Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 7

BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Ciri- ciri Demokrasi Berpalimen

Apakah yang dimaksudkan Raja Berpelembagaan.

Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri

dengan dibantu oleh Perdana Menteri.

Nyatakan dua corak pemerintahan negara demokrasi

1. Sistem Raja Berpelembagaan 2. Sistem Republik

Jelaskan ciri-ciri demokrasi berpalimen di Malaysia.

1. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu

menjadi lambang taat setia rakyat.

2. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

3. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.

4. Mereka berhak menyokong,mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui

pilihan raya.

5. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

6. Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri.

7. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan,badan

pelaksana dan badan kehakiman.

8. Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan.

9. Parlimen bertindak menggubal undang-undang negara.

10.Pilihanraya diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri.

11.Parti-parti politik ditubuhkan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-

masing.

12.Menjamin kebebasan asasi rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Perlembagaan

Apakah maksud perlembagaan.

1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan

sesebuah kerajaan.

2. Dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan

kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

3. Parti politik yang memerintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran negara,menjamin dan

menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Nyatakan kandungan Perlembagaan Malaysia.

Mengandungi 183 perkara seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri,Senarai Bersama,Institusi Yang DiPertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan

Badan Kehakiman.

Apakah maksud keluhuran Perlembagaan.

Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.

Mengapakah perlembagaan negara dianggap luhur dan tinggi.

1. Perlembagaan Malaysia mengatasi kuasa Yang di- Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri

dan Mahkamah.

2. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak

sah.

3. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan terdapat perkara

75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan

Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

4. Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan

akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan

Malaysia.

5. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran

dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

6. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan

7. Yang dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

8. Menjamin kebebasan asasi rakyat.

Huraikan kepentingan perlembagan negara dalam menjamin keharmonian rakyat.

1. Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan

rangka dan bentuk pentadbirannya.

2. Membantu dan menjamin kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan serta kelicinan pentadbiran

dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

3. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya

menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

4. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

5. Menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan

kewarganegaraannya dan boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada

negara ini.

6. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.

7. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpesatuan,beragama dan

memiliki harta.

8. Yang dipertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak istimewa serta

kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

9. Hak istimewa dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan

pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.

10.Tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

11.Menjamin kerjasama,kesepakatan,keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk diselaras tanpa sebarang perbalahan.

12.Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan

Perlembagaan Malaysia.

13.Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah

tidak dipersoalkan.

14.Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan

kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.

► Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dipinda dalam perlembagaan Malaysia.

1. Pemerintahan beraja sebagai ketua negara dan negeri.

2. Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

4. Hak istimewa orang Melayu seperti pemberian jawatan dalam perkhidmatan

awam,biasiswa,kemudahan pendidikan,pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.

Mengapakah perlembagaan negara dipinda dari semasa ke semasa.

1. Bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara dan melicinkan

urusan pentadbiran negara.

2. Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa.

3. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan

kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

4. Melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka antaranya pemerintahan beraja,agama

Islam,kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

5. Meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu bercakap

perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum.

6. Memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di

negara kita.

7. Pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di- Pertuan Agong dan Raja yang memerintah

negeri daripada kesalahan jenayah.

Bagaimanakah dan apakah perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Negara.

Kaedah Pertama

1. Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-

raja.

2. Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Kewargenegaraan.

4. Keutamaan yang di- Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja dan Yang

dipertua Negeri.

5. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

6. Perubahan sempadan negeri.

Kaedah Kedua

1. Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua

Negeri Sarawak dan Sabah.

2. Keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.

3. Hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang

bukan dari Sarawak dan Sabah.

4. Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa

orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

Kaedah ketiga

1. Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen.

2. Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Kaedah keempat

1. Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.

2. Pindaan Jadual 2,6 dan 7, Bahagian III tentang kewargenegaraan,bentuk sumpah,

ikrar,pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara.

3. Persempadanan semula kawasan pilihan raya.

4. Pindaan Perkara 74 membolehkan meminda atau membuat undang-undang mengenai

perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.

5. Membolehkan meminda atau membuat undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri

mengenai perkara berhubung Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan.

6. Perkara 76 Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan

perlaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvesyen antara persekutuan dengan mana-mana

negara lain.

Apakah yang dimaksudkan Raja Berpelembagaan.

Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa anda faham dengan Yang di- Pertuan Agong.

