Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 2

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN

A Peningkatan Tamadun

► Apakah aspek peningkatan tamadun manusia?

1. Peningkatan dalam politik membentuk kerajaan dgn sistem pemerintahan dan pentadbiran

Yang teratur.

2. Kemajuan dalam ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perkilangan, kewangan dan

Pengkhususan pekerjaan.

3. Perkembangan social terutamanya agama dan kepercayaan, bahasa dan tulisan, kehidupan

Berorganisasi, petempatan kekal, seni bina dan sains dan teknologi.

4. Zaman Logam

► Senaraikan peningkatan empat tamadun

1. Tamadun Yunani

2. Tamadun India

3. Tamadun rom

4. Tamadun China

B Tamadun Yunani

Huraikan cirri-ciri Negara kota tamadun Yunani

1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang

Dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.

2. Petempatan bermula di Negara kota atau polis yang terbentuk hasil gabungan beberapa

Buah kampong dan Bandar pada sekitar tahun 1000-800 S.M.

3. Terdapat banyak Negara kota terkenal antaranya seperti Athens, Sparta dan Corinth.

4. Setiap polis mempunyai acropolis yang menempatkan bangunan kerajaan dan pusat

Keagamaan.

5. Terdapat agora tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi.

6. Di luar kota atau polis terdapat kawasan pertanian.

7. Setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan

Di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

8. Setiap Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-unang tersendiri serta

Memiliki beberapa tuhan.

9. Peperagan sering berlaku antara Negara-negara kota tersebut.

► Terangkan cirri-ciri sistem pemerintahan Negara kota Athens sebelum diperkenalkan sistem

Demokrasi dalam tamadun Yunani.

1. Mengamalkan sistem beraja dengan raja dibantu konsul.

2. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dam ketua agama.

3. Kuasa raja merosot apabila terdiri daripada golongan kaya yang menguasai pemerintahan.

4. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.

5. Pemerintahan aristokrasi dipimpin oleh golongan aristocrat memiliki kuasa yang kuat.

6. Pemerintahan tirani dari golongan kaya atau tentera telah merampas kuasa kerana kuasa

kerana tidak puas hati terhadap pemerintahan aristokrasi.

7. Pemerintahan demokrasi yang ditadbir oleh rakyat yang dipih oleh rakyat melalui pilihanraya

► Huraikan cirri-ciri sistem pemerintahan di Athens dan sistem pemerintahan Sparta dalam

Tamadun Yunani

1. Terdapat Dewan perhimpunan dan majlis Perhimpunan.

2. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan

Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.

3. Dewan perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.

4. Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

5. Segala keputusan dewan dikendalikan oleh majlis.

6. Dewan perhimpunan mempunyai kuasa penuh terhadap ahli majlis, majistret dan juri kerana

Dilantik oleh dewan.

7. Di Spartha sistem pemerintahan tentera diamalkan.

8. Sistem pertahanan diberi perhatian yang penting.

9. Anak lelaki di latih untuk menjadi askar yang baik dan berjaya melahirkan tentera yang

Yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi lagi handal.

Jelaskan sistem perundangan tamadun Yunani

1. Dewan perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang.

2. Kepentingan undang-undang diutarakan oeh plato dalam bukunya Republic.

3. Menurut plato, Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan

Berupaya menggubal undang-undang.

Nyatakan sumbangan Philip II dan Alexander the Great dalam bidang perluasan kuasa

Tamadun Yunani

1. Semasa pemerintahan Philip II dari Macedonia, kerajaan Macedonia dan Yunani telah

Disatukan.

2. Anaknya, Alexander the Great, berjaya meluaskan kawasan takluk Yunani apabila

Menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand.

3. Seluruh kawasan laut Mediterranean itu berada di bawah kekuasaannya.

4. Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik iaitu campuran

Antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain.

5. Kebudayaan Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam empayer Yunani seperti

Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.

Huraikan perkembangan ekonomi di Yunani

1. Tumpuan utama diberikan kepada aktiviti perdagangan kerana keadaan muka bumi Yunani

Yang bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.

2. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam perdagangan dengan kuasa luar melalui jalan laut.

3. Perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir pantai ang berhampiran seperti

Mesir, Syria dan Phoenecia.

4. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan dan terpaksa mendapatkan

Bahan makanan dari luar seperti dari kawasan di Sparta dan Laut Hitam.

5. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.

6. Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota dikenakan cukai dan ini telah

Menyebabkan kenaikan harga barang

7. Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zaman

Graeco-rom, iaitu pada tahun 300 S.M

Huraikan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Yunani

1. Di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya

Dari sudut rohani dan jasmani.

2. Orang Athens berpendapat manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi

Tuntutan mental dan fizikal untuk kesejahteraan kehidupan manusia.

3. Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan menulis

Dititikberatkan di Athens.

4. Perkembangan pendidikan menyebabkan banyak sekolah falsafah dibina dan berkembang

Di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.

5. Athens dikenali pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.

6. Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti Thucydides, anaximander, Heraclitus dan

Anaxagoras.

7. Di Sparta, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang

Sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.

8. Pendidikan di Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.

Huraikan perkermbangan falsafah dalam tamadun Yunani.

