Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 9

BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

A. Konflik Antarabangsa

Perang Dunia Pertama

► Namakan pakatan dan negara yang terlibat dalam perang Dunia Pertama.

Pakatan

Negara

Perikatan Kuasa Tengah

Austria-Hungary dan Jeman

Pakatan Bertiga

Britain,Perancis dan Rusia

Namakan dua negara luar Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

1) Amerika Syarikat II) Jepun

Apakah peristiwa semerta yang tercetus Perang Dunia Pertama.

1. Pembunuhan Archduke franz Ferdinand,pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh

seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

Namakan Perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama.

Perjanjian Versailles pada tahun 1919.

Huraikan faktor-faktor tercetus Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918.

1. Kemunculan nasionalisme,negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara

bangsa yang lebih besar, contohnya,Jerman dan Itali.

2. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar sanggup berperang untuk membuktikan

kekuasaan masing-masing.

3. Jerman dan Itali menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain,Perancis,Austria-Hungary

dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.

4. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi akibat Imperialisme Baru.

5. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan

bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka.

6. Persaingan untuk mengukuhkan politik dan ekonomi menyebabkan muncul sistem pakatan negara-

negara Eropah,iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.

7. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada

ketika itu.

Terangkan perkembangan peristiwa yang menyebabkan tercetus Perang Dunia Pertama 1914 hingga

1918.

1. Pembunuhan Archduke Franz ferdinand,pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang

pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

2. Austria dengan sokongan jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 julai 1914

manakala Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis.

3. Jerman bertindak menyerang Perancis melalui negara berkecuali.iaitu Belgium telah menimbulkan

kemarahan Britain.

4. Negara Britain yang sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam

peperangan ini dengan meminta bantuan Amerika Syarikat.

5. Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan negara itu terlibat dalam

peperangan ini.

6. Itali yang bersikap berkecuali terlibat dalam perang ini dengan menyokong Bratain,Perancis dan

Rusia.

Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama.

1. Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.

2. Persidangan damai yang diadakan pada bulan Jun tahun 1919 membawa kepada Perjanjian

Versailles.

3. Perjanjian ini telah mengubah peta eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti

Czecholovakia,Estonia,Findland,Latvia,Lithuania,Poland dan Yugoslavia.

4. Perjanjian ini membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919 yang matlamat utama

untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama serta keselamatan bersama.

5. Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi disebabkan

perbelanjaan perang yang terlalu tingi.

6. Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$ 125 billion manakala Perikatan Kuasa Tengah

membelanjakan US$ 60 billion.

7. Masalah inflasi dan pengangguran ke atas negara-negara yang berperang.

8. Amerika Syarikat dan Jepun mengambil alih pasaran dunia.

9. Britain sebagai negara industri kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya.

10. Kehilangan nyawa yang begitu ramai dalam peperangan.

11. Kemusnahan harta benda.

Perang Dunia Kedua

Namakan pakatan dan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Pakatan

Negara

Kuasa Paksi

Jerman,Itali dan Jepun

Kuasa Bersekutu

Britain,Perancis,Rusia dan Amerika Syarikat

Namakan dua bandar yang musnah akibat daripada Perang Dunia Kedua.

i) Hiroshima ii) Nagasaki

Lengkapkan jadual di bawah namakan negara dan tokoh yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Negara

Tokoh

Jerman

Adolf Hitler

Rusia

Ladimir Lenin dan Joseph Stalin

Itali

Benito Mussolini

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Perang Dunia Kedua.

1. Rasa tidak puas hati Jerman terhadap Perjanjian Versailles kerana negara itu kehilangan tanah

jajahannya.

2. Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi sebagai negara yang kalah.

3. Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.

4. Muncul seorang pemimpin baru di Jerman,iaitu adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui

partinya National socialist.

5. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera yang

besar.

6. Hitler berjaya memulihkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

7. Hitler telah berjaya memulihkan maruah bangsa Jerman dengan mengembalikan semangat kebangsaan

kepada rakyat.

8. itali dipihak yang menang dalam Perang dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan menyebabkan

pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia).

9. Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis.

10.Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai negara-negara di Timur dan berasa

bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat.

11.Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri dan menguatkan ketenteraan untuk

meluaskan pengaruh di Asia.

12.Jepun menceroboh Manchuria dan China yang membimbangkan Amerika syarikat dan Britain.