1. Jawatan yang wujud sejak tahun 1957

2. Tonggak dan ketua utama negara.

3. Menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat negara ini.

4. Yang di- Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana

Menteri.

5. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan

budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

6. Yang di- Pertuan Agong dipilih daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir

selama lima tahun.

7. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan

Malaysia.

8. Pemilihan Yang di- Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Jelaskan bidang kuasa Yang di- Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.

1. Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan perundangan,Badan Perlaksana dan Badan

Kehakiman.

2. Berkuasa memanggil persidangan parlimen dan membubarkan parlimen.

3. Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.

4. Berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman terhadap sesuatu kesalahan

yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

5. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak keistimewaan

orang Melayu.

6. Boleh menitah Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan

keistimewaan, kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan Raja-Raja Melayu.

7. Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah

Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

8. Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.

9. Mempunyai kuasa melantik dan melucut jawatan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri

setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

10. Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah undang-undang X jika mendapati

keselamatan negara terancam.

11. Berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang Suruhanjaya Pilihanraya,ahli Perkhidmatan

Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan awam.

12. Bertanggungjawab melantik Peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi

Persekutuan.

13. Mempunyai kuasa mentauliah duta-duta negara kita.

Kuasa Pemerintah

Apakah fungsi Badan Perundangan.

Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan

kesejahteraan rakyat.

Apakah yang anda faham dengan Parlimen.

1. Adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara

kita.

2. Parlimen terdiri daripada Yang di- Pertuan agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara.

1. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.

2. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri

dengan dua orang setiap negeri.

3. Ahli yang dipilih bukan dari Ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Labuan.

5. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang berjasa

dan cemerlang dalam bidang profesional.

6. Ahli Dewan Negara digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa

melalui pertandingan dalam pilihanraya.

7. Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun.

8. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

9. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen.

10.Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Terangkan ciri-ciri Dewan Rakyat.

1. Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

2. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya di

seluruh negara.

3. Tempoh jawatan bagi ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.

4. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada

peringkat Dewan Rakyat.

5. Undang-undang yang dibuat oleh parlimen dinamai Akta.

Bagaimanakah sesuatu rang undang-undang di Parlimen diluluskan menjadi undang-

undang.

1. Dicadangkan oleh kementerian yang terlibat.

2. Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara.

3. Pembacaan pertama di dewan rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.

4. Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan.

5. Perbincangan secara terperinci rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan

Negara.

6. Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dengan mengadakan perbahasan sebelum diluluskan

untuk dikemukakan kepada Dewan Negara.

7. Pembentangan di Dewan Negara juga melalui proses yang sama dengan Dewan rakyat.

8. Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang

di- Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor Negara.

9. Pewartaan undang-undang dalam warta kerajaan untuk dikuatkuasakan.

Apakah Badan Pelaksana.

Terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar

kerajaan.

Apakah tugas Jemaah Menteri.

1. Membuat dasar tertinggi negara.

2. Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.

3. Perdana Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri.

Jelaskan perjalanan kementerian sebagai Badan Pelaksana.

1. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa

kementerian.

2. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.

3. Merancang program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.

4. Menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.

5. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan

Menteri,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

6. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai

Menteri tak Berportfolio.

7. Kementerian ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri.

Terangkan sistem perkhidmatan awam di Malaysia.

1. Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

2. Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.

3. Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

4. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai

perkhidmatan awam.

5. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan

oleh kerajaan.

6. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.

7. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan

daerah.

8. Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun.

9. Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.

10. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri.

11. Ditadbir oleh sebuah Lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang

berkenaan.

12 .Badan berkanun ini menpunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk

mempercepatkan pentadbiran dan program pembanggunan dibawah rancangan lima tahun

kerajaan.

13. Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

(MIDA) dan lain-lain.

14. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan ke dalam

perkhidmatan awam.

15. Suruhanjaya ini mengendalikan kenaikan pangkat kakitangan perkhidmatan awam.

16. Suruhanjaya ini bertanggungjawab memantau disiplin kakitangan perkhidmatan awam.

17. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya

Perkhidmatan Undang-undang dan kehakiman,Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis

Angkatan Tentera.

Apakah fungsi-fungsi Badan Kehakiman di negara kita.

1. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan

jenayah,perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit,Perkara jenayah

pula melibatkan kanun keseksaan.

2. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan

perundangan dan pihak badan pelaksana.

3. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan

Negeri.

4. Mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas

kehakiman dinegara ini.

5. Mahkamah mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri.

6. Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-

undang.

7. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan

perundangan atau Parlimen.

Senaraikan ciri-ciri institusi kehakiman dinegara kita.

Hakim

1. Semua hakim dilantik oleh Yang dipertuan Agong dengan nasihat perdana Menteri.

2. Urusan perlantikan,kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

3. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab

yang munasabah.

4. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

5. Hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan

undang-undang.

Peguam Negara

1. Penasihat undang-undang kerajaan.

2. Peguam bela akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.

3. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Pilihan Raya

Apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya.

Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau peringkat

persekutuan.

Apakah tujuan pilihan raya umum diadakan.

1. Membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

2. Memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Senaraikan pihak yang terlibat dalam pilihan raya di negara kita.

1. Suruhanjaya pilihanraya 2. Calon 3. Pengundi.

Jelaskan sistem pilihanraya di Malaysia.

1. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

2. Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau

persekutuan.

3. Pemilhandilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

4. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.

5. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah.

6. Pilihanraya merupakan ciri penting sistem demokrasi berpalimen.

7. Suruhanjaya pilihanraya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak parti pemerintah atau

pembangkang.

8. Keanggotaan SPR dilantik oleh yang di Pertuan Agong.

9. SPR bertindak menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya,menjalankan

pendaftaran dan mengendalikan pilihanraya.

10. Pilihanraya umum diadakan 5 tahun sekali.

11. Pilihanraya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan

Negeri serentak di seluruh negara.

12. Pilihanraya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan.

13. Pilihanraya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan

Parlimen atau dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,perletakkan jawatan dan

pelucutan jawatan.

14. Selepas kekosongan itu pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi

Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

15. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.

16. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

Terang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

1. Menjamin pilihanraya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau

pembangkang.

2. Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya.

3. Menjalankan pendaftaran pemilih.

4. Mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Nyatakan proses pilihanraya dijalankan di negara kita.

1. Pembubaran Parlimen oleh Yang di - Pertuan Agong.

2. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

3. Penamaan calon-calon yang bertanding.

4. Penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding.

5. Pelancaran kempen pilihanraya.

6. Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.

7. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada

pengundi di tempat mengundi.

8. Pembuangan undi di mana pengundi akan memangkah calon pilihanraya pada kertas undi

dan memasukkan ke dalam peti undi.

9. Pengiraan undi calon yang bertanding.

10.Pengumuman keputusan pilihanraya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Terangkan syarat-syarat seseorang calon bertanding dalam pilihan raya.

1. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihanraya mestilah wargenegara Malaysia.

2. Berumur 21 tahun.

3. Bermastautin di Malaysia

4. Sempurna akal.

5. Bukan orang muflis

6. Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.

7. Tidak disabit dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

8. Seseorang warganegara akan hilang kelayakkannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan

Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak

kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan.

9. Calon-calon dalam sesuatu pilihanraya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama

individu sebagai calo bebas.

10.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

► Apakah syarat untuk seseorang itu menjadi pengundi.

1. Seorang pengundi yang berkelayakkan boleh mengundi jika namanya didaftar dalam Senarai

Daftar Pemilih.

2. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,seseorang wargenegara yang berumur 21

tahun.

3. Bermastautin atau tidak bermastautin.

4. Tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

boleh mengundi dalam pilihanraya tersebut.

5. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.

6. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan

pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama

mereka terdaftar sebagai pengundi.

► Mengapakah pilihanraya penting kepada negara kita.

1. Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau

persekutuan.

2. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang

mereka gemari.

3. Pilihanraya pentig kepada semua wargenegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.

4. Setiap wargenegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.

5. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan

bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihanraya.

Parti-parti Politik di Tanah Melayu Sehingga Tahun 1963.Nama Parti, Tujuan Penubuhan

dan Sejarah Ringkas.

Malayan Democratic Union (MDU)

1. Menentang penubuhan Malayan Union.

2. Ditubuhkan oleh golongan profesional Cina pada bulan Disember 1945.

3. MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap

tidak demokratik.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

1. Menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.

2. Melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu.

3. Mencapai kemerdekaan.

4. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union.

5. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan.

Malayan Indian Congress (MIC)

1. Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.

2. Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.

3. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.

4. Yang dipertuanya ialah John Thivy.

Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau all Malayan Council of Joint Action (AMCJA).

1. Menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

2. Menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu.

3. Menuntut kewargenegaraan yang sama.

4. Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946.

5. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber.

Hizbul Muslimin.

1. Menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka.

2. Pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal tahun 1950-an.

3. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin.

4. Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.

5. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Setanah Melayu(PAS).

Malayan Chinese Association(MCA)

1. Menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu.

2. Bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.

3. Ditubuhkan pada tahun 1949.

4. Antara Pengasasnya termasuklah Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik

( H.S.Lee) dan Leong Yew Koh.

Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP)

1. Menuntut supaya pilihanraya diadakan pada 1955.

2. Mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961.

3. Diasaskan oleh’Onn Jaafar pada bulan September 1951.

4. Merupakan parti berbilang bangsa.Parti IMP tidak mendapat sambutan.

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

1. Menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu.

2. Menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

3. Ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas,Seberang Perai.

4. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan.

Parti Buruh Se- Tanah Melayu.

1. Menentang keganasan komunis

2. Merancang kemerdekaan Tanah Melayu.

3. Ditubuhkan pada tahun 1952

4. Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim.

Parti Negara

1. Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun.

2. Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari 1954.

2. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’Onn Jaafar ingin mendapatkan

semula sokongan masyarakat Melayu terhadapnya.

Parti- parti politik di Sarawak sehingga Tahun 1963.Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah

Ringkas.

Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

1. Memupukkan kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum.

2. Ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada awal tahun 1940-an.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)

1. Melahirkan perasaan taat setia.

2. Menyatukan kaum-kaum di Sarawak.

3. Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.

4. Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

1. Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.

2. Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan, ketua orang Iban dari Saribas.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)

1. Matlamat untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjaga hak mereka

dalam Perlembagaan.

2. Meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak.

3. Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman,Abdul Rahman Yaakub dan Abdul

Taib Mahmud pada tahun 1961.

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

1. Menjaga hak dan kepentingan orang Dayak di Sarawak.

2. Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Bareing pada bulan Julai 1962.

Parti Cina Sarawak (PCS)

1. Berusaha ke arah perpaduan.

2. Ditubuhkan pada bulan Julai 1962,oleh William Tan untuk menyatukan orang Cina dan

menyokong gagasan Malaysia.

Parti Negara Sarawak(PANAS)

1. Melindungi kaum bumiputera dan melindungi kedudukan mereka dalam bidang

ekonomi,politik dan sosial.

2. Ditubuhkan oleh Datu Bandar abang Haji Mustapha.

3. PANAS tidak dapat sokongan segolongan orang Melayu yang menentang penyerahan

Sarawak.

Parti-parti politik di Sabah Sehingga Tahun 1963,Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas.

Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

1. Menyatukan dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat

berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

2. Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961.

Parti Kebangsaan sabah bersatu (USNO)

1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

2. Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

3. Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah.

4. Ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha datu Harun pada bulan Disember 1961.

5. Parti ini menyokong gagasan Malaysia.

6. Mendapat sokongan kuat daripada kaum Sulu,Bajau,Kedayan dan Melayu Brunei.

Parti Pasok Momugun.

1. Melindungi hak kaum bumiputera di pendalaman.

2. Ditubuhkan pada tahun 1962.

3. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sedomon.

Parti Cina Sabah atau Sabah Chinese Association (SCA)

1. Memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah.

2. Parti Bersatu atau United Party dan Parti Demokrat atau Democrat Party telah bercantum

menjadi Parti Cina Sabah ( SCA).

3. Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin.

Negara Persekutuan

Apakah yang dimaksudkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah

Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.

Apakah yang dimaksudkan Senarai Persekutuan,Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

1. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan,iaitu hanya Kerajaan

Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.

2. Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri,iaitu Kerajaan

Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.

3. Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

Nyatakan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama.

Senarai Persekutuan.

1. Hal ehwal luar negeri 2. Pertahanan

2. Keselamatan dalam negeri 4. Pentadbiran dan keadilan.

5. Kerakyatan negara 6. Pilihanraya

7. Kewangan 8. Perniagaan,perdagangan dan perusahaan.

9. Perkapalan,pelayaran dan pengangkutan. 10.Jabatan ukur dan penyelidikan

11.Kerja raya dan tenaga pusat 12.Pelajaran

13.Kesihatan 14.Keselamatan buruh dan sosial

15.Orang asli.

Senarai Negeri

1. Undang- undang Islam 2. Tanah

2. Pertanian dan perhutanan 4. Kerajaan Tempatan

5. Perkhidmatan tempatan 6. Kerajaan negeri

7. Hari cuti negeri 8. Undang-undang negeri.

Senarai Bersama.

