Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 8

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Pembangunan Ekonomi

Senaraikan tahap pertama Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

1. Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960)

2. Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965)

3. Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970)

Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan oleh kerajaan.

1. Membangunkan kawasan luar bandar yang dipinggirkan oleh penjajah British.

2. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk di luar bandar dengan penduduk

bandar.

3. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.

4. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak terlalu

bergantung pada getah dan bijih timah.

Terangkan usaha-usaha yang dijalankan untuk mencapai pembangunan di kawasan

luar bandar melalui Rancangan Malaya Pertama.

1. Pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap

sektor ekonomi, sosial dan awam.

2. Pembukaan tanah baru untuk pertanian dipergiatkan, penanaman semula getah oleh

pekebun kecil dan secara ladang digalakkan,hasil keluaran pertanian dipelbagaikan.

3. Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan.

4. Dalam sektor sosial,pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kesihatan,pendidikan

dan perhubungan.

5. Dalam sektor awam pula,infranstruktur seperti balai polis,kem tentera,pejabat pos,mahkamah

dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.

6. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development

Authority ( RIDA) untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

7. Memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil.

8. Membantu pemasaran hasil pertanian.

9. Menggalakan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan.

10. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development

Authority (FELDA) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping

meningkatkan hasil pertanian negara.

11. Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian.

12. Menyediakan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas kepada peneroka.

13. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru untuk menjadi petani

moden.

14. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.

15. Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959 yang

diketuai oleh Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein,iaitu Timbalan Perdana Menteri

Persekutuan Tanah Melayu.

16. Kementerian itu diberikan peranan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program

pembangunan luar bandar.

17. agensi RIDA dan FELDA kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini.

Senaraikan agensi yang ditubuhkan dalam Rancangan Pembangunan Tahap Pertama.

1. RIDA ( MARA) 2. FELDA 3. FAMA

4. FELCRA 5. PERNAS 6. MARDI

7. MIDA.

Huraikan peranan MARA dalam usaha meningkat ekonomi penduduk bumiputera di

negara kita.

1. Membantu,membimbing bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian.

2. Membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang ekonomi.

3. Menambah guna tenaga bumiputera.

4. Meningkat ekuiti bumiputera dalam syarikat.

5. Menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam bidang perniagaan.

6. Membangun dan memajukan penduduk luar bandar.

7. Mengadakan program latihan belia di luar bandar.

8. Memberi bantuan modal dan pinjaman kepada bumiputera dalam perniagaan.

Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam

Rancangan Malaya kedua dan Rancangan Malaysia Pertama. Jelaskan.

1. Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan.

2. Usaha mempelbagaikan hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan negara

terhadap getah dan juga bahan makanan import.

3. Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu petani

mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan

mereka.

4. Memberikan tumpuan terhadap penyediaan infranstruktur sosial seperti pelajaran,kesihatan

dan perumahan.

5. Usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

6. Kementerian Pembangunan Bandar dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara

di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah

dan kampung.

7. Memperkenalkan Buku Merah yang mengandungi program,pelaksana dan kaedah mengesan

tahap pencapaian pembangunan di luar bandar.

8. Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat bagi

memupuk integrasi nasional di antara penduduk Sabah,Sarawak dan Semenanjung Tanah

Melayu.

9. Rancangan Malaysia pertama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi

dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian.

10. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat membawa kepada kemunculan pelbagai

projek seperti Tiga Segi Jengka,Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.

11. Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untuk membantu

FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

12. RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Bumiputera ditubuhkan

untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

13. Menubuhkan Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969

bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut.

14. Menubuhkan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) menjalankan

penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian

kecuali getah.

15. Menubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA) dan Lembaga Penasihat

Tarif untuk membangunkan sektor perindustrian.

16. Meluluskan akta Pelaburan pada tahun 1969 yang berfungsi menggalakkan kemunculan

industri baru.

Senaraikan rancangan Malaysia pada tahap kedua.

1. Rancangan Malaysia kedua ( 1971-1975 )

2. Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976 – 1980 )

3. Rancangan Malaysia Keempat ( 1981-1985 )

4. Rancangan Malaysia Kelima ( 1986- 1990 )

Apakah matlamat utama Rancangan Malaysia kedua dalam memenuhi aspirasi DEB.

1. Menyelesaikan masalah ekonomi dan antara kaum,kawasan dan wilayah.

2. Menyelesaikan masalah sosial antara kaum,kawasan dan wilayah.

3. Berusaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan.

4. Menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

5. Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

6. Meneruskan program pembangunan kawasan luar bandar.

7. Menubuhkan beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah untuk

melaksanakan program pembangunan wilayah.

8. Menubuhkan agensi lain khususnya untuk membantu golongan petani,menggalakkan

perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

9. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan

kaum bukan bumiputera,Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim

Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.

Senaraikan agensi dan matlamat penubuhan dalam Rancangan Malaysia Kedua.

1. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971 Menstabilkan harga padi.

2. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 membangunkan dan memodenkan industri

perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.

3. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 Membangunkan Bandar.

4. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973 membantu

pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.

5. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1973 membantu golongan petani melibatkan diri dalam

kegiatan koperasi.

6. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 Memajukan sektor perindustrian dan

perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.

7. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Menggalakkan perindustrian dan perdagangan

dengan menyediakan tapak perindustrian,perumahan,ruang pejabat dan kedai.

Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan DEB

mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

1. Agensi kerajaan ditubuhkan untuk seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971

bertujuan menstabilkan harga padi.

2. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 ditubuhkan untuk membangunkan dan

memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.

3. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 ditubuhkan untuk membangunkan bandar.

4. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA) 1973 ditubuhkan untuk

membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.

5. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1973 ditubuhkan untuk membantu golongan petani

melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.

6. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 ditubuhkan untuk memajukan sektor

perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.

7. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ditubuhkan untuk menggalakkan perindustrian dan

perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian,perumahan,ruang pejabat dan kedai.

8. Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan

wilayah oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan JohorTenggara(KEJORA)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang

Selatan (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR).

9. Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.

10. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan

pembangunan bandar baru.

11. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan

kaum bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim

Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.

12. Menerusi Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dibentuk pada tahun 1984 bermatlamat untuk

memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan

menyediakan infranstruktur dan perkhidmatan sokongan.

13. Pembangunan luar bandar terus diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia kelima.

14. Penggunaan tanah yang lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada

pertumbuhan ekonomi negara.

15. Industri desa yang berpontensi seperti kraftangan digalakkan.

16. Kemudahan kredit dan insentif telah diperluas,misalnya melalui Bank Pertanian

Malaysia,Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sejauhmanakah Dasar Ekonomi Baru berjaya mencapai matlamatnya.

1. Perlaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah.

2. Kadar kemiskinan menurun.

3. KDNK meningkat dari RM 21548 pada tahun 1970 kepada RM 59155 pada tahun 1990.

4. Pendapatan per kapita meningkat dari RM 1109 kepada RM 6180 pada tahun 1990.

Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat sebanyak 20.3% sedangkan sasaran

yang ditetapkan 30%.

5. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran

40% yang ditetapkan.

6. Peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya

mengurangkan hak milik saham orang asing kepada 33.5%.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan sektor

perindustrian dalam Rancangan Malaysia keempat dan kelima.

1. Memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan

modal.

2. Memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahhan berat yang berasaskan

penggunaan teknologi tinggi.

3. Memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan keperluan

tenaga pekerja mahir.

4. Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM ) pada akhir tahun 1980.

5. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek

industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.

6. Bagi menggiatkan perindutrian dan menggalakkan pelaburan modal asing,perusahaan baru

dibuka seperti di skudai,Senawang ,Bintulu,Menggatal dan Likas.

7. Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan lepas dan di sungai Way.

8. Melancarkan dua program dilancarkan pada tahun 1983, iaitu kajian Dasar Perindustrian

Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian untuk memajukan sektor perindustrian.

9. Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian melalui Kajian Dasar Perindustrian

Malaysia.

10. Menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaan melalui Pelan Induk

Perindustrian.

11. Meningkatkn sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik

syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.

12. Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor

perindustrian berorientasikan eksport.

13. Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat

bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Dasar Pembangunan Ekonomi.

Nyatakan matlamat yang hendak dicapai dalam Dasar Pertanian Negara.

1. Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan

sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.

2. DPN juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil.

3. Memajukan komoditi utama yang berpontensi untuk dieksport.

Apakah strategi yang dijalankan untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara.

1. Menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan FELDA, agensi

pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.

2. Memperkenalkan program pembangunan in-situ untuk memulihkan kawasan yang

berproduktiviti rendah.

3. Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran,kredit subsidi dan

penyelidikan.

4. Melibatkan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian

Pertanian.

Terangkan Dasar Persyarikatan malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun

1983.

1. matlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam

pembangunan negara.

2. Melalui dasar ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama

oleh kerajaan dan swasta.

3. Semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja yang

dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat ini.

4. Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta telah ditubuhkan untuk

melaksanakan dasar tersebut.

5. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalin hubungan dan berkongsi

kepakaran.

6. Sektor swasta perlu difahami dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan nasional

dalam aktiviti ekonomi disamping mendapatkan keuntungan maksimum.

7. Pihak kerajaan bertindak memberikan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi

sektor swasta.

Terangkan perlaksanaan Dasar Penswastaan di Malaysia.

1. Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad

pada bulan Mac 1983.

2. Dasar ini membolehkan kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan,

pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.

3. Dasar Penswastaan bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan.

4. Dasar ini bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan

kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam.

5. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui

pelaburan modal oleh sektor swasta.

6. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang

memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin

menjalankan penswastaan.

7. Penswastaan boleh dilaksanakan sama ada secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.

8. Menerusi dasar penswastaan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan

mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.

Apakah yang anda faham dengan dasar hala Tuju Cara Baru.

1. Dasar ini ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar melalui

pendekatan baru.

2. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan

pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.

3. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi.

4. Strategi pertama dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang

lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik.

5. Strategi kedua,meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program

usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan.

6. Strategi ketiga ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk

meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Terangkan dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara yang diperkenalkan oleh

kerajaan.

1. Bermatlamat untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara

menghadapi pelbagai cabaran.

2. Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan

ekonomi yang lebih tinggi.

3. Memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan

pembaziran.

4. Memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.

5. Strategi pelaksanaan DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi,struktur

organisasi,penggunaan teknologi serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

Apakah rasional Dasar Kependudukan Negara terhadap pencapaian kemajuan negara.

1. Matlamat Dasar Kependudukan adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang

tahun 2100.

2. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif

terhadap bekalan tenaga kerja.

3. Peningkatan produktiviti negara.

4. Memperluaskan pasaran dalam negeri.

5. Jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan

negara.

6. Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar

pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan

pendidikan,perumahan,kesihatan dan peluang pekerjaan.

7. Program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk memastikan

pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

Pembangunan dan Perpaduan Bangsa.

Apakah rukun Negara

1. Merupakan idealogi negara Malaysia diisytiharkan pada 30 Ogos 1970 kesan daripada

peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlaku rusuhan kaum.

Nyatakan badan yang dipertanggungjawabkan pembentukan Rukun Negara.

Majlis Perundingan Negara.

Apakah matlamat Rukun Negara.

1. Mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

2. Memelihara corak hidup yang demokratik.

3. Mencipta sebuah masyarakat yang adil.

4. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

5. Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Huraikan kepentingan setiap prinsip Rukun Negara dalam usaha untuk mencapai

perpaduan negara.

1. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan

paling utama rakyat Malaysia.

2. Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi wargenegara yang baik dan

bertanggungjawab.

3. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama rasmi tetapi agama

lain bebas diamalkan.

4. Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara menuntut semua rakyat Malaysia memberikan

kesetiaan kepada raja dan negara,Yang di- Pertuan Agong merupakan ketua negara dan

Raja Melayu merupakan ketua negeri.

5. Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

6. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

7. Prinsip keluruhan perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara

dan dianggap luhur,unggul serta suci.

8. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima,mematuhi,menyanjung dan

mempertahankannya.

9. Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang

dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

10. Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kadaulatan undang-undang

terpelihara.

11. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak

dicabar oleh mana-mana pihak.

12. Prinsip kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan

keperibadian seseorang individu.

13. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni,penyayang dan

saling menghormati.

Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan

sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British

memperkenalkan Sistem Ahli.

2. Laporan Barnes 1950 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil

dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja,iaitu sekolah kebangsaan.

3. Sekolah kebangsaan dicadangkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

pada peringkat rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat menengah dan tinggi.

4. Cadangan ini ditentang oleh masyarakt cina kerana menganggap bahas ibunda mereka akan

tergugat.

5. Laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah vernakular cina terus kekal walaupun

bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

6. Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan mencadangkan dua sistem persekolahan yang

menggunakan dua bahasa pengantar,iaitu bahasa Inggeris dan Melayu.

7. Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada

ibubapa.

8. Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan sebaliknya bahasa Inggeris

diwajibkan diajar di sekolah Melayu.

9. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan

India,kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada ketika itu.

10.Pada tahun 1955,Kerajaan Perikatan membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang

dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.

11.Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan iaitu

sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang

bercorak kebangsaan.

12.Cadangan penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah) yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis umum (rendah)

yang menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

13.Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

14.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan diajar disemua sekolah.

15.Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang

bersatu padu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan

masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

16.Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Terangkan cadangan-cadangan Penyata Razak 1956 untuk mengatasi masalah sistem

persekolahan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

1. Mewujudkan satu sistem persekolahan yang sama kepada semua kanak-kanak.

2. Penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan.

3. Memberi peluang kepada semua kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan mendapat

pelajaran.

4. Mewujudkan Sekolah Umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

5. Mewajibkan semua Sekolah Jenis Umum menggunakan samada Bahasa Inggeris,Cina

atau Tamil sebagai bahasa pengantar.

6. Menjadikan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di semua

sekolah.

7. Mengadakan Bahasa Tamil atau Bahasa Cina di sekolah sekiranya terdapat melebihi 15

orang dan rayuan daripada ibu bapa.

8. Menubuhkan dua aliran sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

9. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris mata pelajaran

wajib di Sekolah Menengah Kebangsaan.

10. Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Melayu mata pelajaran

di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

11. Bantuan kewangan diberi kepada sekolah-sekolah yang mematuhi cadangan tersebut.

Bagaimanakah Akta Pelajaran tahun 1961 dapat memupuk semangat perpaduan kaum

dikalangan masyarakat.

1. Untuk memupukkan semangat perpaduan kaum, sekolah umum dijadikan sekolah

kebangsaan sementara sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.

2. Pelajaran percuma pula diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa

mengira keturunan dan agama.

3. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar

kepada bahasa Melayu.

4. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam laporan Rahman

Talib.

5. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.

6. Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai

tidak kurang 15 pelajar Islam.

7. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-

kurangnya 15 orang pelajar.

8. Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.

9. Meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah supaya umur

persekolahan murid dapat dilanjutkan kepada 15 tahun.

10.Murid yang gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah biasa diberi peluang

memasuki sekolah yang menyediakan kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir

dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.

11.Mata pelajaran wajib pula adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

12.Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ialah perdagangan,sains rumahtangga,seni

perusahaan dan sains pertanian.