1. Melahirkan ahli-ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato.

2. Menekankan persoalan tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.

3. Socrates pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.

4. Beliau sentiasa mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.

5. Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum

Racun.

6. Plato menegaskan masyarakat yang sempurna adalah masyarakat yang diperintah oleh ahli

Falsafah dengan mengasaskan akademi falsafah.

7. Aristotle mendalami ilmu sains dan falsafah untuk membaiki dunia dalam kerya Politics.

8. Herodotus, bapa Sejarah menghasilkan karya, History of Persian War.

9. Thucydides dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik kerana pendekatan penulisan

Sejarah berteraskan penyelidikan dan keryanya ialah History of the Peloponnesian War.

Terangkan sumbangan sains dan teknologi dalam tamadun Yunani

1. Thales mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.

2. Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri

Mesir Purba dan Babylon.

3. Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan moden kerana Sumpah Hippocrates.

4. Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik menghasilkan teorinya berhubung dengan isi

Padu air dan gravity.

5. Ptolemy merupakan tokoh terkenal dalam bidang astronomi Yunani.

Terangkan sumbangan tamadun Yunani dalam bidang seni bina

1. Pembinaan acropolis oleh pericles bertujuan sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan

Dan pusat pertahanan.

2. Bentuk bangunan sempurna dengan ukiran yang unik berunsur keagamaan dan mempunyai

Nilai estetik.

Huraikan sumbangan tamadun Yunani dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

1. Bahasa Yunani telah digunakan terutamanya di wilayah dalam yunani dan juga kawasan

Takluk Alexander The Great.

2. Antara tokoh sastera yunani yang terkenal termasuklah Homer dan Hesiod. Hesiod adalah

Penyair dan telah menulis dua buah buku puisi, iaitu theology dan Works and Days,

Manakala Homer pula menghasilkan dua epik, iaitu Illiad dan odyssey.

Jelaskan sistem social masyarakat Yunani

1. Susun lapis masyarakat Athens dibahagikan kepada tiga, iaitu warganegara, bukan

Warganegara dan hamba.

2. Warganegara Athens sahaja mempunyai hak politik.

3. Di Sparta, terdapat tiga kelas social. Kelas pertama warganegara Sparta tulen, kelas kedua

Ialah para pekerja, artisan dan pedagang, kelas ketiga ialah Helot, iaitu golongan minority

Yang mengusahakan tanah untuk pertanian.

Sukan Olimpik mula diperkenalkan dalam tamadun Yunani. Jelaskan.

1. Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani, iaitu pada tahun 776 S.M

2. Pertandingan itu diadakan di Olympia.

3. Pertandingan antara kota yang dibuat empat tahun sekali.

4. Tujuan sukan Olimpik diadakan untuk menghormati tuhan Zeus.

5. Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, thebes, Olympia dan Argos.

6. Semua Negara kota bersetuju berhenti berperang untuk menghormati sukan Olimpik.

7. Peserta pertandingan melibatkan golongan lelaki sahaja.

Huraikan sumbangan tamadun Yunani kepada kehidupan hari ini

1. Tamadun Yunani mewariskan sistem pemerintahan demokrasi Rakyat terlibat dalam

Membuat keputusan politik dan pembentukan kerajaan.

2. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan kebanyakan Negara dunia hari ini.

3. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi tetapi bentuk sedikit berubah kepada demokrasi

Berparlimen.

4. Dewan perhimpunan bertindak mengguba; undang-undang Negara diamalkan Negara dunia

5. Mahkamah berjuri dalam perbicaraan terhadap pesalah diamalkan hingga hari ini.

6. Sistem pendidikan memberi penekanan melahirkan insane seimbang seperti mana dalam

Falsafah pendidikan Negara kita.

7. Manusia cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.

8. Ilmu falsafah Socrates, Aristotle. Plato menjadi rujukan dalam falsafah moden.

9. Karya dan teori sejarah Herodotus dan Thucydides menjadi rujukan ahli sejarah moden.

10. Pembinaan acropolis menjadi panduan pembinaan dan pelancongan hari ini.

11. Kemajuan sains dan teknologi zaman ini berasaskan zaman Yunani oleh Pythagoras melalui

Teorem Pythagoras diguna pakai hari ini.

12. Teori isi padu air dan gravity oleh ahli fizik Archimedes digunapakai hingga sekarang.

13. Karya sastera Homer iaitu Illiad dan Odyssey dibaca hingga ke hari ini.

14. Penggunaan vocal dari tulisan Phonnecia digunakan dalam tulisan rumi hari ini.

15. Sukan Olimpik masih dijalankan hingga ke hari ini.

16. sukan Olimpik Yunani diadakan empat tahun sekali menjadi amalan hingga hari ini.

C. Tamadun Rom

Huraikan pembentukan tamadun Rom

1. Tamadun Rom wujud dikawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan sungai

Tibet di Lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin.

2. Pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap Bandar bagi

Menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

3. Majlis perbandaran membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di Bandar kerana

Dirancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekelan air, sistem pemanas, rumah ibdadat

Teater, sarkas, tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.

4. Pompei yang merupakan Bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan

Dibandar yang terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah

Ibadat, kedai, pintu gerbang dan colleseum.

5. Sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air paip sejauh 165 kilometer yg melibatkan

14 buah saliran atau terusan.

6. Bekalan air dapat diberikan kepada penduduk pada waktu aman dan semasa peperangan

Untuk perindustrian dan pengangkutan.

Apakah republic?

1. Negara yang diperintah presiden yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.

Terangkan cirri-ciri sistem pemerintahan republic tamadun Rom.

1. Rom membentuk sebuah republic pada tahun 509 S.M

2. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk

Sesuatu tempoh.

3. Untuk mengimbangi kuasa diantara dua orang konsul ini tidak ada yang lebih berkuasa.

4. Konsul di Bantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi

Membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.

5. Sebelum ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau adalah pemerintah tentera.

6. Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.

7. Keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

Jelaskan sistem pemerintahan empayer dalam tamadun Rom.

1. Julius Caesar bertanggungjawab menamatkan sistem republic dan menjadi dictator,

2. Rom mencapai taraf empayer setelah meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam Mesir

Peranchis, Brittainia dan beberapa kawasan di Jerman.

3. Membentuk pemerintahan berpusat dengan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.

4. Beliau menggunakan gelaran maharaja dengan menguasai senat angkatan tentera.

5. Semasa pemerintahan Augustus, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan

Empayar rom.

6. Wujud keamanan kekal selama 200 tahun.

7. Semasa pemerintahannya digelar Pax Romana yang merupakan zaman kegemilangan Rom

8. Membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua iaitu,

Asia, Afrika dan Eropah.

Apakah Pax Romana

1. Keamanan dan keagungan empayar Rom selama 200 tahun.

2. Zaman kegemilangan semasa pemrintahan Maharaja Augustus.

Huraikan sistem perundangan yang diamalkan oleh Tamadun Rom.

1. Undang-undang bertulis dikenali Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu.

2. Undang-undang bertulis ini juga dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat

Awam untuk tatapan rakyat.

3. Maharaja Justinian bertanggungjawab mengumpul, menyatukan dan membukukan undang

Undang tersebut.

4. Melahirkan kod undang-undang Rom atau undang-undang Justinian.

5. Inti pati undang-undang tersebut masih kekal hingga hari ini.

6. Undang-undang Rom mengandungi tiga cabang iaitu undang-undang sivil, rakyat dan

Natural.

7. Prinsip undang-undang Rom ialah seorang manusia sama disisi undang-undang.

8. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

9. Keadilan kepada setiap individu.

10. Hukuman berdasarkan bukti yang cukup.

11. Prinsip undang-undang rom menjadi asas sistem perundangan hari ini.

Jelaskan perluasan kuasa Empayar Rom

1. Julius Caesar bertanggungjawab menamatkan sistem republic dan menjadi dictator.

2. Rom mencapai taraf empayer setelah meluaskan kuasa ke Mecadonia, Yunani, Syam,

Mesir, Peranchis, Brttania dan beberapa kawasan di Jerman.

3. Membentuk pemerintahan berpusat dengan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.

4. Beliau menggunakan gelaran maharaja dengan menguasai senat dan angkatan tentera.

5. Semasa pemerinthan Augustus, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan

Rom.

6. Wujud keamanan yang kekal selama 200 tahun.

7. Semasa pemerintahannya digelar Pax Romana yang merupakan zaman kegemilangan Rom

8. Membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua iaitu,

Asia, Afrika dan Eropah.

9. Pemerintahan Augustus Caesar berjaya menubuhkan sistem empayar bercorak warisan.

10. Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kwasan sungai Rhine, Danube, Laut Hitam

Pergunungan Atlas, afrika utara, Macedonia, sebahgian Turki dan Palestin.

► Huraikan sistem pendidikan tamadun Rom.

1. Pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom.

2. Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya

Memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.

3. Peringkat awal pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom banyak mengambil dan menyerap

Unsure daripada Yunani.

4. Pusat pendidikan dan ilmu berkembang dengan pesat di Bandar-bandar di seluruh empayar

Rom.

5. Pusat pendidikan Rom melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan,

Bangunan dan jalanraya.

6. Pusat pendidikan ini melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang

Sejarah kegemilangan Rom.

Huraikan sumbangan falsafah tamadun Rom

1. Tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah umpamanya, falsafah Rom diasaskan

Daripada falsafah stoic atau stoisisme oleh seorang ahli falsafah Yunani, iaitu Zeno.

2. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung

Pada hubungannya dengan alam.

3. Staoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

Huraikan sumbangan sains dan teknologi dalam tamadun Rom

1. Boethius ahli matematik Rom mengambil asas matematik daripada tamadun Yunani dengan

Mengaitkan muzik, geometrid an astronomi.

2. Penciptaan layer yang kuat dan perahu yang besar meningkatkan aktiviti perdagangan laut.

3. Menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan terutamanya pada zaman perluasan

Kuasa dan pembetukan empayar Rom.

4. Binaan berbentuk kubah merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan

Tempat menjalankan kegiatan kerja awam.

5. Binaan berbentuk kubah merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan

Tempat menjalankan kerja awam.