13.Pada tahun 1922 Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Washington untuk

menyekat kekuatan tentera dan sekatan bahan mentah ke Jepun.

14.Pada tahun 1929,kemelesetan ekonomi melanda amerika syarikat dan seterusnya merebak ke bahagian

lain di dunia.

15.Amerika Syarikat tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan

Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.

16.Masalah ekonomi ini,menyebabkan negara Eropah lain termasuklah Britain,Perancis dan Itali

mengurangkan peruntukan ketenteraan.

17.Hal sebaliknya berlaku di Jerman yang bertindak mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan

perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.

Terangkan peristiwa Perang dunia kedua.

1. Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang

Poland dari Timur.

2. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

3. Jerman menguasai Perancis dan melancarkan serangan ke atas British tetapi gagal.

4. Pada 7 Disember 1941 Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Habour dan berjaya

memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

5. Pada September 1942 Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya

mengalahkan Britain.

6. Pada bulan Mei 1945 Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak

Jerman dikalahkan.

7. Amerika Syarikat beralih ke asia dan memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun tetapi Jepun

masih bersemangat meneruskan perjuangan mereka.

8. Pada 6 Ogos 1945,Presiden Amerika Syarikat,Harry Truman, mengarahkan bom atom yan pertama

digugurkan di Hiroshima dengan alasan ingin mengelakkan tempoh peperangan yang lama dan

kehilangan nyawa yang lebih ramai.

9. Dua hari kemudian,bom kedua dijatuhkan di Nagasaki dan dalam masa yang singkat bandar tersebut

musnah.

Nyatakan kesan Perang Dunia Kedua.

1. Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman terbahagi kepada dua, iaitu Jerman Barat dan

Jerman Timur.

2. Memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan

daripada kuasa-kuasa besar Eropah.

3. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina.Indonesia mencapai kemerdekaan

daripada Belanda.India dan Tanah Melayu daripada Britain.

4. Negara- negara baru terpaksa menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan

membangunkan ekonomi masing-masing.

5. Peperangan ini menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi.

6. Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang kuasa besar menceroboh negara kecil.

7. Menimbulkan kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia menyebabkan pembentukan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa.

8. Berlaku Perang Dingin disebabkan perbezaan idealogi antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika

Syarikat dengan Soviet Union.

B. Kemunculan Blok dan Perang Dingin.

Apakah Blok Dunia.

1. Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak

secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.

2. Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk,iaitu sama ada berdasarkan aspek politik , ekonomi atau

geografi.

Mengapakah terbentuk Blok kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua.

1. Fahaman politik yang berbeza antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia.

2. Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh demokrasi dengan mengamalkan hak asasi manusia dan

ekonomi bebas.

3. Rusia menganggap jaguh sosialisme berdasarkan ajaran komunis yang percaya kebajikan masyarakat

dicapai dengan memiliknegarakan harta.

4. Perasaan sangsi sesama mereka sebelum Perang Dunia Kedua.

5. Wujud rasa kurang percaya kedua- dua pihak semasa Perang Dunia Kedua.

6. Kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua.

7. Britain sekutu Amerika syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan Balkan sebelum ketibaan

tentera Rusia.

8. Selepas Perang Dunia Eropah terbahagi kepada dua berdasarkan cara mereka dibebaskan.

9. Negara Eropah yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi bebas.

10.Negara Eropah yang dibebaskan oleh Rusia mengamalkan sosialisme ajaran Karl Marx.

11.Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan barat yang dipisahkan oleh Tembok Berlin.

12.Hubungan yang terhad dalam bidang diplomatik perdagangan dan individu.

Bagaimanakah Blok Kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan kedudukan masing-masing.

1. Membuat persiapan ketenteraan dengan melancarkan senjata nuklear.

2. Menjalankan kegiatan propaganda dan pengintipan antara satu sama lain.

3. Menjalankan kegiatan memberi bantuan ekonomi untuk meluaskan pengaruh.

4. Berebut-rebut untuk menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi kepada Negara-Negara Dunia

Ketiga.

5. Amerika Syarikat bersama sekutunya telah membentuk pakatan tentera NATO iaitu Pertubuhan

Atlantik Utara untuk menghadapi Blok Komunis.

6. Rusia dengan semua negara komunis menubuhkan pakatan WARSAW sebagai reaksi kepada

penubuhan NATO.

7. Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dibentuk menghalang pengaruh Rusia dan China merebak ke

Asia Selatan.

8. Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy memberi kata dua kepada Rusia menarik balik senjata

nuklear dari Cuba untuk mengelakkan perang nuklear.

9. Berperang secara tidak langsung dengan sekutu mereka dengan amerika syarikat membantu Korea

Selatan dan rusia membantu Korea Utara.

Apakah yang dimaksudkan Perang Dingin.

1. Perang Dingin terbentuk daripada Blok dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang

konflik bersenjata secara langsung.

Senaraikan dua kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dingin.

i) Amerika Syarikat ii) Soviet Union.

Terangkan sebab – sebab berlaku Perang Dingin.

1. Perang Dingin berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi dan fahaman politik.

2. Berlaku persaingan kuasa antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok

komunis yang diketuai oleh Soviet Union.

3. Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.

4. Kedua-dua blok berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di

Eropah dan di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

5. Blok komunis dan blok kapitalis berusaha mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini

dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.

Apakah kesan Perang Dingin.

1. Kesan Perang Dingin pembentukan blok dunia kepada Blok Kapitali,Blok Komunis dan Blok Dunia

Ketiga.

2. Amerika Syarikat dan sekutunya mewujudkan pakatan tentera iaitu penubuhan NATO untuk menyekat

pengaruh komunis.

3. Soviet Union dan negara-negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw.

4. Amerika Syarikat membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Tredy

Organisation ( SEATO) menyekat pengaruh komunis di Asia Selatan.

5. Berlaku perlumbaan senjata di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.

► Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis.

Aspek

Blok Kapitalis

Blok Komunis

Politik

i) Negara Demokratik

ii) Pemilihan kerajaan melalui

pilihan raya

i) Pemerintah Diktaktor

ii)Parti Komunis sahaja diiktiraf

Ekonomi

i) Peluang perniagaan dan

pemilikan harta persendirian

i) Perniagaan dan pemilikan harta

dimiliki oleh kerajaan

Sosial

i) Kebebasan individu

sepenuhnya.

i) Kebebasan individu di lindungi

dan di kawal.

C. Malaysia dalam hubungan antara bangsa

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa.

Dasar Luar Malaysia

Apakah hubungan bilateral dan multilateral

1. Bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara –negara tertentu.

2. Multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.

Apakah matlamat Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara-negara dunia.

1. Ingin berbaik-baik dengan semua negara.

2. Menjamin keselamatan rakyat dan negara.

3. Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.

4. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.

5. Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.

6. Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan

dunia.

Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

Sejarah

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka hubungan luar terjalin melalui perdagangan dengan negara luar

seperti China,Arab,Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu.

2. Hubungan luar berdasarkan serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang pada

hari ini dikenali sebagai Indonesia,Brunei,Singapura dan Malaysia.

3. Malaysia menjalinkan hubungan luar selepas merdeka dengan menyertai pertubuhan Komanwel

termasuk Britain,Australia dan New Zealand.

4. Malaysia menjalinkan hubungan luar yang pro-Barat semasa diancam oleh fahaman komunis yang

menggugat keselamatan negara.

5. Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana belum mempunyai keupayaan pertahanan.

Faktor Ekonomi

1. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan

ekonomi kerana mengamalkan pasaran bebas.

2. Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana Malaysia

merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah.

3. Mengharapkan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut untuk menggalakkan pelaburan asing

untuk meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan.

4. Melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur

terutama Jepun dan Korea.

5. menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun untuk pasaran barangan dan

pelaburan.

6. Hubungan dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran dan

mengadakan pelaburan di negara Islam.

Faktor Politik.

1. Amalan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen,Malaysia berhak menentukan hala tuju masa

depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

2. Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Contohnya,dasar Malaysia yang menyokong

Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

3. Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan resolusi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

bagi memelihara keamanan dunia.

Faktor Geografi

1. Kedudukan yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara Asia Tenggara

seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

2. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia, keselamatan negara serantau

akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap Malaysia.

Faktor Demografi

1. Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya

yang majoriti beragama Islam.

2. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara

berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi palestin.

3. Menentang keras dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan,kerana rakyat Malaysia yang

terdiri daripada perlbgagai kaum dan agama diberikan kebebasan untuk mengamalkan budaya hidup

dan agama masing-masing.

4. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan

sehinggalah undang-undang dasar aparteid itu dihapuskan sikap komited terhadap hak asasi manusia.