Jelaskan matlamat yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Negara.

1. Pendidikan adalah usaha berterusan memperkembangkan potensi indivindu secara

menyaluruh dan bersepadu.

2. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani.

3. Meningkatkan kemahiran berfikir,kecerdasan intelek,sikap kreatif dan berilmu pengetahuan.

4. Penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca,menulis dan mengira.

5. Melahirkan wargenegara Malaysia yang berketerampilan,berakhlak mulia,berdisplin dan

bertanggungjawab.

6. Memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran.

7. Kepercayaan dan kepatuhan kapada tuhan.

8. Mengutamakan bidang sains,teknologi dan vokasional bagi memenuhi keperluan industri.

9. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

10.Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan

negara.

Bagaimanakah sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah dapat menjadikan

anda insan yang seimbang.

1. Penerapan nilai-nilai murni dalam semua matapelajaran.

2. Penerapan nilai patriotisme dalam mata pelajaran sejarah.

3. Pelajar-pelajar Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.

4. Pelajar-pelajar bukan Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Moral.

5. Mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di sekolah

6. Mempelajari mata pelajaran elektif seperti Prinsip akaun,Perdagangan dan Ekonomi Asas.

7. Mempastikan pelajar mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

8. Memastikan semua pelajar menganggotai persatuan atau kelab.

9. Memastikan semua pelajar menganggotai pasukan beruniform.

10. Memastikan semua pelajar menganggotai permainan dan sukan.

11. Menyanyi lagu Negaraku setia kali perhimpunan sekolah.

12. Melibatkan diri dalam upacara seperti Maulidur Rasul,Majlis Hari Raya,Hari Kebangsaan,

Kokurikulum dan Sukan Sekolah

13 .Menyertai Bulan Bahasa di Sekolah.

14. Menyertai Bulan Disiplin dan Berbudi Bahasa.

15. Melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

1. Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 .

2. Pelancaran “ Minggu Bahasa” dan “ Bulan Bahasa” dilakukan sebagai usaha menggalakkan

penggunaan bahasa Melayu.

3. Memperkenalkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” yang dilancarkan pada tahun 1960.

4. Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim.

5. Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

6. Pada tahun 1970,bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa

kebangsaan secara berperingkat-peringkat.

7. Pada tahun 1977, menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.

8. Bermula pada tahun 1982,bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk

menggantikan bahasa Inggeris.

9. Pada tahun 1990,Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah.

Nyatakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

1. Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian

Kebudayaan,Belia dan Sukan pada tahun 1971.

2. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara

Malaysia.

3. Tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan rakyat asal rantau

melayu sebagai tunjang.

4. Unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.

5. Agama Islam sebagai unsur yang terpenting dalam dasar tersebut.

6. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memperkukuh perpaduan melalui

kebudayaan.

7. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.

8. Dasar ini juga bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek

kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan menjadikan sukan sebagai alat

perpaduan di negara kita.

1. Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi.

2. aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka

peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.

3. Pada peringkat sekolah,sukan merapatkan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan.

4. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah,negeri dan

kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.

5. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan

peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.

Apakah Wawasan 2020.

Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang maju menjelang

tahun 2020.

Siapakah pencetus idea Wawasan 2020.

Idea wawasan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada

28 Februari 1991.

Nyatakan matlamat Wawasan 2020.

1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan

acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia.

2. Mencapai kemajuan yang bersepadu dengan menitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual.

Nyatakan teras kemajuan bersepadu menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada

tahun 2020.

1. Perpaduan dikalangan rakyat.

2. Kestabilan Politik negara.

3. Ketinggian taraf hidup.

4. Kekukuhan nilai moral dan etika.

5. Kekukuhan sistem kerajaan.

6. Ketinggian maruah bangsa agar dihormati.

7. Semangat yakin diri bangsanya.

Nyatakan sembilan cabaran bagi negara kita untuk merialisasikan Wawasan 2020.