6. Berbentuk kubah boleh memuatkan 50 000 hingga 80 000 penonton sebagai tempat

Tempat pahlawan Rom bertarung dan berfungsi sebagai teater.

7. Saluran air melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang. Teknologinya

Berasaskan sistem graviti.

Jelaskan bahasa dan kesusasteraan tamadun Rom.

1. Terdapat dua orang penulis dan penyajak, iait Cicero dan Virgil.

2. Kesusasteraan Rom bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan zaman

Keagungannya ialah semasa pemerintahan Augustus Caesar.

Nyatakan sistem social masyarakat Rom

1. Sistem social dibahagikan kepada wargenegara Rom, bukan warganegara dan hamba.

2. Warganegara Rom terdiri daripada orang Rom dan bukan warganegara ialah penduduk

Yang ditakluki.

Huraikan sumbangan tamadun rom kepada kehidupan hari ini

1. Tamadun Rom mewariskan sistem pemerintahan republic.

2. Unsur demokrasi melibatkan rakyat dalam pemilihan Presiden.

3. Pembentukan Dewan Senat dan Dewan perhimpunan dalam pentadbiran seperti di India,

Peranchis dan Afrika Selatan.

4. Konsep politik seperti senat, dictator, veto dan censor adalah warisan Rom.

5. Sistem pemerintahan berpusat hasil penyatuan wilayah dengan mewujudkan Majls

Perbandaran dengan Bandar-bandar terancang.

6. Sistem perundangan Rom yang meletakkan manusia sama disisi undang-undang dan

Keadilan kepada setiap individu digunakan hingga hari ini.

7. Hukuman berasaskan bukti yang sahih dengan seseorang tidak akan bersalah sehingga

Terbukti bersalah.

8. Kalender berasaskan kalender Rom seperti Julai dan Ogos sempena nama Julius Caesar

Dan Maharaja Augustus.

9. Sistem pendidikan berdasarkan aplikasi ilmu untuk diparaktik dan semangat setia kepada

Negara menjadi panduan pada hari ini.

10. Ilmu falsafah Stoisme menjadi rujukan ahli falsafah moden.

11. Kemajuan bidang matematik moden berasaskan matematik Boethius memperkenalkan

Campur. Tolak, bahagi dan geometri.

12. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum arked, pantheon menjadi rujukan pusat

Pelancongan hari ini.

13. Bahasa latin menjadi bahasa rujukan zaman ini.

14. Tulisan Phonesia diubahsuai menjadi tulisan rumi yang diguna pakai hari ini.

D. Tamadun India

Bagaimanakah pembentukan tamadun India

1. Bermula selepas keruntuhan tamadun Indus dengan kedatangan orang Aryan yang

Membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.

2. Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedi, mengambil nama sempena kelahiran kitab-kitab

Veda.

3. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat India kerana

Pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.

4. Menjelang abad ketujuh sebelum Msihi, perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah

Ganges menggantikann Lembah Indus.

5. Pemerintahan beraja diperkenalkan dengan mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu janapada

Atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar.

6. Chandragupta Maurya pemerintah Dinasti Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil

Dan seluruh India Utara membentuk empayar yang pertama di India.

7. Dinasti ini mendapai kemuncak kegemilangan ketika pemerintahan Asoka.

Jelaskan sistem pemerintahan Empayar Maurya di India

1. Sistem pemerintahan beraja dengan raja mengamalkan kuasa mutlak.

2. Kedudukan raja diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasakan

Kepercayaan bahawa raja itu adalah suci dan harus dihormati.

3. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat kepada golongan raja.

4. Golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominant.

5. Chandragupta Maurya telah membentuk empayer Maurya dengan menyatukan kerajaan-

Kerajaan kecil di India dan mengubah status raja kepada maharaja.

6. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke pergunungan hindu Kush

Dengan ibu negaranya terletak pataliputra.

7. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya semasa pemerintahan maharaja Asoka kerana

Berjaya menamatkan perang saudara.

8. Asoka berjaya menakluki negeri kalingga.

9. Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan kedamaian dan kemajuan social.

10. Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi

Ketenteraan.

11. Asoka mahajara berkuasa mutlak.

12. Beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahan.

Jelaskan sistem perundangan Tamadun India

1. Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua bertujuan memastikan

Perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran.

2. Raja dipertanggungjawabkan untuk memlihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

3. Segala kesalahanyang dilakukan akan dikenakan denda bergantung kepada kesalahan.

4. Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang unang-undang kerana

Mahir tentaang hukum hakam keagamaan.

5. Pada zaman Donasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan

Perintah diraja.

6. Segala titah perintah diukir pada tiang batu didirikan di tepi jalan raya supaya undang-

Dibaca oleh rakyat.

7. Tiang batu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan Asoka

8. Asoka seorang pemerintah yang adil kerana sentiasa berpegang pada konsep

Kesejahteraan rakyat.

Kejayaan yang dicapai melalui perluasan kuasa Dinasti Maurya di India disebabkan para

Pemimpin. Jelaskan.

1. Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dari

Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan.

2. Kejayaan disebabkan memiliki pasukan tentera yang besar dengan 600 ekor gajah, 1000

Orang askar berkuda dan 10 000 orang infantry.

3. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara, Punjab dan menewaskan Seleceus yang

Memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

4. Bindusara anak Chandragupta, meluaskan empayar Maurya ke Mysore dibahagian Selatan

India.

5. Asoka meluaskan kuasa melalui dasar yang lembut dan terbuka serta memberikan

6. Seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya pada zaman pemerintahan

Asoka ekoran kemenangan ke atas kalinga dalam Perang Kalinga.

Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India.

1. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan

Dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia

Tengah dan Asia Tenggara.

2. Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading

Gajah, emas, berlian dan mutiara.

3. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti,

Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.

4. Disetiap Bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai

Stresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.

5. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.

6. Raja mengawasi perjalanan persatuan.

7. Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik menggunakan mata wang sebagai media

Jual beli. Contoh, bentuk mata wang emas.

8. Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan

Yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.

9. Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai perdagangan seperti hasil pertanian dan

Hasil buah-buahan.

10. Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

11. Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti

Rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi. Dari China pula seperti tekstil, tembikar,

Barang kaca dan minyak wangi.

Sistem Pendidikan memainkan peranan penting dalam tamadun India. Jelaskan.

1. Teras pendidikan zaman vedik mementingkan keagamaan dan agama Hindu.

2. Kaum lelaki mendominasi pendidikan manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk

Mendapatkan pendidikan.

1. Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran pembelajaran kitab-kitab veda.

2. Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

3. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan

Manusia menghadapi hari selepas mati.

4. Segala hokum agama harus dipelajari supaya dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai

Murni yang diajar oleh agama.

5. Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah manakala pendidikan tinggi

Telah diberikan dikolej Brahman dan Universiti Nalanda.

6. Seseorang harus menghafal pelbagai buku agama Veda yang mengandungi peraturan

Ritual, mantera, dan lagu-lagu agama untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan.

7. Pendidikan bertujuan untuk meningkatkan ilmu sains falsafah.

8. Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu dan mengatasi buta huruf serta

Mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Jelaskan falsafah dalam tamadun India

1. Falsafah India adalah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia.

2. Falsafah bentuk pemikiran bersumberkan kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda,

Atharva Veda, Upanishad, Mahabhrata dan Bhagavad Gita.

3. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme, dan Buddhisme.

Apakah sumbangan sains dan teknologi yang dicapai oleh tamadun India?

1. Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik seperti pengetahuan tentang

Astronomi yang dapat dipetik daripada Rig Veda.

1. Ilmu matematik telah mencipta konsep geometrid an telah memperkenalkan system

nombor, Iaitu angka Brahmin dan angka Khrosti.

3. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi

Kerana kaitannya dengan Yoga.

2. Ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar dan perahu yang besar.

3. Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni

Bina turut berkembang untuk tujuan keagamaan seperti Stupa Besar di Sanchi, India.

5. Pembinaan yang mengkagumkan berteraskan agama Buddha dan Hindu ialah kompleks

Kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil dan kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai

28 buah kuil.

Huraikan bahasa dan kesusasteraan tamadun India.

1. Masyarakat terdiri daripada dua kelompok yang berbeza, iaitu Dravidia dan Indo-Arya yang

Yang mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza.

1. Masyarakat Dravidia di selatan India bahasanya seperti Telegu, Malayalam, Kannada.

2. Masyarakat Indo-Arya pula bahasa dasarnya ialah bahasa Sanskrit yang kemudiannya

Melahirkan bahasa Hindu, Urdu, Punjabidan Kasmiri.

4. Bahasa utama pada Zaman Vedik adalah bahasa Sanskrit yang mempengaruhi

Perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.

3. Bidang kesusasteraanterbahagi kepada vedik, epik dan sajak.

4. Menghasilkan sastera hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik mahabhrata dan

Ramayana.

5. Mahabhrata menceritakan peperangan antara dua tentera,iaitu yang baik dan yang jahat

Manakala Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu bergaduh raja Sri Lanka

Yang melarikan isterinya, Sita.

Jelaskan system social masyarakat India

1. Sistem kasta merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-

Mana tamadun dunia yang lain.

2. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra yang

Mempunyai tanggungjawab yang berbeza.

3. Sistem kasta telah menjadi darah daging kepada system social India dan system ini

diikuti dengan ketat.

4. Sistem ini melarang seseorang lelaki berkahwin dengan wanita daripada kasta lain dan tidak

boleh bergaul dengan ahli kasta yang berbeza.

Huraikan sumbangan tamadun India kepada kehidupan hari ini

1. Tamadun India mewariskan system birokrasi dalam pentadbiran.

2. Memperkenalkan persatuan perdagangan dan perusahaan yang diamalkan dalam

Perdagangan hari ini.

3. Sumber falsafah dalam kitab veda menjadi rujukan hingga hari ini.

4. Ilmu sains dan teknologi adalah cabang kitab veda yang menjadi rujukan hari ini.

5. Kemajuan bidang matematik moden berasaskan konsep geometri konsep geometri oleh

Aryabhata dan Varachamihira digunapakai hari ini.

6. Teknologi pembinaan seperti stupa Besat di Sachi dan candi menjadi rujukan dan pusat

Pelancongan hari ini.

