Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 3

BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

A. Bentuk dan Ciri-Ciri Kerajaan Awal

► Senaraikan kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Funan

2. Chenla

3. Angkor

4. Sukhotai

5. Ayuthia

► Senarai kerajaan awal di Tanah Melayu

1. Kedah Tua

2. Gangga Negara

3. Langkasuka

► Senaraikan kerajaan awal di Kepulauan Indonesia

1. Srivijaya

2. Majapahit

3. Singhasari

4. Mataram

► Apakah bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Sumber dari China menyatakan bahawa kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga masihi berdasarkan catatan Kang Tai dan Chu Ying yang di hantar ke Funan untuk menemui raja Houan-Tien.

2. G Coedes menyatakan kerajaan Funan wujud pada abad pertama Masihi kerana berpendapat kerajaan kedua tertua Champa wujud sekitar akhir abad kedua.

3. Data arkeologi menunjukkan kewujudan funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Ia di buktikan melalui perjumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari India

4. Hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India dibuktikan melalui jumpaan artifak gendang gangsa Dongson.

5. Hubungan perdagangan antara Rom dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selingsing, Kota Tinggi dan Muar, di pantai barat serta selatan Thailand.

Nyatakan bukti yang menunjukkan kegiatan perdagangan berkembang pada abad kelima sebelum Masihi.

1. Hubungan perdagangan antara Rom dapat dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selingsing, Kota Tinggi, Muar dan di pantai barat serta di selatan Thailand.

2. Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gendang gangsa di Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.

3. Perkembangan perdagangan maritim seiring dengan kemahiran perbuatan kapal layar dan perahu.

4. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar menunjukkan perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima sebelum Masihi.

B. Kerajaan Agraria

► Apakah dimaksudkan dengan kerajaan agraria?

1. Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemugutan hasil hutan dan sungai.

► Di manakah lelaknya kerajaan agraria di Asia Tenggara?

1. Di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya kerajaan Dvaravati, kawasan bukit dan lereng gunung berapi seperti Kerajaan Taruma.

► Senaraikan kerajaan agraria di Asia Tenggara.

1. Kerajaan Angkor

2. Kerajaan Funnan

3. Kerajaan Dvaravati

4. Kerajaan Sungai Merah

5. Kerajaan Sungai Mekong

6. Kerajaan Sailendra

7. Kerajaan Sukhotai

8. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Deing

► Terangkan ciri-ciri kerajaan agraria.

1. Asas – Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.

2. Subur – Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi.

3. Padi – Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi.

4. Huma – Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.

5. Sampingan – Tanaman sampingan yang turut diusahkan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur–sayuran.

6. Rempah – Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.

7. Hutan – Mengumpul hsil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagi jenis buah–buahan.

8. Burung – Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.

9. Ikan – Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura–kura.

10. Ternak – Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.

11. Bekal – Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.

12. Pengairan – Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik.

13. Raja – Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggugjawab dalam pengurusan sistem pengairan.

Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia Tenggara.

1. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi.

2. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan membuat teres dan relung.

3. Tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.

4. Menghsilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.

5. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah–buahan.

6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.

7. Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura–kura.

8. Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.

9. Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.

Huraikan faktor–faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kepada kerajaan Angkor.

1. Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.

2. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan.

3. Kerajaan bertanggugjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan.

4. Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar serta dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor.

5. Tanah disekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang subur disebabkan mendapan lumpur ketika banjir.

6. Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk tanaman padi sawah.

7. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai Mekong.

► Jelaskan sebab–sebab kerajaan Funan berubah menjadi kerajaan maritim.

1. Pelabuhan Oc-eo terletak di muara Sungai Mekong.

2. Pelabuhan yang terlindung daripada tiupan angin monsun dari Teluk Siam.

3. Terdapat kemudahan membaiki kapal dan menyimpan barang serta penginapan.

4. Kemudahan mendapat bekalan minuman dan makanan.

► Huraikan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.

1. Membekal sumber air minuman.

2. Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas.

3. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur.

4. Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik.

5. Air daripada tasik dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan.

6. Sumber air dan tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.


C. Kerajaan Maritim

► Apakah yang dimaksudkan kerajaan maritim?

1. Kerajaan maritim ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

► Di manakah letaknya kerajaan maritim?

1. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di pesisiran pantai, lembah sungai dan keperluan.

