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Sumatera UtaraPahang dan Kedah.

2. Negeri-negeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya.

3. Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam atau ulama Islam dari India atau Arab dengan penduduk tempatan menyebabkan penyebaran Islam di kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling keluarga orang yang baru dikahwini.

Huraikan peranan raja dan bangsawan dalam menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara.

1. Apabila raja dan golongan bangsawan memeluk Islam rakyat akan mengikuti kerana sangat mentaati golongan pemerintah contohnya pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka dan pengislaman Raja Malik al-Salih Pasai.

Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

1. Melaka

2. Johor-Riau

3. Demak

4. Acheh

Bagaimanakah kerajaan di Asia Tenggara menyebarkan agama Islam di Alam Melayu?

1. Melaka menyebarkan agama Islam melalui perluasan kuasa ke atas kawasan yang ditakluki.

2. Tun Perak telah berjaya menguasai kawasan baru seperti kawasan persisiran pantai Sumatera Utara, iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri mendorong mereka memeluk Islam.

3. Ulama dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam setelah rakyat di situ memeluk Islam.

4. Kerajaan Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis.

5. Berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam Melaka untuk mengelakkan menjadi pusat penyebaran agama Kristian.

6. Kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa setelah menguasai Majapahit diikuti dengan kerajaan Mataram.

7. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh berusaha untuk menyekat perkembangan pengaruh agama Kristian di Kepulauan Melayu.

8. Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu agar agama Kristian tidak dapat berkembang ke kawasan pedalaman.

9. Acheh menjadi pusat perdagangan dan keagamaan yang penting di bahagian Utara Selat Melaka yang juga digelar Serambi Makkah.

10. Kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.

11. Pattani telah diislamkan pada tahun 1457 apabila rajanya Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan telah menukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah.

12. Penyebaran Islam di Pattani telah dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah dengan pengislaman keseluruhan wilayahnya.

13. Islam bertapak di Brunei mula tersebar dengan meluas di pantai pulau Borneo.

14. Pendakwah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam yang berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. telah dapat menyebarkan Islam di wilayah Brunei dan disekitarnya seperti kepulauan Sulu dan Mindanao.

15. Kedatangan Islam ke Champa berdasarkan bukti penemuan batu nisan bertarikh 1039 M. dan sebuah prasasti bertarikh 1025 M mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

Senaraikan Pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara.

1. Perlak

2. Sumudera-Pasai

3. Riau

4. Acheh.

Apakah peranan yang dijalankan oleh pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara?

1. Bertindak sebagai pusat keilmuan dengan terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai.

2. Sebagai pusat penyebaran Islam diAsia Tenggara.

3. Semasa keagungan kerajaan Samudera-Pasai, telah menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke Bahasa Melayu.

4. Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pernah mengirimkan kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai.

5. Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada pars ulama dari luar contohnya, Sultan Mahmud Syah dari Melaka pernah merujuk ke Sumatera-Pasai tentang kemusykilan berkaitan masalah agama.

6. Kerajaan Melayu Melaka, menghasilkan beberapa bush buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur.

7. HikayatAmir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah menjadi bahan bacaan dan memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam menentang musuh di medan peperangan.

8. Di Acheh, terdapat karya puisi serta syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam contohnya, Bustanus Salatin.

9. Peranan Ulama seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nurudin al-­Raniri, Syeikh Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel menghasilkan karya tentang pemikiran Islam.

10. Pelabuhan Johor-Riau merupakan pusat emporium menghasilkan banyak hasil kesusasteraan seperti Tuhfat al­Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.

Senaraikan ulama Acheh.

1. Hamzah Fansuri

2. Nuruddin al-Raniri

3. Syamsudin al-Sumaterani

4. Abdul Rauf Singkel

Huraikan peranan mubaligh atau ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

1. Menjalankan dakwah Islamiah seperti Syeikh Ismail di Asia Tenggara, Syarif Amir yang berdakwah di Pasai dan Syeikh Abdul Aziz, MaulanaAbu Bakar dan Maulana Yusuf di Melaka.

2. Ulama mengajar perkara asas tentang Islam secara tidak formal di masjid, istana dan rumah.

3. Mendirikan institusi pendidikan secara formal seperti pondok atau pesantren di Jawa dan dayah di Acheh sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.

4. Muncullah ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel dengan menjadikan ulama penasihat kepada raja diAcheh.

5. Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan bantuan kepada pentadbiran Acheh.

6. Kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah telah berjaya mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat Jawa.

7. Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah semasa pemerintahan kerajaan Islam Demak di Jawa.

8. Mereka telah mendirikan sebuah masjid, iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadikan markas dakwah Islamiah.

9. Cara dakwah mereka dengan menimbulkan kesedaran dan menanam semangat tentang maksud bekerja dan beramal dalam Islam.

10. Berusaha menghapuskan pengganguran dengan mengikis sifat malas.

11. Mengelakkan hidup secara mewah dan membazir.

Apakah keistimewaan yang menyebabkan penduduk di Asia Tenggara menganut agama Islam?

1. Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat.


D. Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

1. Samudera-Pasai

2. Perlak

3. Acheh

4. Melaka

5. Pattani

6. Brunei

Huraikan pengaruh agama Islam terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara.

