Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 8

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT

A. Pemerintahan dan Pentadbiran

Senaraikan ulama yang menjadi penasihat kepada Sultan di Melaka, Kelantan dan Terangganu.

1. Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf

2. Tuk Pulau Condong

3. Tuk Pulau Manis

Huraikan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

1. Gelaran sultan digunakan dalam institusi raja bermaksud bayangan Allah di muka bumi.

2. Sultan mengunakan gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin yang digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang.

3. Iskandar Zulkarnain, mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan yang sebelum ini keturunan daripada nasab penitisan dewa untuk meninggikan kedudukan sultan.

4. Institusi sultan kekal sebagai institusi warisan dengan sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

5. Di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak kepada Yang Di‑Pertuan Besar iaitu berasaskan Adat Perpatih.

6. Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar seperti bendahara, laksamana, penghulu, bendahari dan temenggung.

7. Golongan ulama menjadi penasihat kepada Sultan misalnya, Sultan sering mendapat nasihat serta pandangan golongan ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf, di Kelantan dan Tuk Pulau Manis di Terengganu.

8. Konsep daulat adalah pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan institusi kesultanan yang dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya.

9. Konsep daulat mengangkat kedudukan seseorang sultan ke tahap yang lebih tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.

10. Adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku dan istiadat pertabalan yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan.

11. Di kalangan pemerintah, amalan protokol (hijabah) turut diamalkan yang menggambarkan pengaruh Kerajaan Bani Umaiyah.

12. Dalam perlantikan dan pertabalan, upacara lafaz ikrar diadakan oleh sultan dan pembesar yang menyerupai proses baiah. Apabila sultan mangkat, pengganti baginda akan dilantik sebelum, istiadat pemakaman yang diadaptasi daripada peraturan oleh para khalifah pada zaman Bani Umaiyah.


B. Perundangan

Apakah yang dimaksudkan dengan adat?

1. Undang-undang tidak bertulis yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.

Apakah peranan adat dalam masyarakat Melayu?

1. Menjamin keselamatan terhadap masyarakat

2. Mengawal pelakuan seseorang individu dalam masyarakat.

3. Menentukan hak pewarisan harta dalam masyarakat.

4. Menentukan bidang tugas setiap individu.

5. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi.

6. Merapatkan tali persaudaraan.

Senaraikan dua jenis adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

1. Adat Temenggung

2. Adat Perpatih

Huraikan perbezaan di antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu.

1. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal Bari Pagar Ruyung, Sumatera manakala Adat Temenggung telah diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan yang memerintah Palembang, Sumatera.

2. Adat Perpatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Naning, utara Melaka sementara negeri-negeri lain mengamalkan Adat Temenggung.

3. Dalam Adat Perpatih, musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah manakala adat Temenggung secara mutlak.

4. Pemilihan ketua Adat Perpatih dilantik oleh kurnpulan ketua daripada peringkat bawah manakala Adat Temenggung pemilihan berdasarkan warisan.

5. Dalam Adat Perpatih, ahli setiap suku pula tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama manakala Adat Temenggung bebas untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam.

6. Adat Perpatih bersifat matri-lineal, mengutamakan nasab jurai keturunan ibu. Adat Temenggung pula berasaskan sistem, parilineal yang lebih mementingkan jurai keturunan bapa.

7. Dalam Adat Perpatih anak perempuan diberikan hak mewarisi harta pusaka manakala Adat Temenggung anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan, iaitu bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.

8. Dalam Adat Perpatih hukuman berbentuk pemulihan atau diat dikenakan denda berupa harta sekiranya membunuh dengan tidak sengaja tetapi Adat Temenggung pula berbentuk pembalasan.

9. DalamAdat Perpatih perempuan yang berkahwin akan menetap di rumah perempuan, manakala Adat Temenggong akan menetap di rumah lelaki.

Senaraikan undang-undang bertulis di Melaka.

1. Hukum Kanun Melaka.

2. Undang-Undang Laut Melaka.

Mengapakah undang-undang di atas di gubal oleh pemerintah Melaka?

1. Merupakan peraturan dan hukuman bagi menjaga keamanan dan keadilan dalam masyarakat.

2. Kitab perundangan ini menjadi corak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

3. Menjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukwnan tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan.

4. Hukum Kanun Melaka misalnya, menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang dikalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat, serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

5. Laut Melaka, misalnya, menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.


C. Sosiobudaya

Huraikan pengaruh kedatangan Islam ke atas sistem pendidikan tidak formal di Tanah Melayu.

1. Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

2. Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. la masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.

3. Pendidikan di peringkat keluarga menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

4. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan.

5. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubung dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan dan cara menjaga maruah.