► Senaraikan nama kerajaan maritim di Asia Tenggara?

1. Srivijaya di Sungai Musi

2. Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda

3. Langkasuka di Sungai Yarang

4. Tiumah di Pulau Tioman Pahang

5. Chih-tu Sungai Kelantan

6. Mo-lo-yu Sungai Batang Hari

7. Kalah Sungai Takupa

8. Fo-lo-an Sungai Terengganu

9. Peng-keng Sungai Pekan Pahang

► Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara.

1. Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

2. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.

3. Terdapat pelabuhan pembekal berkembang kepada pelabuhan kerajaan apabila terbentuk kerajaan maritim.

4. Menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

5. Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.

6. Menggunakan lebih dari satu bahasa tetapi Bahasa Malaysia menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.

7. Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti membaiki kapal, penyimpanan barang, penginapan, tempat berdagang, air dan makanan.

8. Kemahiran membuat perahu dan kapal layar menyebabkan mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh.

9. Barang dagangan merupakan rempah ratus, damar, rotan, beras, logam seperti emas dan biji timah.

► Senarai tiga jenis pelabuhan kerajaan maritim.

1. Pelabuhan Pembekal

2. Pelabuhan Kerajaan

3. Pelabuhan Entrepot

► Huraikan perkembangan setiap pelabuhan di atas.

1. Pelabuhan Pembekal

i. Pelabuhan yang terawal.

ii. Membekal barangan tempatan seperti biji timah, emas dan makanan kepada pedagang.

iii. Menjadi tempat persinggahan pedagang.

iv. Contoh – Pelabuhan Jenderam Hilir, Kuala Berang dan Kuala Selinsing.

v. Terdapat pelabuhan pembekal bertukar kepada pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan seperti Champa, Kedah Tua dan Sri Vijaya.

2. Pelabuhan Kerajaan

i. Peringkat awal adalah pelabuhan pembekal menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan berkembang menjadi negeri.

ii. Berperanan sebagai pembekal barangan dagangan.

iii. Menjadi tempat berdagang.

iv. Berkembang menjadi pelabuhan entrepot kerana kedudukan yang strategik antara China dan India.

v. Contoh – Kedah Tua dan Sri Vijaya.

3. Pelabuhan Entrepot

i. Kedudukan strategik di laluan antarabangsa China dn India.

ii. Berperanan membekal hasil tempatan dan kawasan takluk kepada pedagang antarabangsa.

iii. Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa.

iv. Mengedar barangan kepada pedagang yang datang ke pelabuhan dan kawasan takluknya.

v. Memperdagangkan barangan hasil bumi seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil kerajaan takluknya.

vi. Terdapat emas dan biji timah menjdi tarikan pedagang antarabangsa.

Mengapakah penduduk kerajaan maritim berjaya menjadi pelaut yang hebat?

1. Didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar kawasannya.

2. Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perhu dan kapal layar.

3. Penciptaan layar membolehkan mereka menggunakannya untuk perdagangan yang jauh.

4. Mereka mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

Terangkan sebab-sebab kerjaan Srivijaya menjadi kusa maritim yang kuat pada abad ke-7 hingga abad ke-13

1. Memiliki tentera laut yang besar dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.

2. Tentera lut ditugaskan mengawal perdagangan di Selat Melaka.

3. Tentera laut mengawal keselamatan kerajaan.

4. Menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas kawasan yang berhampiran seperti Jambi, Kedah Tua dan persisir pantai Sumatera.

5. Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka dn Selat Sunda.

6. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.

7. Terdapat hasil dan barang untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.

8. Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghsailkan kapal besar.

9. Menyediakan kemudahan di pelabuhan seperti tempat membaiki kapal, penginapan dan tempat menyimpan barang.

10. Kemudahan mendapat bekalan makanan di kawasan pemerintahanya dan wilayah taklukannya kepada para pedagang.

11. Pengurusan di pelabuhan yang cekap dengan melantik Tuhan Vatakuurah.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara.

1. Kerajaan ini adalah yang tertua dan telah menjadi pelabuhan entrepot sejak abad kelima Masihi.

2. Peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka berdasarkan bukti jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang.

3. Berdagang dengan banyak negara seperti China dan Timur Tengah berdasarkan pelita tembaga dan tembikar yng ditemui serta pelbagai jenis manik yang merupakan barang dagangan dari beberapa tempat di India, Sri Langka, dan Burma turut ditemui.