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

2. Membina masyarakat berjiwa bebas,tenteram dan berkeyakinan.

3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakatyang matang,liberal dan bertoleransi.

6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

7. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Apakah cabaran-cabaran yang perlu ditangani untuk mencapai Wawasan 2020.

Cabaran Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

1. Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara untuk membina Bangsa Malaysia

yang bersatu padu.

2. Perpaduan boleh dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional,Dasar

Bahasa Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Kesemua dasar tersebut memberikan sumbangan yang besar ke arah mewujudkan

hubungan antara kaum yang sihat dan mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

Cabara Kedua Membina masyarakat berjiwa bebas,tenteram dan berkeyakinan.

1. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram,sentiasa bersikap

terbuka,berkeyakinan diri,bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai

masalah.

2. bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara mereka sendiri dan sekaligus

mengangkat martabat bangsa dan negara dipersada dunia.

3. Musuh negara mudah ditangkis oleh mereka.

Cabaran Ketiga Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

1. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina.

2. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.

3. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan

sewajarnya.

4. Segala perasaan tidak puashati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan

melalui saluran-saluran tertentu dalam suasana mesra dan bersifat membina.

Cabaran Keempat Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

1. Masyarakat bermoral dan beretika perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam

bentuk masyarakat berbudaya unggul.

2. Kepatuhan kepada agama dapat membina masyarakat bermoral dan beretika.

3. Pengalaman budaya dan tradisi yang cemerlang membina masyarakat bermoral dan

beretika.

4. Keberkesanan sistem pendidikan membina masyarakat bermoral dan beretika.

5. Keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan

beretika.

6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,misalnya memberikan penekanan kepada usaha

melahirkan insan berilmu,berakhlak,seimbang dan harmonis.

Cabaran Kelima Mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertolenrasi.

1. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.

2. Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran

terbuka untuk sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.

3. Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertoleransi dapat dilihat

melalui perlembagaan negara.

4. Pengalaman sistem demokrasi membolehkan masyarakat memilih kerajaan dengan matang.

5. Kewujudan parti politik gabungan pelbagai parti kaum seperti Barisan Nasional menunjukkan

sikap toleransi masyarakat.

6. Dasar Pendidikan Kebangsaan.

7. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

8. Akta Bahasa Kebangsaan.

Cabaran Keenam Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

1. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat yang progesif yang dapat menyerap segala

perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan

2. Masyarakat yang maju tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik kerana

penguasaan terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi sering

menjadi ukuran kemajuan sesuatu bangsa.

3. Masyarakat maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan

kreatif serta inovatif.

Cabaran ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

1. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang

bermuafakat,saling memahami dan saling menghormati,bekerjasama dan saling membantu.

2. Masyarakat penyayang tidak individualistik sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat

lebih daripada kepentingan diri.

3. Asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah

kepatuhan kepada agama,nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.

4. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang dalam kekeluargaan.

5. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama.

6. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.

Cabaran Kelapan Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

1. Kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok-kelompok tertentu dalam

masyarakat akan membawa rasa tidak puas hati dan kemudiannya mencetuskan rusuhan

kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

2. Kerajaan telah banyak melaksanakan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima

Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar,Dasar Ekonomi Baru dan Dasar

Pembangunan Nasional adalah untuk menjamin keadilan ekonomi yang sekaligus

meningkatkan taraf hidup rakyat.

Cabaran Kesembilan Memupuk dan membina masyarakat makmur.

1. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mencapai

taraf hidup yang tinggi.

2. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.

3. Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang tinggi begitu juga dengan pendapatan negara.

5 comments:

  1. lebih cantik klo ade rujukan... dpt dr mne ye? :)

    ReplyDelete
  2. saya nak tahu bukti tentang sektor pertanian masih memberi sumbangan yg besar ke arah pembangunan ekonomi negara

    ReplyDelete