7. Agama Hindu dan Buddha diamalkan oleh penduduk dunia ini.

8. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa rujukan zaman menghasilkan pelbagai bahasa di India.

9. Bahasa Sanskrit digunakan dalam agama Hindu dan Buddha.

10. Hasil sastera epik Mahabrata dan Ramayana menjadi rujukan dan pembacaan hari ini.

E. Tamadun China

Pembentukan Dinasti Chin menandakan satu peningkatan dalam tamadun china. Jelaskan.

1. Kemunculan Dinasti Chin bermula di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga kebahagian

Selatan China.

2. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan bneliau berjaya

Memperluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.

3. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

4. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa

dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Huraikan system pemerintahan Dinasti Chin dan Dinasti Han di China

1. Perluasan kuasa di zaman Dinasti Chin telah mengubah pemerintahan system feudal

Kepada pemerintahan system pentadbiran berpusat.

2. Konsep raja telah bertukar kepada maharaja apabila berlaku perluasan kuasa pada zaman

Dinasti Chin dari tahun 221- 206 S.M.

3. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah system pentadbiran

Atau birokrasi awam yang terdiri daripada yang dilantik oleh maharaja.

4. Pelantikan di kalangan rakyat dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam system perkhidmatan

Awam, iaitu Hon Kau Tsu.

5. Pelantikan pegawai-pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.

6. Shih Huang Ti merupakan tokoh penting dalam system ini bermula pada zaman Dinasti

Chin, Han dan diteruskan oleh dinasti lain.

Jelaskan system perundangan Dinasti Chin dan Dinasti Han di China

1. Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak

Kolektif.

2. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme yang digubal oleh ahli

Falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin

3. Undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia dan tidak harus wujud

Rasa belas kasihan.

4. Raja mesti meiliki kuasa yang utuh bagi menguatkuasa undang-undang untuk membendung

Tindakan liar manusia.

5. Pada zaman Dinasti Han, undang-undang berteraskan ajaran Confucius yang menekankan

Keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta

Masyarakat.

Jelaskan perluasan kuasa Dinasti Chin

1. Shih Huang Ti berjaya manyatukan seluruh kerajaan kecil di China melalui perluasan kuasa

Juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin.

2. Shih Huang Ti memeirntah secara autokratik, tegas dan mutlak.

3. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor

Dan panglima tentera untuk mentadbir.

4. Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mempertahankan empayar daripada

Serangan orang gasar.

5. Zaman dinasti Han, kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar maharaja tentera

Berjaya memperluas kawasan takluk melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.

6. Kawasan yang Berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang Lembah Tarim dan Tutor di Utara

Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di Selatan.

7. Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan

Kemakmuran negeri China telah Berjaya diwujudkan.

Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China

1. Dalam bidang pertanian, tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.

2. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong

Beroda serta penyisir tanah.

3. Sistem penanam secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.

4. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

5. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber

Air dalam dalam pertanian terkawal.

6. Kawalan terhadap banjir dengan membina terusan.

7. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar turut berkembang didagangkan ke kawasan

Di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

8. Pada zaman Dinasti Tang, hasil dibawa melalui Jalan Laut iaitu berdasarkan bukti terdapat

Tembikar dan logam China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal.

9. Hasil perusahaan China didagangkan di negeri China.

10. Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas

Petengahan yang besar.

11. Perkembangan ekonomi menyebabkan perkembangan system perhubungan, iaitu

Pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda kereta lembu.

Huraikan system pendidikan dan peperiksaan dalam tamadun China

1. Masyarakat menghargai pendidikan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk

Lulus peperiksaan awam kerajaan.

2. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

3. Peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal

Tulisan ideogram dan Sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.

4. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera.

6. Pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

7. Pendidikan china memberi tumpuan untuk pentadbiran.

8. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu tai, Tahap kedua

Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih.

9. Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat dan jika didapati meniru dikenakan hukuman

Mati.

10. Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan penyediaan

Dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

11. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan

Tahap ketiga setaraf dengan doctor falsafah seperti pada zamanm moden.

12. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua, di ibu kota daerah dan tahap

Ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu dihadapan maharaja.

13. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan

Dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

14. Peperiksaan awam tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua, di ibu kota daerah dan

Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu dihadapan maharaja.

15. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan

Dan ijazah ketiga dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

16. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara

Peperiksaan tahap awam tahap kedua dan ketiga, diadakan tiga tahun sekali.

17. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Pada pengetahuan anda, mengapakah masyarakat menyanjung peperiksaan awam China?

1. Untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.

2. Orang yang meniru dihukum bunuh.

3. Peraturan yang ketat dan tidak ada sebarang penipuan.

4. Meningkatkan mobiliti social penduduk.

5. Semua rakyat boleh menduduki peperiksaan.

6. Terdapat tiga tahap peperiksaan, tahap pertama di daerah, tahap kedua diibukota dan tahap

Dan tahap ketiga di istana di hadapan maharaja.

7. Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik dan di kurung selama tiga hari untuk menulis

Jawapan.

8. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Jelaskan falsafah yang menjadi amalan China

1. Falsafah China memberikan penekanan hubungan manusia dengan manusia lain.

2. Antara sumber falsafah China termasuklah Kung-Fu Tze atau Confucius dengan ajarannya

Iaitu Confucianisme, Lao Tze, Taoisme dan Mo Tzu.

