BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
A Zaman Pra sejarah
► Nyatakan tahap zaman Pra Sejarah
1. Zaman Paleolitik
2. Zaman Mesolitik
3. Zaman Neolitik
4. Zaman Logam
► Senaraikan 3 petempatan Zaman pleolitik di Malaysia.
1. Tingkayu
2. Kota tampan
3. Gua Niah
► Huraikan cirri-ciri kehidupan manusia zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik.
1. Manusia hidup secara nomad, iaitu berpindah randah.
2. Mereka tinggal sama ada di kawasan tepi tasik, tepi sungai, atau di dalam gua.
3. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
4. Mereka menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap
ikan.
5. Peralatan batu ciptaan mereka lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.
► Apakah bukti yang menunjukkan manusia pada zaman Neolitik sudah bertamadun?
1. Manusia mula hidup menetap secara kekal dalam kelompok yg besar sebagai masyarakat
2. Menyara diri dengan bercucuk tanam seperti menanam padi di China, Ban Kao di Thailand
dan Gua Sireh di Sarawak.
3. Mereka menternak binatang seperti biri-biri diternak di Iraq.
4. Penciptaan alat yang telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi.
5. Mencipta tembikar tanah melalui teknik putar di Gua Musang, Kelantan.
6. Masyarakat telah mewujudkan pengkhususan kerana mempunyai banyak masa untuk
masa untuk menghasilkan artifak.
7. Muncul individu yang berjaya memikirka cara untuk melebur logam.
8. Keupayaan menghasilkan bahan makanan yang melebihi keperluan telah melahirkan sistem
pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter
9. Cangkerang cowrie digunakan sebagai nilai tukaran dagangan.
► Huraikan cirri-ciri kehidupan manusia zaman logam
1. Penggunaan logam besi telah menyebabkan manusia berjaya mencipta perahu dan rumah.
2. Penciptaan perahu membolehkan manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan
Kegiatan perdagangan maritim.
3. Perdagangan bermula di pesisir pantai dan kemudian berkembang jarak jauh.
4. Muncul penempatan besar berubah kepada kota pertahanan.
5. Penempatan besar berkembang menjadi Bandar atau kota, contohnya dua buah Bandar
Purba, iaitu Jericho di Jordan dan Catal Huyuk di Turki
6. Mengetahui cara mengebumikan mayat dengan bekalan seperti makanan, tembikar dan
Besi.
B. Konsep Tamadun
► Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun?
1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan
madain.
2. Perkataan arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang mempunyai
Maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.
3. Tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization yg berasal daripada bahasa Greek, iaitu
Civitas yang bermaksud Bandar.
4. Tamadun boleh diertikan sebagai peradaban manusia.
► Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Barat.
1. Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan
Seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran.
2. Gordon Childe, menegaskan pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun
Dalam sesebuah masyarakat.
3. Darcy Riberio dan R. A Buchanan hanya menekankan kepentingan dan pembangunan
Lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
► Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam.
1. Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap
Ketamadunan sesebuah masyarakat.
2. Ibn Khaldun menganggap kehidupan Bandar yang terbentuk hasil daripada semangat
Assabiyyah, bekerjasama dan saling membantu sebagai tamadun.
3. Syed Naquib al-attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
Yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
4. Richard Sullivan mengakui bahawa unsure rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
5. Konsep tamadun merangkumi pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota
Dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
► Apakah pandangan Ibn Khaldun tentang kehidupan bertamadun.
1. Kehidupan di Bandar.
2. Memiliki semangar assabiyah atau kekitaan.
3. Semangat kerjasama dan saling Bantu membantu.
4. Karya Muqaddimah menggunakan istilah umran bermakna tanah yang didiami secara tetap,
Berkembang dan maju.
5. Hadarah bermaksud hidup di Bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral
Yang tinggi.
► Senaraikan cirri-ciri utama tamadun awal manusia.