Nyatakan dasar luar semasa Tunku Abdul Rahman Menjadi Perdana Menteri Malaysia.

1. Memperlihatkan dasar pro- Barat yang antikomunis kerana ancaman komunis di negara-negara Asia

Tenggara dan dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.

2. Hubungan baik dengan negara Komanwel Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-

negara Komanwel terutama Britain,Australia dan New Zealand.

3. Menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty

(AMDA) pada tahun 1956 untuk menyekat pengaruh komunis.

4. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang

oleh mana-mana negara.

5. Berbaik-baik dengan negara jiran kerana timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas

Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrantasi dengan Indonesia ( 1963-1965), terputusnya

hubungan dengan Filipina ( 1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).

6. Usaha-usaha memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian seperti

menubuhkan ASA,MAPHILINDO dan ASEAN.

7. Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan

ekonomi negara kerana merupakan anggota blok sterling.

8. Memberikan tumpuan kepada bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan

daripada negara Barat termasuk Britain.

9. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang

perladangan dan perindustrian.

10. Mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain

seperti Amerika Syarikat,Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan

kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.

Huraikan dasar luar peringkat kedua semasa Tun Abdul Razak, Tun Husseian Onn menjadi Perdana

Menteri Malaysia.

1. Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-

baik dengan semua negara.

2. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya

pengaruh Britain di Timur.

3. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakkan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua

kuasa besar,iaitu Amerika Syarikat dan China.

4. Matlamat dasar luar Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman,Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN)

bersama-sama dengan annggota negara ASEAN.

5. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti

China,Jerman Timur,Korea Utara,Vietnam Utara dan Mongolia.

6. Keinginan malaysia menjalinkan persahabatan dengan semua negara dengan negara jiran apabila

mengadakan hubungan diplomatik dengan vietnam pada tahun 1976.

7. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

Huraikan dasar luar negara peringkat ketiga semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri

Malaysia.

1. Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan

penekanan kepada kepentingan ekonomi.

2. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama

di kalangan negara membangun.

3. Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti

menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.

4. Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea

Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.

5. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang

baik seperti semangat mencintai negara,kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja

yang baik.

6. Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan

oleh Perdana Menteri,Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad, ke negara Afrika,Amerika Selatan,Caribbean

dan Pasifik Selatan.

7. Setiap siri lawatannya,misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian

perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

8. Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara Dunia Ketiga disamping negara maju.

Senaraikan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara kita Malaysia.

i) Komanwel

ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

iii) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

iv) Kumpulan Selatan-Selatan

v) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Apakah matlamat penubuhan Komanwel.

1. Untuk membina semangat setia kawan dikalangan negara anggota.

2. Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang di kalangan negara anggota.

Nyatakan ciri-ciri negara-negara Komanwel.

1. Anggotanya terdiri daripada negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka.

2. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun.

3. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.

4. Mesyuarat Ketua- Ketua Kerajaan Komanwel ( CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota

setiap dua tahun.

5. Penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan negara-negara anggota.

6. Sistem kerajaan dan pentadbiran mengikut sistem British.

7. Semua ahli komanwel dianggap setaraf.

8. Raja Britain sebagai Ketua Komanwel.

9. Sistem Perundangan dan kehakiman berasaskan sistem British.

Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia setelah menjadi anggota Komanwel.

1. Negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara

menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.

2. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand akan

mempertahankan negara sekiranya diserang oleh musuh luar.

3. Kerjasama pertahanan dengan membantu Malaysia semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.

4. Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

5. Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.

6. Malaysia menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang yang menyalahgunakan hak asasi manusia.

7. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.

8. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

9. Dalam bidang sukan,Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Apakah dasar Apatied.

1. Satu dasar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan penduduk mengikut warna kulit.

Mengapakah Malaysia menentang dasar Apatied di Afrika Selatan.

1. Orang kulit putih merupakan golongan minoriti dan bukan penduduk asal diberi banyak

keistimewaan.

2. Orang kulit hitam merupakan golongan majoriti dan penduduk asal dipandang rendah.

3. Orang kulit hitam tidak diberi hak politik yang sama.

4. Orang kulit hitam tidak diberi hak kemasyarakatan yang sama.

Jelaskan ciri- ciri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1. Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945,selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa

dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.

2. Ibu pejabat asalnya di San francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York.

3. Pada awal penubuhannya,PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002

keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara.

4. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957,setelah negara kita mencapai kemerdekaan.

5. Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB.

Apakah Piagam PBB

1. Satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip asas hubungan antarabangsa dikalangan

negara-negara anggota.

Senaraikan matlamat Piagam PBB.

1. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia.

2. Kedua,menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.

3. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia

tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.

4. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Huraikan sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji

PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo.

2. Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia

bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.

3. Pada tahun 1990-an Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq.

4. Menghantar pemerhati ketika menyelesai perang saudara di Kampuchea.

5. Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

6. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apateid di afrika Selatan.

7. Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau

kuasa semua negara.

8. Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia,iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada

bulan Disember 1945.

9. Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan

dadah.

10. Hasil daripada usul Malaysia,satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna,Jun 1987 dan

Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan.

11. Malaysia telah bekerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan

Makanan dan Pertanian ( FAO).

12. Kerjasama dalam bidang Kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World

Healt Organization (WHO).

13. Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Budaya

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

14. Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989 dan 1999.

15. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB.

16. Beliau telah dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.

17. Malaysia berpendirian tegas mendesak PBB berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan

menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui keanggotaan dalam PBB.

1. Mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun semula dan

membangunkan ekonomi negara.

2. Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing untuk membasmi kemiskinan di luar

bandar selain menyediakn peluang pekerjaan.

3. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Kemajuan

Tanah Persekutuan ( FELDA).

4. Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Apakah yang anda faham tentang Pergerakan Negara- Negara Berkecuali ( NAM).

1. NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.

2. Ahlinya merupakan negara- negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

3. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28

buah negara merupakan tetamu jemputan.

4. Malaysia menganggotai pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran Dasar Luar daripada dasar

pro Barat dan anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Apakah matlamat penubuhan Pergerakan Negara – Negara Bersekutu.

1. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok

Barat atau Blok Kumunis.

2. Mengekalkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara.

3. Menghormati kedaulatan sesebuah negara.

4. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.

5. Menghormati hak asasi manusia.

Huraikan sumbangan Malaysia setelah menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

1. Malaysia membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun

dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987.

2. Malaysia membangkitkan su Palestin,kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.

3. Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar Apateid di Afrika Selatan dalam

Sidang Kemuncak Kelapan di Harare ( Zimbabwe).

4. Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM

di Belgrade, Yugoslavia Pada tahun 1989.

5. Malaysia telah dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara

anggota.

6. Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun

2003 mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli,iaitu 31 Ketua Negara dan 32

Ketua Kerajaan.

7. Sidang kemuncak ini berjaya mendaftarkan dua negara angoa baru,iaitu Timur Leste dan Pulau

Catalina.

8. Sidang ini berjaya menganjurkan satu mensyuarat tidak rasmi OIC.

9. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama

telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Apakah yang anda faham tentang Negara-Negara Selatan.

1. Negara- Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara- Negara Dunia Ketiga.

2. Negara- negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah

dijajah oleh kuasa Barat.

3. Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

4. Negara-Negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah

menjadi barangan siap.

5. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap

harga barang mentah.

6. Pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan.

7. Matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan

kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara

maju.

Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam Negara Selatan-Selatan.

1. Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea

penubuhannya datang daripada Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di

Zimbabwe pada tahun 1987.

2. Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G 15 pada tahun 1989.

3. Sidang kemuncak G 15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

4. Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

5. Penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan ( SITTDEC) di

Kuala Lumpur.

6. Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP)

7. Penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Apakah yang anda faham tentang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

1. OIC yang beribu pejabat di Jeddah,Arab Saudi,ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea Tunku

Abdul Rahman.

2. Semasa ditubuhkan ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai

pemerhati.

3. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam

segala bidang.

4. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.

5. Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.

6. Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

7. Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar

pasukan perubatan ke Lubnan,Bosnia dan Afghanistan.

8. Bantuan dalam bentuk kewangan diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti

Sudan,Nigeria dan Chad.

9. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kwewangan

kepada negara-negara anggota.

Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.

1. Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.

2. Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.

3. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.

4. Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula

tanah air mereka daripada Israel.

5. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

6. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.

7. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8. Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan

kegiatan ekonomi yang lain.

9. Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara OIC kerana amat serius dalam

memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

10. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah

meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.

Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai negara anggota OIC.

1. Mendapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-

projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

2. OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM.

3. Mendapat pinjaman daripada bank Pembangunan Islam di bawah naungan OIC.

4. Menerima pengiktirafan Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha agung OIC.

5. Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2003.