6. Pendidikan melalui kaedah bercerita dengan menyerap nilai­-nilai budaya yang murni dan unsur pengajaran melalui cerita­-cerita lisan, seperti cerita binatang dan cerita jenaka.

7. Kanak-kanak turut mempelajari pantang-larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. Dinasihatkan agar tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua.

8. Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki dan pepatah seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak agar berkelakuan balk dan jangan sesekali bercakap bohong.

Huraikan sistem pendidikan agama di Tanah Melayu setelah kedatangan Islam.

1. Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak lagi terhad kepada golongan atasan sebaliknya melibatkan semua golongan.

2. Dilaksanakan di beberapa tempat, iaitu istana, masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.

Pendidikan di Rumah

1. Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran.

2. Pendidikan diadakan di rumah tok guru.

3. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun.

4. Selepas waktu zohor atau maghrib.

5. Menggunakan kitab Muqaddam dan Al-Quran.

6. Tiada bayaran kepada tok guru.

7. Di masjid dan surau kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara yang wajib diketahui oleh orang Islam.

8. Pada sebelah malam pula, masjid dan surau dipenuhi orang dewasa, terlibat dalam pengajian keagamaan seperti ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf pada tahap yang lebih tinggi.

Sistem Pendidikan Pondok

1. Merupakan salah satu bentuk pendidikan formal.

2. Bermula sejak abad ke 12 Masehi di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri lain.

3. Terdapat di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Contoh Pondok Pulau Condong dan Pondok Kutan di Kelantan, Pondok Pulau Manis di Terengganu dan Pondok Titi Gajah dan Pondok Langgar di Kedah.

4. Pendidikan pondok memberi penekanan kepada ilmu keagamaan.

5. Menyediakan pelajar-pelajamya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat setelah tamat pengajian.

6. Pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang panjang, sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka. Ilmu yang dipelajari seperti fekah, tafsir, saraf, nahu Arab, tauhid, sirah, mantiq dan tawarikh Islam.

7. Sistem pendidikan tersusun.

8. Murid-murid mesti berpakaian menutup aurat.

9. Murid-murid tinggal di pondok secara berkongsi.

Sistem Pendidikan Madrasah

1. Sistem pengajian madrasah berdasarkan sukatan pe1ajaran.

2. Dilaksanakan secara kelas.

3. Terdapat jadual waktu.

4. Pendidikannya pula mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir, iaitu guru besar.

5. Perjalanan diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.

Huraikan peranan istana sebagai pusat intelektual dalam kerajaan Melayu tradisional.

1. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengajian agama seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu.

2. Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar, manakala Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

3. Ramai ulama dan pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa asing menetap di Melaka dan menyebabkan bidang pendidikan Islam bekembang dengan pesat di Melaka.

4. Kerajaan Melaka memberikan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan menyebabkan ramai yang menetap di sini.

5. Pemerintah Melaka berminat terhadap ilmu pengetahuan apabila kitab al-Dur al-Manzum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung istana Melaka.

6. Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf.

7. Semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah di Johor, istana dijadikan sebagai pusat pengajian.

8. Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.

9. Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara dan sistem politik.

Huraikan pengaruh Islam dalam bidang bahasa kepada masyarakat Melayu tradisional.

1. Memperkenalkan tulisan jawi daripada huruf Arab dan dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.

2. Tulisan jawi telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan serta menjadi hak milik orang Melayu.

3. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan istilah baru daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum.

4. Memperkayakan istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam, misalnya fikah, tauhid dan tafsir.

5. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.

6. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.

Huraikan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan kepada masyarakat Melayu tradisional.

1. Bahasa Melayu menjadi mantap kerana cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.

2. Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tatabahasa dan bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.

3. Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.

4. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa perantaraan di kalangan pedagang dari Timor dan Barat dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

5. Bentuk prosa memperkenalkan cerita hikayat para nabi dan sahabat baginda contohnya tentang Nabi Muhammad s.a.w. seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bolan Berbelah.

6. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di Istana Melaka.

7. Hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.

8. Memperkenalkan karya berbentuk puisi, contohnya, Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.

Apakah bentuk kesusasteraan Melayu sebelum kedatangan Islam?

1. Sebelum kedatangan Islam kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan, daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

2. Jenis kesusasteraan yang terawal ialah cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang kejadian dam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang.

3. Cerita binatang yang menggunakan nama binatang sebagai watak utamanya terutama sang kancil iaitu binatang yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu.

4. Cerita jenaka dan lucu yang memperkenalkan nama-nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing-masing, seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan; Pak Pandir manunjukkan watak yang lurus dan bendul; Berta Pak Belalang dan Si Luncai menunjukkan kecerdikan dan kepintaran.

