Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 5

BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Sistem Ahli

Apakah yang dimaksudkan Sistem Ahli.

- Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran

Tanah Melayu.

Namakan negara yang menjadi model British pembentukan Sistem Ahli.

1. Kenya 2. Rhodesia Utara

Apakah tujuan British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu.

1. British berhasrat untu menjalankan dasar dekolonisasi untuk memberi kemerdekaan kepada

penduduk di Tanah Melayu.

2. Mengurangkan tekanan daripada pihak Parti komunis Malaya mempengaruhi penduduk.

Senaraikan tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dengan pihak British membentuk

Sistem Ahli.

1. Dato’ Onn Jaafar. 2. Dato’ Hamzah Abdullah 3. Raja Uda

4. Dato’ Nik Ahmed Kamil 5. Dato’ E.E.C Thuraisingam 6. En. Yong Shook Lin

7. Dr.Lee Tian Keng

Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.

1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan

tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.

2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.

3. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

Melayu.

4. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota,iaitu, tiga daripadanya merupakan orang

Melayu,orang Cina dan orang India dan Empat orang pegawai Inggeris.

5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

Senaraikan nama ahli dan portfolio Sistem Ahli peringkat awal dalam Persekutuan

Tanah Melayu.

Nama Portfolio

Dato’ Onn Jaafar Ahli dalam Negeri

O.A Spencer Ahli Ekonomi

Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan

Dr Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan

Dato’E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran

J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial

J.D Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya

Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah,perlombongan dan Perhubungan.

Senaraikan tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli

1. Ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah

jabatan kerajaan.

2. Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada.

3. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan

jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

4. Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan

persetujuan bersama undang-undang yang dicadangkan.

5. Pesuruhjaya Tinggi British memberikan arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut dan

selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.

Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara.

1. Sistem ahli merupakan tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

2 Sistem ahli juga memulakan proses perpaduan kaum kerana ahli-ahlinya merupakan

gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu.

3. Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah

Melayu.

4. Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan

menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.

Pakatan Murni

Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni.

1. Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu

kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

Senaraikan tokoh yang menyertai rombongan kemerdekaan bersama Tunku Abdul

Rahman ke London.

1. Dr Ismail Abdul Rahman 2. Dato’ Abdul Razak Hussein

3. Kolonel H.S Lee 4. Dato’ Panglima Bukit Gantang

5. Dato’Nik Ahmed Kamil 6. Encik Abdul Aziz Majid

7. Dato’ Mohd Seth.

Huraikan usaha- usaha yang dijalankan untuk mengadakan pakatan murni di kalangan

penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang

dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu, iaitu Melayu dan Cina.

2. Orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar,orang Cina di

bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock.

3. Pada bulan Ogos 1949, Jawatankuasa ini dianggotai oleh enam orang pemimpin Melayu,

enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Langka, Serani dan

Eropah.

4. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekuatuan Tanah

Melayu.

5. Selain itu perubahan terhadap dasar UMNO kerana kesanggupan berunding dengan kaum

lain untuk kepentingan masa depan negara.

6. Dato’ Onn Ja’afar menekankan perpaduan antara kaum sebagai asas kemerdekan

Persekutuan Tanah Melayu.

7. Hasil daripada perundingan UMNO-Jawatankuasa Perpaduan Kaum telah dipersetujui.

Penubuhan Lembaga Pembanggunan Industri Desa atau Rural Industrial Development

Authority ( RIDA ) pada bulan Oktober 1950 untuk memajukan ekonomi dan pendidikan

masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.

8. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu

dengan syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.

9. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran,negeri dan

Majlis Perundangan Persekutuan.

10. Pada tahun 1951,Dato Onn Ja’afar mencadangkan pembukan keahlian UMNO kepada bukan

Melayu, beliau telah dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk

mengubah struktur UMNO.

11. Beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya atau

Independence Malaya Party (IMP).

12.Dasar IMP mengikut Dato’ Onn Ja’afar akan menggunakan konsep kerjasama kaum dalam

sebuah parti terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu.

13. IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina,India dan kaum lain di Tanah Melayu

kerana rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka.