D. Malaysia dan Pertubuhan Serantau.

Senaraikan pertubuhan serantau yang disertai oleh Malaysia.

i) ASA ii) MAPHILINDO iii) ASEAN

Nyatakan negara-negara yang menganggotai ASA

i) Malaysia ii) Thailand iii) Filipina

Terangkan tujuan dan matlamat penubuhan ASA.

1. Melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis.

2. Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

3. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi

di kalangan negara anggota.

4. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.

Mengapakah pertubuhan ini dibubarkan.

1. Matlamat ASA tidak ada kerjasama yang erat.

2. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia.

3. Timbul kesangsian kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara

Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

4. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah

membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

Apakah MAPHILINDO.

1. Merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia. Menyelesaikan

pertikaian pembentukan Malaysia.

Terangkan sebab-sebab penubuhan MAPHILINDO.

1. Meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina

dan Malaysia- Indonesia.

2. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan

oleh cadangan pembentukan Malaysia.

3. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap

pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme.

4. Tentangan Filipina adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi

hak milik negara mereka.

5. bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan

dengan Filipina dan Indonesia yang membawa penubuhan MAPHILINDO.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MAPHILINDO untuk menyelesai pembentukan

Malaysia.

1. Ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan

rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia.

2. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V.Michael More

untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.

3. Hasilnya, majoriti rakyat di kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan

Malaysia.

4. Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang

pembentukan Malaysia.

5. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi dan

dibubarkan.

Apakah ASEAN.

1. Sebuah pertubuhan serantau yang terdiri daripada 10 buah negara Asia Tenggara.

Di manakah dan bila pertubuhan ASEAN ditubuhkan.

1. Di Bangkok dengan termetarainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.

Senaraikan anggota ASEAN

1. Terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanma, Laos,Kampuchea dan Vietnam.

Apakah logo ASEAN.

1. Sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengangasan sepuluh buah negara yang diikat oleh

persahabatan dan perpaduan.

2. Bulatan membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN.

Apakah moto ASEAN

i ) Keamanan ii) Kestabilan iii) Kegigihan

iv) Kedinamikan v) Kesucian vi) Kemakmuran

Terangkan matlamat penubuhan ASEAN.

1. Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

2. Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan.

3. Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,perdagangan dan

perindustrian.

4. Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.

5. Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Terangkan usaha- usaha yang dijalankan ASEAN dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di Asia

Tenggara.

Politik

1. Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai

Deklarasi Kuala Lumpur.

2. Mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas dan berkecuali ( ZOPFAN).

3. Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini.

4. Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan

kuasa-kuasa besar.

5. Berusaha untuk mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dengan mengadakan

satu mesyuarat membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera

Norodom Sihanouk.

6. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat itu telah diadakan di Kuala

Lumpur pada tahun 1982.

7. Dalam mesyuarat tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN

ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.

8. Tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan peraiaran dan kemudahan pelabuhannya untuk

mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Ekonomi

1. Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu

(Sarawak) serta Acheh ( Indonesia).

2. Kerjasama ekonomi melalui zon kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area

(AFTA) yang telah diumumkan di Singapura pada tahun 1992.

3. Malaysia telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi

rantau sebelah sini yang melibatkan China,Jepun dan Korea Selatan.

4. Idea ini telah dikemukakan oleh dato seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi

Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC).

5. Kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3 merujuk pada

kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara timur,iaitu

China,Jepun dan Korea.

6. Menteri-menteri luar negara Asia Timur dijemput menghadiri majlis kerjasama ekonomi.

Sosial

1. Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran

ASEAN (SEAMEO)

2. Pembinaan pusat serantau untuk sains dan matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.

3. Kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan

kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.

4. Pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan.

5. Sukan SEA diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.

6. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada

tahun 1992.

7. Menjalinkan kerjasama dalam bidang persuratkhabaran.

8. Menjalinkan kerjasama dalam bidang kesusasteraan.

9. Menjalankan kerjasama melalui pertukaran pelajar dan tenaga pengajar dalam bidang pendidikan.

Apakah yang dimaksudkan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Tenggara (AFTA)

1. Kerjasama ekonomi ASEAN yang diumumkan pada sidang kemuncak di Singapura 1992.

2. Menghapuskan sekatan dagangan di kalangan negara-negara ASEAN.

3. Menggalakkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota.

4. Mewujudkan pasaran yang luas kerana penduduk yang ramai.

5. Mengembangkan industri dengan meningkatkan pengeluaran barang.

6. Meningkatkan kerjasama ekonomi negara-negara ASEAN.

E. Cabaran Masa Depan

Apakah Globalisasi

1. Globalisasi merujuk pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh

kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Apakah faedah yang diperoleh melalui ICT.