3. Ajaran Confucianisme menekankan kemanusiaan dan maruah diri, mengutamakan

Kesopanan dan kesusilaan serta menggalakkan hubungan baik sesame manusia.

4. Mo Tzu memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik dan

Berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh

Alam sekitar.

5. Aliran legalisme percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan

ketertiban masyarakat.

6. Taoisme menegaskan keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam

Dan masyarakat.

Jelaskan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi tamadun China

1. Tamadun China juga menganggap astronomi sebagai ilmu sains Negara.

2. Ilmu perubatan juga telah wujud dalam tamadun China.

3. Konsep keseimbangan antara dua kuasa, iaitu Yang dan Yin membolehkan seseorang

Berkeadaan sihat dan digunakan dalam asas perubatan tradisional.

4. Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layer yang lebih kuat dan perahu.

5. Chai Lun pegawai di istana raja China Berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan

Bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang untuk menjadi pulpa.

Jelaskan seni bina yan dianggap termaju dalam tamadun China

1. Terdapat pelbagai jenis tembok, pintu gerbang dan jambatan yang terkenal ialah Tembok

Besar yang dibina untuk tujuan pertahanan di China.

2. Tembok Besar China dibina oleh Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin.

3. Panjang 5000 kilometer, lebar 4.5 meter hingga 9 meter dan ketinggian 7.5 meter.

4. Pada zaman Dinasti Ming disambung hingga 6400 kilometer.

5. Pembinaan menggunakan tenaga manusia seramai 30,000 orang.

6. Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking, dan Loyang juga dibina

Dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.

7. Tembok-tembok dikawasan Bandar lain pula dibuat daripada tanah liat, batu-bata dan tanah

Lumpur dikampung-kampung.

8. Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.

9. Kawasan di dalam tembok menempatkan kediaman maharaja dan salah sebuah istana

Maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.

10. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai

Penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan.

11. Pembinaan kuil dan pagoda dimana dalam kuil-kuil ini terdapat beberapa buah bangunan

Yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu, dan pusat pemujaan.

12. Pagoda setinggi 15 tingkat berbentuk octagon atau segi empat sama.

Terangkan bidang bahasa dan kesusasteraan tamadun China

1. Terdapat tujuh dialek bahasa utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka

Kantonis dan Fukien.

2. Pihak kerajaan menyokong hasil kesusasteraan semasa Dinasti Han, Ssu Chi iaitu

Menceritakan social, sejarah, kerajaan, pemimpin dan ilmu pengetahuan.

3. Dalam bidang puisi, muncul tokoh penting seperti Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I, iaitu

Semasa Dinasti Tang.

4. Zaman Dinasti Han meliputi cerpen dan sajak, seseorang yang terpelajar harus mampu

Bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikirannya.

Jelaskan system social masyarakat China

1. Masyarakat China terbahagi kepada tiga kelas iaitu golongan atasan yang terdiri daripada

lapisan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida.

2. Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bahwahan, iaitu golongan petani dan artisan,

Golongan ketiga ialah hamba. Kedua-dua merupakan golongan sokongan.

3. Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.

4. Golongan teratas ialah golongan sarjana terdiri daripada pegawai kerajaan yang

berpendidikan.

5. Golongan kedua adalah petani yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi China.

6. Kumpulan ketiga ialah golongan tukang.

7. Kumpulan paling bawah ialah pedagang.

8. Setiap individu di China boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik

Menerusi pendidikan.

Huraikan sumbangan tamadun China kepada kehidupan hari ini.

1. Tamadun China mewariskan system pemerintahan autokrasi.

2. Terdapat jawatankuasa dalam system perkhidmatan awam dikenali Hon Kao Tzu.

3. Pegawai kerajaan yang dilantik mesti lulus peperiksaan awam menjadi panduan kepada Negara dunia.

4. Pencipataan kolar kuda yang digunakan oleh masyarakat dunia hari ini.

5. Pertanian bergilir yang diperkenalkan untuk mengekalkan kesuburan tanih.

6. System peperiksaan awam diperkenalkan dalam pendiidkan diamalkan hingga hari ini.

7. Falsafah Taoisme, Legaslisme dan Confucianisme menjadi rujukan ahli falsafah moden.

8. Teknologi pembinaan Tembok Besar China dan pagoda menjadi rujukan dalam pembinaan dan sebagai pusat pelancongan.

9. Rekod sejarah bentuk ensiklopedia, kisah p-erjalanan dan maklumat geografi sebagai sumber sejarah.

10. Teknologi membuat kertas dan tembikar memberi sumbangan kepada masyrakat dunia.

11. Ilmu perubatan tradisional China masih menjadi rujukan oleh masyarakat hari ini.

Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu

tamadun meningkat dan berkembang.

1. Perlu mempunyai sikap inovatif dalam kehidupan.

2. Perlu berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan kehidupan.

3. Keperluan Negara yang aman supaya pembangunan tidak terjejas.

4. Sistem pemerintahan yang adil dan kuat.

5. Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku di masa depan.