4. Terdapatnya Gunung Jerai yng menjadi panduan kapal dagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.

5. Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.

6. Terdapat kemudahan menyimpan barang dagangan, baiki kapal, tempat berdagang dan penginapan kepada pedagang.

7. Kekayaan hasil bumi seperti damar, rotan, dan sumber bumi seperti timah manakala baranag dagangan yang diperoleh dari luar ialah kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik

Kenapakah kerajaan agraria saling bergantung dengan kerajaan maritim dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

1. Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan dapat membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim

2. Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maratim untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar seperti China dan India.

3. Kerajaan agraria memerlukan pelabuhan kerajaan maritim untuk memasarkan barangan mereka

4. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan bekalan makanan iaitu beras

5. Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim

6. Kerajaan maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membut kapal daripada kerajaan agraria

7. Kerajaan maritim memperolehi gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja

8. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang yang mahir seperti tukang kayu dan tukang batu

9. Kerajaan maritim yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung kepada kerajaan agraria bagi membekalkan barang dagangan seperti hasil hutan


D. Pengaruh agama Hindu dan Buddha

Apakah bukti pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

1. Peninggalan data arkeologi menunjukkan ciri Hindu di lembah bujang, Buddha di Sri Vijaya dan Hindu dan Buddha di Angkor Wat.

2. Data catatan I-Tsing terdapat 1000 bhisku mempelajari agama Buddha di sri vijaya sebelum melanjutkan pelajaran ke Nalanda, India.

3. Atis, guru agama Buddha dari tibet pernah belajardi sri vijaya selama 12 tahun.

4. Pengaruh seni agama Hindu dan Buddha terhadap seni tempatan

Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal?

1. Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara

2. Dibawa oleh pedagang atau vaisya melalui aktiviti perdagangan antara Asia Tenggara dengan India.

3. Dibawa oleh golongan brahmin atau pendeta yang mengetuai pelbagai upacara keagamaan di istana raja kerajaan awal.

4. Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.

Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Sistem beraja dengn gelaran raja kepada ketua pemerintah kerajaan awal merupakan pengaruh Hindu dan Buddha.

2. Raja berada sebagai ketua pemerintah di bawahnya terdapat kerajaan diraja dan pembesar, termasuk ahli agama, iaitu brahmin, rakyat dan hamba.

3. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara.

4. Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka dan tidak akan diampunkan.

5. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.

6. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan.

7. Menggunakan unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja sebagai dew-raja dipercayai memiliki kesaktian untuk memperkuatkan kedudukan raja.

8. Adat istiadat pertabalan raja oleh golongan brahminbagi mengukuhkan kedaulatan dan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

9. Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta. Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat.

10. Raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim manakala disetiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor.

11. Golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.

Bagaimanakah raja di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya

1. Menjadi ketua pemerintah.

2. Berkuas mutlak dalam pemerintahan

3. Bertindak sebagai ketua tentera

4. Bertidak sebagai pemegang khazanah negara.

5. Menanam kepercayaan rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan

6. Menggunakan unsur mitos dan lagenda dikaitkan asal usul raja sebagai dewa raja

7. Dikaitkan dengan raja memiliki kesaktian luar biasa.

8. Menjadikan ibukota sebagai pusat alam atau orde kosmos.

9. Menjalankan adat istiadat pertabalan raja untuk membezakan kedudukan dengan rakyat.

10. Peranan yang dimainkan oleh golongan brahmin mengaitkan raja dengan bayangan tuhan.

Huraikan sistem penadbiran kerajaan sri vijaya dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Sistem pentadbiran beraja di mana raja menjadi ketua pemerintah

2. Di bawah pentadbiran pusat raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja, terdiri daripada yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra

3. Seorang daripada tiga orang anak raja yang awal boleh mengantikan raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik.

4. Di bawah anak raja terdapat parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat.

5. Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu serta hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.

6. Pentadbiran daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja terbahagi kepada dua bergelar parvanda (berketurunan raja) dan keduanya bergelar bhupati (orang-orang kaya)

7. Datu yang dilantik hendaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci di telaga batu di palembang sebagai taat setia kepada raja

Apakah yang dimaksudkan dengan monumen

1. Monumen ialah bangunan yang di bina daripada batu bata bertujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting.