1. Petempatan kekal
2. Kehidupan berorganisasi
3. Sistem pemerintahan
4. Pengkhususan pekerjaan
5. Agama dan kepercayaan
6. Bahasa dan sistem tulisan
► Terangkan cirri-ciri tamadun awal manusia.
1. Petempatan kekal dengan cara hidup yang lebih sistematik kerana kemajuan dalam
Pertanian dan penciptaan peralatan baru telah meningkatkan pengeluaran untuk
Menampung pertambahan penduduk.
2. Kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan
Kestabilan dan kemakmuran kehidupan dengan setiap lapisan masyarakat mempunyai
Peranan tersendiri seperti raja,bangsawan,rakyat dan hamba.
3. Kewujudan sisitem pemerintahan raja sebagai ketua pemerintah. Raja sebagai wakil tuhan
Untuk mendapatkan pengiktirafan rakyat manakala sistem perundangan sebagai
Panduan masyarakt menjaga keamanan dan kemakmuran.
4. Pengkhususan pekerjaan menyebabkan peningkatan produktiviti,politik menjadi stabil,
Ekonomi berkembang dalam pertukaran barang dan perdagangan,membolehkan
Berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan,teknologi,dan budaya antara sesebuah
Mesyarakat dengan masyarakat luar.
5. Menjadikan manusia percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam
Sekeliling mewujudkan kepercayaan aminisme kemudian kepada agama politeisme
Penyembahan terhadap banyak tuhan.
6. Penciptaan bahasa dan sistem tulisan , seperti bahasa Yunani dan Sanskrit manakala
Sistem tulisan awal ialahhieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf berperananan
Menyebarkan ilmu pengetahuan dan perhubungan. Selain itu untuk tujuan urusan
Pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal
Keagamaan.
C. Proses pembentukan tamadun
► Senaraikan tamadun awal yang terletak di lembah sungai
1. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.
2. Tamadun Mesir terletak di Lembah Sungai Nil.
3. Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus.
4. Tamadun Hwang Ho terletak di Lembah Sungai Hwang Ho.
► Mengapakah tamadun awal dunia tertumpu di lembah sungai
1. Lembah sungai dipilih kerana kesuburan tanah untuk tujuan pertanian.
2. Adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan harian.
3. menangkap ikan sebagai sumber makanan.
4. Kemudahan mengangkut hasil dan berhubungan dengan sesuatu kawasan
5. Menggunakan sungai sebagai alat perhubungan.
D. Tamadun Mesapotamia
► Apakah maksud Mesapotamia?
1. Bermaksud tanah di antara dua sungai.
► Di manakah letaknya tamadun Mesospotamia?
1. Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates(3 500 S.M.)
► Nyatakan zaman pemerintahan Kerajaan Mesopotamia?
1. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting.
i. Kerajaan Sumeria 3500-2340 S.M.
ii. Kerajaan Akkad 2371-2006 S.M.
iii. Kerajaan Ur 2113 -2006S.M.
iv. Kerajaan Babylon Awal @Lama. 2000-1530S.M.
v. Kerajaan Kassistes 1530-1100 S.M.
vi. Kerajaan Assyria 1100-626S.M.
vii. Kerajaan Chaldea 626-539 S.M.
► Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesopotamia?
1. Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar
Baghdad.
2. Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke
Ke Utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
3. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan sungai trigris dan sungai
Euphrates yang hamper bercantum dikenali sebagai Babylon.
4. Tamadun Mesopotamia bermula di wilayah selatan , iaitu Sumer dengan orang sumeria
Telah berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian menebus
Guna tanah dengan meina sistem pengairan untuk mengawal pengaliran air sungai.
5. Perkampungan awal telah membentuk bandar dan beberapa buah Negara kota seperti Kish,
Nippur, Laggash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
6. Kesemua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.
E. Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
► Terangkan cirri-ciri Negara kota Tamadun Mesopotamia.
1. Setiap negara kota memiliki cirri fizikal tersendiri terbahagi kepada kawasan utama, iaitu
Pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
2. Setiap negar kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang
Menjadi lambing kekayaan sebuah kota.
3. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.
4. Jalanraya berkeadaan lurus dan lebar memisahkan dengan rumah kediaman.
5. Pusat sesebuah kota adalah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
6. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri.
7. Kewujudan sungai serta kewujudan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan
Kapal, peati dan keldai.
8. Melalui jalan laut, Negara kota mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya.
► Jelaskan organisasi social masyarakat dalam tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
2. Pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
3. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas, seperti petani, artisan, serta
Pedagang.
4. Hamba terdiri daripada tawanan perang.
► Terangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia.
1. Raja sebagai ketua pemerintah.
2. Raja di anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota, dikenali sebagai
Teokrasi.
3. Menjadi ketua tentera.
4. Menjadi ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
5. Berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan menentukan
Pentadbirannya.
6. Berkuasa dalam bidang ekonomi, seperti cukai tanah, petanian dan perniagaan
7. raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan
Keluarga diraja.
8. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa
Pemerintahan raja Naramsin di Akkad. Beliau menggelar dirinya “ Raja empat penjuru alam”
► Jelskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesopotamia.
1. Rakyat sebagai petani, berniaga dan menjadi artisan.
2. Perdagangan antarabangsa seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk
Ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.
3. Terdapat pengusaha tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.
4. Menjadi tukang rumah kerana keperluan rumah kediaman yang banyak.
5. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera.
► Terangkan cirri-ciri agama dan kepercayaan masyarakat Tamadun Mesopotamia.
1. Mengamalkan kepercayaan politisme atau banyak tuhan. Raja sebagai wakil tuhan.
2. Semasa pemerintahan Raja Naramsin memaksa penduduk menyembahnya.
3. Pendeta mengetuai upacara keagamaan di kuil Zigurat.
4. Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan.
► Jelaskan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesopotamia.
1. Kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan begambar.
2. Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat.
3. Menggunakan pen rumput buluh menulis pada tanah liat berbentuk pepaku dandikenali
Sebagai cuneiform.
F. Sumbangan Tamadun Mesopotamia
► Raja Hammurabbi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan
Semasa memerintah Babylon. Jelaskan.
1. Sumbangan besar Hammurabbi kepada tamadun Mesopotamia adalah Kod Undang-undang
Hammurabbi.
2. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
3. Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun
Lapis masyarakat.
4. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau patahkan tulang,
Bangsawan didenda satu wang perak.
5. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang
Besar untuk dibaca oleh rakyat.
6. Kod Undang-undang Hammurabbi menjadi dasar perundangan dalam tamadun
Mesopotamia.
7. Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
Pelbagai kaum dan dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
8. Undang-undang ini mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
Kehidupan masyarakat tersebut.
9. Kod ini membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa panjang dari tahun 3500
S.M hingga tahun 539 S.M.
► Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia
1. Sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
Jurutulis.
2. Urusan pentadbran dan perniagaan dapat direkodkan oleh jurutulis.
3. Melalui perdagangan, semua urusan jual belinya ditulis dalam resit, nota, dan surat kredit.
4. Sistem tulisan melhirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh merupakan hasil
Kesusasteraan yang tertua di dunia mengandungi falsafah dan cara hidup orang
Mesopotamia.
► Jelaskan sumbangan sains dan teknologi tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat.
1. Tamadun Mesopotamia menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
2. Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari telah memperkembangkan ilmu
Matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi
Dan punca ganda.
3. Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk
belayar.
4. Pencerapan sistem solar membolehkan penciptaan kalender yang mengandungi 12 bulan
Dalam satu tahun.
5. Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota
Tenteranya.
6. Penciptaan roda untuk kereta kuda bertujuan untuk peperangan atau kegunaan pada masa
Aman.
7. Penciptaan roda membolehkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan
Tandus dapat mengawal banjir dan meningkatkan hasil pertanian.
8. Menggunakan kapal layer serta pengangkutan beroda untuk menguasai jalan darat serta
Jalan laut.
9. Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
10. Dalam seni bina, mereka mencipta arca dan tiang batu. Contohnya di Zigurat dan arca
Patung Raja Gudea.
11. Pembinaan Taman Tergantung Babylon menjadi salah satu ciptaan menakjubkan dibina
Dibina oleh Raja Chaldea.
G. Tamadun Mesir Purba
► Di manakah letaknya tamadun Mesir Purba.
1. Terletak di tebing Sungai Nil, mempunyai tanah dataran yang subur.
► Bilakah tamadun Mesir terbentuk.
1. Bermula sekitar tahun 3500 S.M
► Namakan kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan tamadun Mesir.
1. Libya
2. Kush
3. Assyria
4. Parsi
5. Yunani
6. Rom
► Huraikan pembentukan tamadun Mesir.
1. Mendiami lembah sungai Nil pada Zaman Logam sejak tahu 5000 S.M dengan membina
Sistem perparitan dan pengairan dan untuk pertanian.
2. Mereka mebina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan kesuburan tanah
Menghasilkan lebihan makanan.
3. Mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan berkembang menjadi
Perkampungan.
4. Gabungan kampong-kampung mewujudkan beberapa buah Bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.
5. Kesemua nome disatukan mewujudkan sebuah Bandar yang menjadi pusat pentadbiran
Antaranya Bandar Thinis, Tebes dan Memphis.
► Huraikan ciri-ciri petempatan kekal masyarakat tamadun Mesir.
1. Firaun Menes menyatukan semua nome menjadi sebuah kerajaan dengan Bandar Thinis
Dijadikan pusat pentadbirannya.
2. Pusat pentadbiran berpindah ke Bandar Memphis yang berhampiran dengan delta sungai
Nil.
3. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Bandar
Thebes.
4. Bandar menjadi tempat kediaman Firaun.
5. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Manakala pelabuhan
Dijadikan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
► Jelaskan organisasi social masyarakat mesir.
1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
3. Firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan
Keempat, firaun digelar sebagai raja Matahari, iaitu Amon-Re.
4. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan
5. Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan
Mengagihkan makanan dan menjadi pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki
6. Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan.
7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
8. Rakyat bebas terdiri daripada petani, pedagang dan artiran.
9. Hamba adalah susn lapis masyaakat yang paling bawah.
► Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan tamadun Mesir.
1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
3. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
4. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai raja matahari, iaitu
Amon-Re.
5. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
6. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga
Keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan di dalam Negara.
7. Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan
8. Firaun melantik orang awam sebagai jurutulis untuk menulis rekod kerajaan.
9. Firaun Hatshepshut seorang wanita bertindak membina terusan dan menukar padang pasir
Kepada tanah pertanian yang subur.
► Nyatakan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
1. Masyarakat Mesir terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan
Tembikar dan peralatan.
2. Mereka turut terlibat menghasilkan tekstil dan kertas untuk eksport.
3. Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas.
4. Sungai Nil yang lebar membolehkan kapal-kapal menyusur dan berlabuh di pelabuhan-
Pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis.
5. Pentadbiran yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut
Mediterranean dan laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
► Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir?
1. Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.
2. setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsure alam seperti Re (Tuhan
Matahari), Ra-Atum (Tuhan langit) dan Amun (Tuhan Angin)
3. Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga
Dengan teliti.
4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian seta keperluan kehidupan
Selepas mati.
► Terangkan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesir.
1. Tamadun Mesir Purba telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.
2. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan symbol berdasar
Kan bunyi.
3. Sistem tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan
Pengutipan cukai.
4. Tulisan memainkan peranan penting untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual
Kepercayaan.
H. Sumbangan tamadun Mesir Purba.
► Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.
1. Sumbangan seni bina pyramid daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan
Penasihat penting kepada firaun Djoser.
2. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-
Bata.
3. Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup
Di Lembah Nil.
4. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa.
5. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan
Terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
6. Kemajuan dalam bidang ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan mendapat
Status yang tertinggi dalam masyarakat berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
7. Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
8. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan
Memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
9. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi telah digunakan
Untuk mengawal banjir di Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
10. Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang
Pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
11. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba
Memperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
12. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu
Manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
13. Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air sungai Nil
Yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
► Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun Mesir.
1. Kerajaan Mesir purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari
Umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
2. Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
Kerajaan.
3. Penekanan terhadap terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai
Kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
4. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
Menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan
Bangunan dan pyramid.
I. Tamadun Indus
► Dimanakah letaknya tamadun Indus.
1. Tamadun Indus terletak di lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus yang berpunca dari
Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.
► Bilakah tamadun Indus muncul.
1. Tamadun Indus telah muncul pada sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun
1800 S.M.
2. Tamadun Indus mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam
Seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.
► Namakan dua Negara kota tamadun Indus.
1. Mohenjo-Daro
2. Harappa
► Jelaskan proses pembentukan tamadun Indus.
1. Penduduk nomad dibarat laut India membentuk petempatan kekal di sepanjang sg Indus
2. Petempatan kekal wujud disebabkan oleh sungai Indus yang menyediakan sumber air dan
Terdapat tanah yang subur.
3. Peningkatan penghasilan pertanian membawa pertambahan jumlah penduduk.
4. Mewujudkan dua Bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan
Harappa.
► Jelaskan cirri-ciri istimewa Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?
1. Pembentukan Bandar terancang terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok
2. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan
bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan
pembersihan.
3. Bahagian kedua Bandar ialah kawasan perumahan disusun berasaskan blok berbentuk segi
Empat.
4. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalanraya yang harus dan bersambung antara
Satu sama lain.
5. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometrid an pembinaan yang
Diterapkan daripada tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir.
6. Kemhairan geometri hasil pertembungan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
7. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
8. Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
9. Bandar-bandar boleh diubungi melalui sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
► Nyatakan organisasi social masyarakat Lembah Indus
1. Masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan
Golongan bawahan.
2. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
3. Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti
Masyarakat terutamanya yang melbatkan kegiatan keagamaan.
4. Sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
5. Golongan bahawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalankan aktiviti
Pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
6. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan Bandar,
Membina tembok dibenteng, dan membina terusan.
► Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus
1. Masyarakat di Lembah Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan
Pertanian, pertukangan dan pembuatan.
2. Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia
Dibuktikan melalui penemuan cap mohor Indus di Mesopotamia.
3. Antara hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.
4. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti
Barli, kacang, dan sebagainya.
5. Ada ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan
Dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
► Terangkan amalan agama dan kepercayaan masyarakat Indus
1. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang
Mempunyai unsure keagamaan iaitu patung proto-siva.
2. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan
Terdapat tiga tanduk dikepalanya yang melambangkan dewa Brahma, Vishnu, dan Siva
3. Proto-Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
4. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada tuhan Ibu.
► Apakah tulisan yang dihasilkan oleh masyarakat Indus
1. Masyarakat tamadun Indus mempunyai satu sistem tulisan berbentuk piktograf.
J. Sumbangan Tamadun Indus
► Apakah factor-faktor masyarakat Indus dikagumi dalam perancangan Bandar?
1. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan Bandar dan pengisiannnya.
2. Pemahaman dalam ilmu geometri.
3. Pemahaman dalam ilmu kesenian.
4. Pemahaman dalam ilmu matematik.
5. Mahir dalam bidang pembinaan.
6. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan
Bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.
7. Berusha meningkatkan mutu binaan dengan membuat batu-bata melalui pembakaran suhu
Yang tinggi.
► Mengapakah sifat keterbukaan sangat penting kepada kemajuan manusia sepertimana
Amalan masyarakat Indus.
1. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu
Mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan
Pihak lain.
2. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba memboleh kedua-dua
Pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.
3. Hubungan antara tamadun Mesopotamia, membolehkan segala pengaruh dari luar itu
Sesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
4. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan siat keterbukaan
Proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
5. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada
Sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
► Mengapakah tamadun Indus dianggap matang
1. Pencapaian cemerlang dalam perancangan Bandar.
2. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.
3. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
4. Melahirkan masyarakat yang kreatif.
5. Menghasilkan teknologi yang hebat.
K. Tamadun Hwang Ho
► Dimanakah letaknya tamadun Hwang Ho?
1. Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
► Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho
1. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar aahun 2205-1766 S.M
2. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M
3. Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M
► Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
1. Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan
Membina petempatan.
2. Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal
Penduduk Hwang Ho.
3. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil
Hutan dan memburu.
4. Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang
Yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
5. Semasa dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan sungai Yangtze.
► Jelaskan proses pembentukan Negara kota tamadun Hwang Ho
1. Petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar-bandar
Dan Anyang menjadi Negara kota terletak dikawasan tanah tinggi Sungai Huan.
2. Dibandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
3. Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal dikawasan Bandar.
4. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalau pencerobohan musuh dan dikelilingi
Oleh masyarakat petani.
► Huraikan organisasi social masyarakat Dinasti shang dalam tamadun Hwang Ho
1. Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
2. Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar
Negara kota ini.
3. Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi
Menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera
Serta peralatan untuk acara keagamaan.
4. Golongan pembesar yang mempu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan
Keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bahawan.
5. Golongan paling bawah dalam masyarakat shang ialah hamba.
► Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang
1. Sistem pemerintahan dinasti shang berbentuk pemerintahan beraja.
2. Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau
Anak lelaki raja.
3. Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik
Ekonomi, social, dan agama.
4. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari Tuhan.
5. Raja-raja shang tidak perlu mendapatkan pengeshan politik kerana mereka adalah daripada
Keturunan pemerintah agama.
6. Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir
Wilayahnya.
7. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas
Seperti pungutan cukai pertahanan dan undang-undang.
8. Kezaliman Raja shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan
Hamba menyingkirkan Dinasti shang untuk dig anti dengan Dinasti chou.
► Huraikan sistem pemerintahan dinasti Chou
1. Raja-raja dinasti chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan
Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
2. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada
Pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
3. Mereka diminta melingungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
4. Pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan
Upacara pengorbanan.
► Nyatakan ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Hwang Ho
1. Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing terdiri daripada tentera berkuda
Tentera berjalan kaki.
2. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi
Golongan atasan.
3. Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan
Makanan, senjata dan barang tembikar.
4. Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja
Perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
► Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho
1. Sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan animisme.
2. Masyarakat shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit
Dan gunung.
3. Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang melibatkan permainan muzik,
Upacara korban diketuai oleh bomoh.
4. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api
Sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian.
► Nyatakan bentuk tulisan masyarakat tamadun Hwang Ho
1. Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
2. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan symbol.
3. Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
K. Sumbangan tamadun Hwang Ho
► Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi, social, agama dan
Kepercayaan
Sistem Politik
1. Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman
Dinasti Shang.
2. Gelaran raja ditukar kepada zaman maharaja.
3. Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.
4. Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke 20.
Sistem Ekonomi
1. Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan
Pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
2. Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan
Pertanian.
3. Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
4. Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
Sistem Sosial
1. Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
2. Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan percetakan.
3. Tulisan juga diajar di sekolah-sekolah di China.
4. Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan jepun.
Agama dan Kepercayaan
1. Kepercayaan yang masih berkekalan sehinggan hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
2. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian
Masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsure makanan, duit kertas, dan
Barang perhiasan.
3. Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih
Terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
4. Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
Yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
5. Feng Shui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni
Dengan alam semesta.
6. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari
Dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
7. Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
8. Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
Upacara perkahwinan, perburuan ataupu pengebumian.
9. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art Of War membicarakan selok-belok
Perang dan cara menangi musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
10. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.
not bad the content, indirectly it help me for history for STPM. :)
ReplyDeletethanks!!=D
ReplyDeletethank you for this short notes...It simple to memorise
ReplyDeleteTq so much.Its very short notes and easy to prepare exam
ReplyDeleteCANT I KNOW WHERE
ReplyDelete