14. Persidangan Kebangsaan ditubuhkan bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom Macdonald, Di

King’s House, Kuala Lumpur bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi

mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

15. Penubuhan Persidangan Kebangsaan diisytiharkan pada bulan april 1953, di Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur dengan Dato’ Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusinya

disokong oleh beberapa orang Menteri Besar.

16. Tuaku abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO telah menganjurkan Konvensyen

Kebangsaan bersama-sama MCA disertai pelbagai parti dan persatuan politik mengasaskan

pembentukan Parti Perikatan.

Terangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni.

1. Parti Perikatan memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan dalam

pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.

2. Parti Perikatan memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya

Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.

3. Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam

pilihanraya negeri pada tahun 1954.

4. Pada tahun 1955, Parti Perikatan disertai oleh MIC.

5. Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP ) yang

diadakan pada 27 Julai 1955.

6. Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan raya adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam

masa empat tahun, mewajibkan pendidikan,menjadikan perkhidmatan awam bercorak

tempatan, menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja

Berlembagaan.

7. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan

raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

8. Kemenangan Parti Perikatan membilehkan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti

Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet.

9. Pembahagian anggota kabinetnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kabinet ini berfungsi

sehingga kemerdekaan dicapai.

10.Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan ke London

bersama wakil kaum dan wakil Sultan mengadakan rundingan dengan Lord Lennox Boyd,

iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.

11.Sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk dan pihak British

telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu opada

31 ogos 1957.

12Tunku Abdul telah membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu di Bandar hilir, Melaka.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.

1. Lord Reid 2. Sir Ivor Jennings 3. Sir William McKell.

4. Tuan abdul Hamid 5. Tuan b. Malik.

Apakah isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi

kepada negeri.

2. Suruhanjaya mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Persekutuan Tanah

Melayu.

3. Hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi.

4. Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak dapat diterima oleh orang

Melayu.

5. Kerakyatan jus soli dengan memberi hak sama rata kepada semua kaum akan melemahkan

kedudukan orang Melayu.

6. Setelah rundingan Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang

bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dallam Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu.

7. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

8. Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan.

Jelaskan isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.

2. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan

Senarai Negeri.

3. Institusi Raja dijadikan Raja Berpelenbagaan pada peringkat negeri dan negara.

4. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang,Permohonan dan

Nutralisasi.Prinsip jus soli diterima.

5. Kedudukan Istimewa orang Melayu dikekalkan.

6. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

7. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.

8. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

9. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.

10. Pentadbiran negara bersifat demokrasi berpalimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara

terletak di bawah kuasa Parlimen.

11. Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh

Dewan Undangan Negeri dan Exco.

Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Persetujuan yang dicapai menerusi pakatan murni membolehkan sebuah kerajaan demokrasi

dengan konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.

2. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana mereka menyedari

bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan

Tanah Melayu.

3. Menerusi pakatan murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.

4. Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang

berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.

5. Dengan pengalaman sejarah yang sama,setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti

masyarakat yang merdeka.

6. Perbezaan warna kulit,agama,bahasa dan bangsa diketepikan.

Terangkan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman

1. Sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato’Onn Jaafar.

2. Ketua Menteri pertama setelah Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi

dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama.

3. Kebijaksanaan mengendalikan pakatan murni antara kaum.

4. Mengetuai rombongan kemerdekaan ke London untuk berunding mendapatkan kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu.

5. Kemerdekaan dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

6. Mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan.

Tun Abdul Razak

1. Menjawat Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London.

3. Menjadi Pengerusi jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem

pendidikan kebangsaan negara.

4. Pada tahun 1957 Penyata Razak digunakan dalam sistem pendidikan negara.

5. Dilantik menjadi Perdana Menteri kedua pada tahun 1970.

Tun H.S. Lee

1. Tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea

penubuhan Parti Perikatan.

2. Parti ini bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan.

Tan Cheng Lock

1. Menjadi Presiden pertama MCA dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaya.

2. Penyokong kuat Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan.

Tun V.T Sambanthan

1. Presiden MIC yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan negara.

2. Menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara.

3. Menyeru kaum India supaya memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum , Kaum india takda menganggotai Jawatankuasa hubungan Antara Kaum (JHAK) ?

    ReplyDelete
  4. Do you know the persamaan antara sistem ahli dan sistem kabinet? Needed for writing the report

    ReplyDelete