2. Monumen terdiri daripada candi seperti kuil, wat atau stupa, arca dan patung

Senaraikan candi terkenal di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal

1. Candi Angkor Wat

2. Candi Borobudur

3. Candi Lembah Bujang

4. Candi Dieng

5. Candi Prambanan

6. Candi Chaiya dan Yarang

Huraikan kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha

2. Berperanansebagai rumah ibadat dikenali sebagai wat di Thailand, Kemboja, dan Vietnam dan stupa di Burma.

3. Candi berfungsi sebagai tempat menyimpan patung dewa utama.

4. Candi menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.

5. Candi angkor wat melambangkan orde kosmos iaitu raja dan ibu kota sebagai pusat alam, begitu juga dengan candi borobudur

6. Melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan

► Nyatakan ciri-ciri seni bina candi angkor wat yang ditemui pada zaman awal di Asia Tenggara.

1. Angkor Wat dibina untuk agama Hindu di kemboja.

2. Raja Suryavarnam II bertanggungjawab dalam membina angkor wat.

3. Melambangkan orde kosmos.

4. Tinggi angkor wat ialah 213 meter dan keluasan kawasannya ialah 208 hektar.

5. Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat.

6. Setiap sudutnya mempunyai menara.

7. Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir.

8. Terdapat ukiran di dinding yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

► Jelaskan ciri-ciri seni bina candi borobudur yang di temui pada zaman awal di Asia Tenggara.

1. Candi Borobudur dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah.

2. Terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha.

3. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.

4. Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan gautama Buddha

5. Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada nafsu.

6. Stupa candi borobudur terbahagi kepada tiga tingkat.

7. Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila (moral), samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan), seperti dalam ajaran Buddha

8. Candi borobudur dibina dalam masa 75 tahun.

► Jelaskan ciri-ciri candi lembah bujang yang ditemui pada zaman awal di Asia Tenggara.

1. Candi lembah bujang dibina untuk agama Hindu dan Buddha di kedah.

2. Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Vimana dan Mendapa.

3. Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan dan mendapa ialah bahagian luar candi.

4. Candi berunsur Buddha memiliki pelan cruciform.

► Huraikan kepentingan bahasa sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Bahasa Sanskrit telah meningkatkan percapaian dalam bidang intelek masyarakat.

2. Batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang.

3. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.

4. Batu berrsurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan ajaran Buddha.

5. Inskripsi di palembang ditulis dalam bahasa melayu kuno yang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja.

6. Sebahagian tulisan dipahat pada batu memerlukan kemahiran yang tinggi dan asas yang kukuh dalam bahasa sanskrit.

7. Bahasa dan tulisan sanskrit yang ditemui pada batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat.

8. Banyak perkataan bahasa sanskrit mengalami penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu seperti, dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.

9. Bahasa sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

1. Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

2. Pengaruh kesusasteraan India dapat di lihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.

3. Cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.

4. Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba. Manakala epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama.

Berdasarkan contoh-contoh, buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

1. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja dengan raja sebagai ketua kerajaan.

2. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan rakyat tidak boleh langgar perintah raja.

3. Raja dianggap sebagai dewa raja, wakil tuhan dibumi dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja.

4. Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh golongan Brahmin.

5. Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja dan amat berpengaruh.

6. Sebuah negara menggambarkan satu alam semesta atau orde kosmos iaitu pusat alam dan pusat pemerintahan.

7. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma atau peraturan alam semesta.

8. Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit seperti gelaran, arahan raja dan sistem perundangan.

9. Seni bina candi seperti Candi Dieng, Prambanan dan Angkor Wat pengaruh agama Hindu, Candi Borobodur pengaruh agama Buddha, Candi Lembah Bujang pengaruh Hindu dan Buddha.

10. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa komunikasi dan bahasa ilmu kepada kerajaan.

11. Banyak bahasa Sanskrit yang mengalami penyesuaian dan berubah ke bahasa Melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.

12. Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan Prunas menyumbang kepada unsur mitos, prosa, puisi serta hikayat yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

2 comments:

  1. Trima ksih atz pngkongsian ilmu..
    hlal kn sya mngmbl ini sbgai rjukan dn utk stdy..:)

    ReplyDelete
  2. sya sngat brtrima ksih kerana menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu mlalui website ini.......

    ReplyDelete