1. Kebajikan Sosial 2. Biasiswa

2. Taman Negara 4. Perancangan bandar dan wilayah

5. Penjagaan Haiwan 6. Kesihatan dan kebersihan awam

7. Parit dan tali air 8. Pemulihan

9. Hiburan awam 10. Perhubungan

Nyatakan sistem pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

1. Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.

2. Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan

ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan.

3. Badan pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif

mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

4. Mengikut Perlembagaan Persekutuan,kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak

pada Yang di- Pertuan Agong.

5. Kabinet atau jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang

oleh Yang di-Pertuan Agong.

6. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan

Rakyat.

Nyatakan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri.

1. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri.

2. Kuasa eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

3. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada

kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

4. Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana

yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

5. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi di

Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai

kerajaan,iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat

Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada

peringkat negeri.

Lambang-Lambang Negara

Nyatakan lambang – lambang negara kita Malaysia.

1. Jata negara 2. Bendera kebangsaan 3. Lagu kebangsaan.

Apakah maksud yang terdapat pada jata Negara kita.

1. Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak,Selangor,

Negeri Sembilan dan Pahang, dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu.Warna Hitam dan Putih melambangkan negeri Pahang.warna merah dan kuning

melambangkan negeri Selangor.warna hitam,putih dan kuning melambangkan negeri

Perak.Warna merah,hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan.

2. Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan

Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

3. Dibahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.

4. Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam sebagai

agama rasmi Malaysia dan bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan empat

belas negeri dalam persekutuan Malaysia.

5. Di bahagian kanan perisai pula terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka.

6. Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut.Di antara lambang

negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga

kebangsaan negara kita.

7. Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian.

8. Di bawah perisai itu pula terdapat cogan kata iaitu” Bersekutu Bertambah Mutu” yang

bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di

Malaysia.

Jelaskan maksud yang tersirat pada bendera kita Malaysia.

1. Merah melambangkan kedaulatan.

2. Putih melambangkan kesucian.

3. Empat belas jalur warna merah dan putih melambangkan gabungan negeri di Malaysia.

4. Bulan sabit bewarna kuning melambangkan agama Islam sebagai rasmi

5. Bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negeri dalam

persekutuan Malaysia.

6. Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja- raja Melayu.

7. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Huraikan kepentingan jalur gemilang kepada negara kita Malaysia.

1. Bendera kebangsaan membezakan Malaysia daripada negara lain.

2. Berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.

3. Bendera kebngsaan menimbulkan rasa bangga terhadap negar kita.

4. Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi,misalnya, pada Hari

Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong,bendera

Malaysia dikibarkan disemua banggunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda

ketaatan kita kepada raja dan negara.

5. Kita berasa menjadi lebih patrotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan.

6. Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan

sebagai simbol perpaduan,kebanggaan dan kedaulatan.

7. Sebagai wargenegara Malaysia yang baik,kita bertanggungjawab menghargai, menghormati,

memuliakan dan memahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.

Terangkan sejarah perkembangan lagu kebangsaan kita.

1. Sebelum merdeka lagu kebangsaan kita ialah lagu kebangsaan British,iaitu God Save the

Queen.

2. Lagu kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk Negaraku dicipta pada tahun 1957.

3. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah

hakim di Dewan Polis Depoh,Kuala Lumpur.

4. Pasukan pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu, laguTerang

Bulan,iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.

5. Majlis Raja- Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.

6. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu

Terang Bulan.

7. Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi

kepada tanah air.

8. Lirik lagu kebangsaan juga menuntut kita supaya bersyukur taat kepada raja dan sanggup

berkorban demi mempertahankan negara.

9. Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patrotik dan cinta akan tanah air.

10. Semua orang bangga dengan lagu kebangsaan negara.

6 comments:

  1. Bagaimana sistem pilihan raya membentuk pentadbiran Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Kaitan Pilihan raya dengan parlimen?

    ReplyDelete
  3. I heard that people who play CoC use http://clanshelper.com/ and its great! You receive your CoC gems instantly!!! Amazing! (8RbbMM4pQg)

    ReplyDelete
  4. Mengapakan peranan Pihak pembangkang penting dalam sesebuah negara demokrasi

    ReplyDelete
  5. apa kaitan Pilihan raya dengan parlimen?

    ReplyDelete