Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 5

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

A. Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua

Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam.

1. Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.

2. Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa' dan Bani Nadhir.

3. Golongan Nasrani.

Terangkan peristiwa yang membawa kepada Perjajian Aqabah pertama antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah.

1. Beberapa orang suku Khazraj dari Madinah menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah dan kemudian memeluk Islam.

2. Sekembalinya ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam dikalangan masyarakat Madinah yang lain.

3. Pada musim haji berikutnya, 621 M., sekumpulan suku Aus dan Khazraj telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi.

4. Menerusi pertemuan di Aqabah terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Arab Madinah.

Jelaskan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.

PerjanjianAqabah Pertama

1. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.

2. Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

3. Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan.

PerjanjianAqabah Kedua

1. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.

2. Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w..

3. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah.

4. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal.

5. Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah.

6. Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.

Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimenterai antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah?

1. Menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah.

2. Islam dapat disebarkan secara aman di Madinah.


B. Hijrah

Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah dalam konteks Islam?

1. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam.

2. Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.

3. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.

4. Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara, berfikir, dan tingkahlaku.

Bilakah berlaku penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah?

1. Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.

Nyatakan empat hujah menolak pendapat Barat menyatakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.

1. Jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah kedua.

2. Ketibaan orang Islam Makkah telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah.

3. Orang Islam Makkah telah diberi tempat tinggal serta dijamin keselamatan.

4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah dan diterima oleh oleh semua golongan masyarakat Madinah.

Huraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Makkah ke Madinah?

1. Perintah Allah menerusi wahyu.

2. Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

3. Penentangan dan ancaman kaum Quraisy Makkah semakin meningkat.

4. Merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam.

5. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.

6. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik dan sentiasa bertelagah antara suku Aus dan Khazraj

7. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai mereka.

Mengapakah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah dianggap penting dalam sejarah perkembangan Islam?

1. Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.

2. Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj, melalui semangat persaudaraan sesama Islam.

3. Menjalinkan hubungan persaudaraan sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing dengan orang Islam Madinah.

4. Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial.

5. Memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah digelar Ansar.

6. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripacla pelbagai suku, budaya dan agama serta melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.

7. Membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat dan belajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.

8. Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam yang mula digunakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al- Khattab.

9. Menukar nama Yathrib kepada Madinah A-Munawwarah atau kota bercahaya sebagai pusat Tamadun Islam.

10. Agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

11. Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong, menerima orang Islam Makkah sebagai saudara.

12. Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, Abu Bakar al-Siddiq bin Abu Talib dan Abdul Rahman bin Auf.

13. Memperlihatkan wanita menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya, Asma' menghantar makanan dan menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w.

14. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.

15. Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan dengan tidak terus berangkat ke Madinah sebaliknya bersembunyi di Gua Thur.

16. Merancang penubuhan sebuah negara Islam Madinah dengan merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.


C. Piagam Madinah

Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah?

1. Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w., berpandukan wahyu Allah.

2. Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.

3. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.

4. Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.

Jelaskan kandungan Perlembagaan Madinah.

1. Mengandungi 47 fasal. 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.

2. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.

3. Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pernimpin bagi kerajaan Madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.

4. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan.

5. Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing dan menghormati agama yang dianuti oleh individu yang lain dan tidak memaksa mereka memeluk Islam.

6. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

7. Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong-menolong, dan bekerjasama tanpa mengira bangsa untuk menjaga keharmonian negara.

8. Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh.

9. Peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan sekiranya tidak bercanggah dengan Islam.

10. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan ekonomi negara.

11. Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.

12. Amalan riba dan penindasan dalam kegiatan perniagaan dilarang.

13. Mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar.

14. Keselamatan bukan Islam dan orang Yahudi terjamin, mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.

Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan masyarakat yang adil.

1. Merupakan model kerajaan Islam sebagai panduan pemerintahan negara.

2. Kerajaan Islam boleti diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.

3. Undang-undang Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

4. Piagam ini mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.

5. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.

6. Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan.

7. Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam, perniagaan. Ekonomi kerajaan Islam di Madinah telah meningkat.

8. Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, semangat ukhuwah Islamiah iaitu kedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial dipraktikkan bagi membolehkan masyarakat hidup bersatu padu dan aman.

9. Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat. Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam serta semangat perpaduan, bantu-membantu, dan rela berkorban.

10. Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama.

11. Menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum membentuk kerajaan.

12. Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melelakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.

13. Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan dan perlu mematuhinya.

14. Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar untuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani oleh negara luar.


D. Penyebaran Islam di Madinah

Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w. menyebarkan agama Islam di Madinah?

1. Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab.

2. Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menyebarkan Islam.

3. Menyeru untuk memeluk Islam melalui warkah sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah kepada Maharaja Rom Timur.

4. Mewujudkan persefahaman dengan wilayah-wilayah luar.

Senaraikan peperangan mengikut urutan antara orang Islam di Madinah dengan puak Quraisy Makkah.

1. Perang Badar pada tahun 624M./2H.

2. Perang Uhud pada tahun 625M./3H.

3. Perang Khandak pada tahun 627M./5H.

4. Perang Tabuk pada tahun 630M./8H.

Apakah prinsip-prinsip peperangan mengikut ajaran Islam?

1. Peperangan dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan agama, maruah diri dan negara.

2. Boleh dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

3. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh.

4. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.

5. Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

6. Orang Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.

7. Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan dilarang membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak­-kanak, wanita yang sakit dan orang yang menyerah diri.

8. Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan.

9. Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh.

10. Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri mereka.


E. Perjanjian Hudaibiyah

Bilakah termeterai perjanjian Hudaibiyah?

1. Pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah

Apakah peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?

1. Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.

2. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin mengerjakan umrah.

3. Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah, kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.

4. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.

5. Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".

6. Orang Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding, setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?

1. Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah iaitu untuk mengerjakan umrah.

Apakah faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman bin Affan ke Makkah untuk berunding sekatan ke atas orang Islam di Hudaibiyah?

1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.

2. Sahabat nabi yang matang dan tua berbanding sahabat lain.

3. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.

Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah?

1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.

2. Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.

3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.

4. Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah.

Jelaskan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ke atas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.

1. Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu pada, tahun 629 M.

2. Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah.

3. Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.

4. Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.

5. Bilangan penganut Islam bertambah kerana Suku Arab bebas menganut sebarang agama tanpa halangan.

6. Isi perjanjian ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi dari segi jangka panjang Islam memperoleh keuntungan dengan pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah.

7. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi kerana memeterai perjanjian secara menyeluruh, terperinci dan berwawasan.

8. Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan Islam di Madinah.

9. Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.


F. Pembukaan Semula Kota Makkah

Namakan empat tokoh yang mengetuai pasukan tentera Nabi Muhammad s.a.w. menyerang kota Makkah?

1. Khalid bin al-Walid

2. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

3. Saad bin Ubadah

4. Zubair bin al-Awwam

Terangkan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.

1. PihakArab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.

2. Pihak Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.

3. Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam.

4. Merupakan strategi jangka panjang penyebaran Islam jika Islam Makkah dapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam di Madinah menjadi mantap.

Mengapakah kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

1. Pengislaman al-Abbas dan Abu Sufian memudahkan orang Islam memasuki Makkah.

2. Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah.

3. Bilangan tentera Islam yang ramai sebanyak 10 000 orang.

4. Nabi Muhammad s.a.w. membahagikan tentera kepada empat pasukan.

5. Menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan, iaitu dari arah utara, selatan, barat, dan barat daya.

6. Tentera Islam memiliki semangat ketakwaan dan keyakinan yang tinggi.

Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.

1. Kaabah terpelihara daripada penyembahan berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

2. Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam.

3. Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji.

4. Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.

5. Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

6. Pembukaan semula kota Makkah ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab secara aman.

7. Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah.

8. Makkah dijadikan wilayah Islam dengan melantik wakil untuk menjalankan pemerintahan Islam.

Apakah amanat Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya sebelum baginda wafat?

1. al-Quran

2. Sunnah atau Hadis

7 comments: