Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG4 - BAB 4

BAB 4 ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

A. Masyarakat Arab Jahiliyah

Apakah maksud Jahiliah?

1. Perkataan bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar masyarakat Arab Jahiliah?

1. Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.

2. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.

3. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn kehidupan.

4. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.

Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah.

1. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.

2. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.

Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah

1. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat.

2. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka.

3. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah.

4. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan dianggap berita buruk.

5. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan.

6. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.

7. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak.

8. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki.

Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, ekonomi, agama dan kepercayaan dan politik.

Sosial

1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan minum arak.

2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.

3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.

4. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.

5. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi

1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.

2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.

3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sebuah kabilah.

4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.

Agama dan Kepercayaan

1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama, iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung).

2. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.

Politik

1. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

2. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan masyarakat.

3. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah?

1. Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat arab jahiliah.

Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

1. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

2. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.

3. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

4. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

5. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

6. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya, bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.

7. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.

2. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.

3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman.

4. Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

Apakah maksud semangat assabiah?

1. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah.

3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.

4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-Basus.

5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.


C. Islam dan Penyebarannya di Makkah.

Namakan datuk Nabi Muhammad s.a.w.

1. Abdul Muttalib bin Hashim

Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

1. Al-Haris

2. Abu Talib

3. Abu Lahab

4. Abbas

5. Hamzah

Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah?

1. Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.

Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasul.

1. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.

2. Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.

3. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda, Aminah binti Wahab.

4. Nabi Muhammad sa.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M., iaitu bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.

5. Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia.

6. Ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib.

7. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib memelihara setelah datuk baginda Abdul Muttalib meninggal dunia.

8. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.

9. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.

10. Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika berusia 12 tahun.

11. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.

12. Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya ketika berusia 20 tahun.

13. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah.

14. Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan.

15. Kebijaksanaan dan kelembutan tutor kata serta kepandaian baginda menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

16. Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.

17. Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.

18. Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.

19. Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.

20. Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin walaupun kedudukan baginda yang tinggi dan dihormati.

21. Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak.

22. Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan memaaf Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah.

23. Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai Perjanjian Hudaibiyah dengan orang Arab Quraisy Makkah walaupun perjanjian tersebut berat sebelah, menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. bertahannuth di Gua Hirah?

1. Sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taksub dengan amalan jahiliah.

2. Berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat di sekelilingnya.

3. Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah.

4. Tempat beribadat yang sunyi dan tenang.

5. Menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga baginda dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.

6. Tempat Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Jibrail.

Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

► Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat penting dalam Islam?

1. Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambah ilmunya.

2. Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan.

3. Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.

4. Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.

► Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang diturunkan sang penting dalam perkembangan Islam?

1. Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

2. Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.


E. Reaksi Masyarakat Arab

Senarai tokoh yang terawal memeluk Islam

1. Isteri Nabi Muhammad - Siti Khadijah binti Khuwalid

2. Anak angkat Nabi - Zaid bin Harithah

3. Sahabat Nabi - Abu Bakar al-Siddiq, Utman bin Affiti, Zubair al-Awam, Arqam bin Abu Arqam.

4. Kanak-Kanak - Ali bin Abi Talib

5. Golongan hamba - Bilal bin Rabah, Keluarga Yasir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah

Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah?

1. Secara rahsia selama tiga tahun.

2. Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat, dan kaum kerabat baginda.

3. Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam.

4. Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam untuk menyebarkan Islam.

5. Melalui ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan kejujuran para sahabat telah menyebarkan dakwah lslamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.

6. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib, sahabat dan orang ramai.

7. Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan tentang Islam.

8. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, yang dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah melalui perbahasan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam di Makkah?

1. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia terutama golongan hamba.

2. Diterima oleh orang ramai kerana kernurnian ajarannya.

3. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.

4. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah.

5. Mengunakan pendekatan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam.

6. Nabi juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.

7. Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya.

8. Mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia.

Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan, ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.

2. Prinsip persamaan taraf sesama manusia bertentangan dengan sistem social masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.

3. Menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.

4. Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

5. Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi menganggap jika menerima agama Islam, terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.

6. Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah.

7. Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy serta menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan menyembah Al l ah.

Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Nabi Muhammad s.a.w dicemuh dengan kata-kata nista.

2. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam hingga membawa kepada gila, buta dan mati.

3. Nabi Muhammad s.a.w. diganggu semasa beribadat contohnya, benda-benda yang kotor telah diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang.

4. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.

5. Orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w, dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta agar meninggalkan dakwah Islamiah.

6. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga dengan menulis pernyataan pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah.

7. Ada kalangan orang Quraisy telah membuat pakatan membunuh Nabi Muhammad.

Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat dunia?

1. Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.

2. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur.

3. Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan, misalnya, amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

4. Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengatasi ancaman puak Quraisy Makkah?

1. Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

2. Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat baru tetapi gagal.

3. Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu dari Allah.

22 comments:

  1. Terima kasih cikgu! Beliau telah banyak menolong saya melalui bacaan nota-nota ini.. sangat hebat! Music tu juga telah menginspirikan saya.. mendenger muzik di blog kamu semasa mengulang kaji :) terima kasih byk byk!

    ReplyDelete
  2. saya nak print nota cikgu boleh tak

    ReplyDelete
  3. ciri ciri zaman jahiliah penyebaran dakwah takde >

    ReplyDelete
  4. Hahahahahahhahahahahahahahaha...terbaik

    ReplyDelete
  5. Hahahahahahhahahahahahahahaha...terbaik

    ReplyDelete
  6. mengapakah zaman jahiliah dikenali sebagai zaman kegelapan.?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. What is this do you guys know each other

    ReplyDelete
  9. What are you guys talking about right now

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas bantuan cikgu. Nota ini sangat bermanfaat kepada saya untuk mengahadapi peperiksaan percubaan spm 2019. Harap cikgu sihat-sihat sahaja. Salam dari Sekolah menengah kebangsaan kapit, sarawak.

    ReplyDelete
  11. alhamdulliah i hope i will succefuly in spm this year
    :)

    ReplyDelete