1. ICT merujuk pada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan

pantas.

2. Maklumat mudah dihantar ke pelusok dunia.

3. Berkesan tanpa mengira sempadan.

Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memajukan ICT.

1. Malaysia telah menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah tersebut.

2. Malaysia telah menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosikan penggunaan ICT di sekolah dan

kepada masyarakat.

3. Kerajaan telah melancarkan projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)

yang telah memulakan e-pendidikan,pemasaran tanpa sempadan,e-dagang dan penyiaran digital.

4. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan kerajaan telah menyediakan peruntukan belanjawan sebanyak

RM 5.2 billion bagi proses berasaskan ICT.

5. Peruntukan sebanyak 1 billion diagihkan bagi program ICT luar bandar untuk mengelakkan jurang

perbezaan antara bandar dengan luar bandar.

Apakah Koridor Raya Multimedia.

1. Dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh Dato, Seri Dr.Mahathir bin Mohamad.

2. Merangkumi kawasan mencakupi Kuala Lumpur City Centre hingga ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

3. Dibangunkan secara berperingkat-peringkat dan akan diperluaskan ke seluruh negara.

4. Bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia

global.

5. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

Terangkan K-ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan.

1. Ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu

pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

2. Pada era globalisasi, keekonomi memainkan peranan yang penting yang mampu bersaing dalam

meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan.

3. Pada era k-ekonomi,teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama

dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan,peluang pekerjaan serta perkongsian pintar.

4. Sumber yang paling berharga dalam K-ekonomi adalah modal intelek dan juga pekerja

berpengatahuan.

5. Modal Intelek hanya dapat dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan,diikuti dengan semangat serta

daya saing yang tinggi.

6. Tenaga kerja berpengatahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan

pengetahuan.

7. Kunci utama kejayaan k-ekonomi melalui Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan atau

research and development (R&D).

8. Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan

dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.

9. Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha

meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.

K-masyarakat bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.

1. K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan

diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaiang.

2. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjat hayat.

3. Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan dengan secekapnya oleh kerajaan

Malaysia terutama dalam bidang pendidikan.

4. Usaha telah dijalankan untuk membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan Malaysia

antaranya,sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum,yang

dapat meningkatkan daya saing.

5. Sekolah bestari pula dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat atau information technology

(IT) dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap IT.

6. Kurikulum juga diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kretif,dinamis

serta berfikiran kritis dan analitis.

7. Melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi,bermotivasi tinggi dan berkemahiran

tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi.

8. Matlamat K-masyarakat adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan masyarakat

Malaysia yang maju dan saintifik.

3 comments:

  1. so happy... sambil cari maklumat dapat mendengar lagu yg terdapat di dlam blog ini.. best nyaaaa.

    ReplyDelete
  2. BERITA BAIK!!!

    Nama saya Budiwati Permata, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan berjanji ini dan orang itu menganggur, saya mencadangkan anda semua perlu berhati-hati

    beberapa bulan yang lalu, saya tegang secara kewangan dan sangat memerlukan pinjaman untuk mendapatkan perniagaan saya, saya tertipu oleh pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehinggalah Tuhan menggunakan kawan saya Dian Pelangi yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai yang bernama Christabel's mother yang baik, yang meminjamkan saya pinjaman tidak bercagar 800 juta dalam masa kurang daripada 20 jam tanpa sebarang tekanan atau tekanan dan minat bunga hanya 2%

    Saya terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa penangguhan.

    Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, supaya orang dapat mendapatkan pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel: christabelloancompany@gmail.com

    dan dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda memegang perintahnya.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: permatabudiwati@gmail.com
    dan kawan saya Dian Pelangi yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan Christabel, anda juga boleh menghubungi beliau melalui e-mel: (lianmeylady@gmail.com) sekarang,

    semua yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran bulanan saya yang saya hantar langsung ke akaun ibu Christabel. Anda masih boleh menghubungi ibu yang baik What'sApp Number +15614916019

    sila bijak dan semoga Allah membimbing kita semua

    ReplyDelete