1. Memperkenalkan institusi kesultanan yang diwarisi daripada pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Sistem pemerintahan Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara.

3. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam.

4. Pentadbiran negara dibantu oleh kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf

5. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam dan menjamin kewibawaan raja di Alam Melayu setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain.

6. Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin.

7. Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

8. Gelaran Zillullah fil'Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja-raja Melaka.

9. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.

10. Sultan merupakan khalifah Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan untuk memerintah dengan adil.

11. Unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam.

12. Nama raja menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah pula bermaksud sultan terpuji.

13. Memperkenalkan undang-undang syariah misalnya, kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

14. Sultan Muzzafar Syah memerintah Kerajaan Melayu Melaka memperkenalkan undang-undang syariah dengan menggubal Hukum Kanun Melaka.

15. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang‑undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.

16. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.

17. Sultan telah menggunakan semangat jihad di kalangan rakyat menentang serangan Portugis untuk melindungi kesucian Islam di Acheh.

18. Semangat jihad ini telah disebarkan menerusi tulisan ulama Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.

19. Rakyat di Jawa, bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.

20. Syeikh Daud al-Pattani wring menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya berjihad menentang penjajah Siam.

Huraikan pengaruh agama Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara

1. Kedatangan Islam telah menanam sikap dengan menyeru umat Islam umuk menuntut ilmu.

2. Mewujudkan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau Samudera-Pasai, Pattani, Acheh dan Jawa.

3. Pusat pendidikan Islam formal iaim pondok atau dayah yang terawal di Asia Tenggara ketika pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara dikenali Dayah Bukit Ce Breek.

4. Pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera-Pasai, yang menjadi tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka.

5. Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.

6. Masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, manakala istana Melaka merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan.

7. Sistem pendidikan di Acheh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-­Rahman).

8. Acheh menjadi tumpuan pelajar dari luar untuk mendalami ilmu pengetahuan Islam sehinggakan digelar Serambi Makkah.

9. Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.

10. pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.

Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang bahasa dan kesusateraan di Asia Tenggara.

1. Kedatangan Islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dalam aspek tulisan jawi.

2. Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab dan ulama tempatan mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu.

3. Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam.

4. Melalui tulisan jawi, istilah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti sultan, syukur, masjid, berkat dan alam.

5. Masyarakat Melayu menggunakan tulisan jawi untuk membaca dan menulis yang melahirkan sasterawan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.

6. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca di Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.

7. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.

8. Bahasa Melayu menjadi mantap menghasilkan cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.

9. Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tata bahasa dan bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.

10. Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.

11. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa perantaraan di kalangan pedagang dari Timur dan Barat.

Bagaimanakan cara hidup masyarakat setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

1. Kedatangan Islam mengubah budaya masyarakat dengan cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.

2. Islam dijadikan sebagai 'ad-din' iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

3. Kedatangan Islam telah mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia.

4. Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian seperti sifat tolong-menolong, hormat menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat.

5. Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang diamalkan orang Melayu seperti amalan gotong-royong menjadikan kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan bersama-sama.

6. Amalan bersatu-padu dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat kampung dapat di pupuk dan diperkukuhkan dalam kerja-kerja seharian.

Jelaskan pengaruh kesenian Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara.

1. Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara dalam seni khat, seni bina dan seni ukir.

2. Abjad Pengaruh Islam dalam seni khat terdapati pada batu nisan dan ukiran kayu dengan terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum.

3. Batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat, yang mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi

4. Makan Naina Hisham al-Din terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan Masan asan permaidani Parsi.

5. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.

6. Terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris dengan tulisan ayat suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata.

7. Seni khat tertua terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303 M. ditulis dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi.

8. Seni kaligrafi ini mengambil contob huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi.

9. Terdapat unsur seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh­-tumbuhan.

10. Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman, misalnya rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama.

11. Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan seperti bangunan Masjid Ubaidilah di Kuala Kangsar, Perak.

Huraikan pengaruh Islam dalam bidang ekonomi di Asia Tenggara.

1. Institusi ekonomi seperti baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. la telah diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

2. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis.

3. Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga.

4. Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan. Nilai-nilai murni dalam ekonomi disarankan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

7 comments:

  1. Tulisan jawi – Amat cantik
    Jawi kaligrafer — Wajib Dimiliki
    http://sifoo.com/topic/315-taipset-jawi-dalam-word-indesign
    http://70.32.105.174/files/MirEmad.pdf
    kompatibel penuh untuk:
    1. Word 2003+2007+2020 + Indesign Cs5 ++
    2. Windows Xp + Vista +Windows 7
    Semakin Terancam?! Semarak Jawi
    http://70.32.105.174/node/74436

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. bagusnya entry2 ni. dpt belajar blk sejarh tingktn 4 n 5 dulu. tq=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ,
    Yang pgaruh islam dalam sistem ekonomi di asia tenggara tak ade ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    kenape x masukkan sistem pendidikan??

    ReplyDelete
  5. Apakah contoh cara para ulama di negara ini untuk menarik minat golongan remaja mendalami Islam

    ReplyDelete
  6. Pengajaran dari bab 7 ni tkdk ka ?

    ReplyDelete