6. Keperluan meningkatkan pemikiran dalam menambah ilmu pengetahuan.

7. Keperluan menambah kemahiran melalui ilmu pengetahuan dari masa kesemasa.

8. Berani meneroka bidang baru untuk mempertingkatkan kehidupan kita.

F. Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia

Huraikan sejarah perkembangan agama Hindu.

1. Perkataan Hindu merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu (Indus). Agama ini dikatakan muncul sejak zaman tamadun Indus.

2. Pada Zaman Vedik, wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama Hindu.

3. Agama ini percaya Tuhan mempunyai tiga fungsi utama, iaitu mencipta (Brahman), Memelihara (Vishnu) dan Membinasa (Siva).

4. Agama Hindu mempunyai enam aliran, iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.

5. Golongan Brahmin mendominasi sejak zaman empayar Maurya.

6. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.

7. Mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.

8. Tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak supaya dapat bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.

Huraikan sejarah perkembangan agama Buddha.

1. Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha.

2. Kemunculan agama ini sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmmin dalam soal agama dan kehidupan seperti sistem kasta dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur.

3. Hal ini memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran dan menemuinya sewaktu bertapa di bawah pohon bodhi di kampong Uruveda.

4. Kebenaran dipercayai akan melepaskan diri manusia dari kesengsaraan.

5. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaranmulia yang dapat dicapai melalui lapan jalan.

6. Agama Buddha menjadi agama rasmi kerajaan Maurya pada zaman pemerintahan Asoka.

7. Penghantaran mubaligh ke luar Negara untuk menyebarkan agama Buddha telah diterima baik di Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China.

8. Agama Buddha menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci yang mengandungiSutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.

Jelaskan perkembangan agama Kristian.

1. Aga mini telah diasaskan oleh Jesusu Christ yang berasal dari Jerusalem lahir pada 25 Disember dan diraikan oleh penganut agama Kristian sebagai Hari Natal.

2. Old Testament dan New Testament merupakan dua kitab suci dalam agama Kristian dan dikenali sebagai bible.

3. Penganut agama ini terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan termasuk tentangan daripada pemerintah Rom sendiri tetapi Berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang ramai di Eropah.

4. Agama Kristian bertapak di Eropah pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine yang mengiktiraf sebagai satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat Rom selain yang diamalkan oleh pagan.

5. Bagi individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat.

6. Hari Ahad juga telah dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti agama.

7. Agama Kristian terus subur pada Zaman Rom hingga Rom dikenali sebagai Empayar Kristian dan terus kukuh kedudukan walaupun keruntuhan empayar Rom pada lewat abad kelima Masihi.

Jelaskan perkembangan agama Islam

1. Agama diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail

Di Gua Hira.

9. Merupakan kitab suci umat Islam.

10. Penyebaran Islam ditentang oleh Quraisy Makkah, Nabi berhijrah ke Madinah dan

mendapat tapak baru untuk Islam disebarkan di Tanah Arab hingga ke seluruh dunia.

11. Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan Syariah.

12. Aqidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.

13. Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (Hadis) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam.

14. Orang Islam wajib meyakini rukun iman dan rukun islam.

Jelaskan perkembangan falsafah Confucianisme

1. Ajaran ini diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar tahun 551 S.M di negeri Lu di Shang Tung.

2. Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu dan telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China.

3. Sumber rujukan ialah kitab Analekta.

4. Masyarakat China menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan Confucius disembah sebagai dewa.

5. Ajaran beliau menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan ( Ren), Kesusilaan (Li), dan ketaatan kepada ibu bapa (Xiao).

6. Ketinggian moral boleh dicapai melalui pendidikan.

Terangkan falsafah Taoisme

1. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M

2. Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebarkan pengaruhnya.

3. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah

Taoisme kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama.

4. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan

ditentukan oleh Tao.

5. Manusia tidak harus bertindak apa-apa kerana jika manusia bertindak, maka perkara ini

bertentangan dengan prinsip wu-wei akan merosakkan dunia.

7. Lao Tze tidak menyetujui kerana manusia boleh mengubah sesuatu kea rah kebaikan.

6 comments:

  1. sejarah best,,tpi time periksa saya x boleh nak score markah sejarah ;(..napa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munkin teknik belajar anda tidak betul. Sepatutnya anda mestilah menulis apabila mengulang kaji dan pastikan anada sentiasa membuat latihan soalan tahun-tahun lepas secara konsisten dan berterusan.

      Delete
  2. mungkin awk hafal kowt.. tpi tak fham ape yg awk hafal?? btol ke??

    ReplyDelete
  3. sejarah ni kita perlu baca berulang kali, baru boleh ingat dan ia akan kekal lama, tak perlu baca berjam-jam cukup 30 minit sehari tapi kena baca berulang kali, campur dengan nota ringkas dan katakunci.....cubalah!!!

    ReplyDelete
  4. no no no All wrong ..... the best way to study history is put yourself in the event . For example , you act as Martin lurther in the dark age . History + Reading = Movie .

    ReplyDelete
  5. assalamualikum cikgu,sya nak tanya..apakah sumbangan ahli sains dalam tamadun awal?

    ReplyDelete