5. Cerita dongeng yang memberikan pengajaran, misalnya, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah.

6. Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi pula adalah seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka.

Nyatakan pengaruh kesenian Islam ke atas masyarkat Melayu.

1. Seni bina masjid sebagai tempat untuk menunaikan solat atau sebagai tempat perkumpulan sosial, mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga atau pancur air dan bumbung seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan Berta Masjid Peringgit clan Masjid Tengkera di Melaka.

2. Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat. Ini dapat dilihat pada istana Melaka.

3. Setiap binaan rumah dan istana dilengkapi kemahiran seni ukiran dengan berbagai-bagai hiasan dalaman yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.

4. Kemahiran dalam kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan melalui seni tulisan pada Batu Bersurat Terengganu.

5. Seni tulisan khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan terutamanya di masjid atau madrasah, pada batu nisan, barang tembikar, mata wang, pakaian dan sebagainya.

6. Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh. Petikan daripada al-Quran ditulis sebagai hiasan di masjid, madrasah dan surau.

7. Tarian dabus yang terkenal di negeri Perak memaparkan pengaruh Arab yang mempunyai unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.

8. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, tarian mak inang telah ditarikan di istana Melaka pada majlis-majlis tertentu.

9. Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w., para nabi Allah, dan para sahabat sangat terkenal di Terengganu, Pahang dan Melaka.

10. Dalam seni dikir, seni kata lagu bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.

11. Kesenian ghazal, iaitu se.jenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam terkenal di negeri Johor.

Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional mengekalkan keharmonian hidup bermasyakat setelah kedatangan Islam?

1. Kesan Islam terhadap sistem hidup orang Melayu bermula daripada perubahan prinsip kepercayaan atau akidah kepada perubahan akhlak dalam, kehidupan.

2. Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan yang rapat menjamin kesejahteraan hidup.

3. Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati.

4. Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri.

5. Terdapatnya panggilan atau gelaran tertentu untuk orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga seperti Pak long dan mak long, tidak boleti dipanggil dengan namanya.

6. Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah.

7. Para tetamu dilayan dengan hormat dan dihidangkan dengan minuman dan makanan.

8. Apabila datang berziarah, tetamu hendaklah memberikan salam dan tuan rumah wajib pula menjawabnya.

9. Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam-salaman dan ketika bersalaman, kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua.

10. Membongkok apabila berjalan di hadapan orang tua.

11. Tidak mencampuri dalam percakapan orang tua.

12. Membaca bismillah semasa hendak makan dan minum.

13. Petmainan tradisi menggalakkan kerjasama di kalangan masyarakat.

14. Semangat gotong-royong di kalangan anggota masyarakat seperti dalam majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis tamat membaca al-Quran atau majlis khatam.

15. Nilai perpaduan amat ditekankan oleh masyarakat yang sentiasa berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan sedencing seperti besi.


E. Ekonomi

Kegiatan perdagangan yang pesat adalah pengaruh daripada kedatangan Islam di Melaka. Jelaskan.

1. Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam yang telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka dan Alam Melayu.

2. Melayu terbabitkan secara aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti tersebut.

3. perdagangan menjadi salah satu saluran yang memesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15.

4. Walaupun Melaka tiada rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang luar namun kedudukannya yang strategik membantu perkembangan perdagangan.

5. Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing dan menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.

6. Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana bagi manjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.

7. Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.

8. Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapatnya 84 bahasa, yang dipertuturkan tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-franca kepada pedagang.

9. Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar dengan mengunakan sistem tahil dan kati.

10. Timbangan yang menggunakan dacing timbangan ialah sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu permata serta rempah ratus.

11. Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.

Jelaskan ciri-ciri mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu tradisional

1. Mata wang timah pada zaman Melaka, berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat.

2. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.

3. Mata wang di Johor yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai wang katun. la berbentuk bulat atau segi enam dan mempunyai tulisan jawi atau Arab.

4. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin yang boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan.

5. Mata wang emas digunakan secara meluas di Kedah dan Johor. Mata wang emas Johor yang tertua ialah pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.

6. Mata wang emas di Kelantan dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.

7. Mata wang emas di Johor digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 gram) dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 grains (2.6 gram).

8. Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.

9. Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin.

Huraikan aktiviti perdagangan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

1. Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan pemiagaan dapat dilakukan.

2. Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.

3. Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.

4. Pedagang dari Jepun dan China pula dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.

5. Terdapat barangan tertentu yang dikecualikan cukai seperti beras dan makanan.

6. Setelah semua cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang Sungai Melaka.

7. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai, iaitu yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus dan orang asing sebanyak enam peratus.

8. Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan dikalangan orang Islam tetapi, dibenarkan kepada golongan ceti yang memberikan pinjaman wang.

9. Pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.

No comments:

Post a Comment