BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Latar Belakang Negara dan Bangsa
► Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu Tradisional.
1. Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja tanpa raja sesebuah kerajaan
tidak akan wujud.
2. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
3. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat
yang mendiami wilayah kekuasaannya.
4. Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui
kekuasaan raja.
5. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah
yang diperintah oleh tersebut.
6. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk
mengembangkan empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
7. Kesultanan Melayu mMelaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
8. Negeri bererti kawasan,misalnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.
9. Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing keseluruhan
kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya.
► Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di tanah Melayu.
1. Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan setiap negeri dan
konsep kerajaan beransur luput.
2. Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan Union
pada tahun 1946.
3. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua
Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
4. British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menjdikan negara
yang merdeka pada tahun 1957.
5. Perseujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.
► Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks negara Malaysia.
1. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
atau warganegara sesebuah negara.
2. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun 31 Ogos 1957 dan
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963,maka lahirlah negara dan bangsa Malaysia.
3. Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa,
budaya,kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
4. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengalaman
kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
5. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,pengisian
kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
► Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah.
1. Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran
tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi
Perancis 1789, menggantikan bentuk negara feudal.
2. Idea konsep negara bangsa muncul untuk memperjuangkan tentang hak rakyat, kerajaan
berpelembagaan dan negara bangsa moden.
3. Pertumbuhan nasionalisme ketika itu memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik
berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
4. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang
mempunyai penduduk berbilang bangsa.
5. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk
penyatuan serta pembentukan negara bangsa masing-masing.
6. Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris
telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
7. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip,iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
8. Empayar Aurtsia-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan
berdasarkan etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang merdeka.
9. Chechhoslavakia,Estonia,Findland,Latvia,Lithuania,Poland dan Yugoslavia.
► Bagaimanakah Count Camilio Benso di Cavour membentuk negara bangsa Itali pada
abad ke - 19.
1. Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan Lombardy dengan
menghalau orang Austria untuk membentuk sebuah pemerintahan.
2. Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara, dengan
menggunakan amalan realpolitik.
3. Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki mewujudkan kerjasama dengan Napoleon
III pemerintah Perancis bagi menentang Austria pada tahun 1860.
4. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.
5. Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh
sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.
6. wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali pada tahun 1866 oleh Perancis sebagai balasan
terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austri.
7. Pada tahun 1870,Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo mengambil
peluang ini menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa itali.
► Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck untuk membentuk
negara Jerman.
1. Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk
menyatukan negara Jerman.
2. Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen,provokasi,
penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
3. Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan
Jerman.
4. Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan
semangat rakyat Prussia di medan tempur.
5. Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark,austri dan
Perancis.
► Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan
negara bangsa di Eropah.
1. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip
Islam.
2. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan
kerajaan Islam di Madinah.
3. Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang
kaum,iaitu orang Yahudi,orang Kristian dan orang arab dalam sebuah negara.
4. Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara diplomasi,musyawarah
dan permuafakatan.
5. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan
permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
► Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia.
Negara
1. Wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan dan pemerintah yang berwibawa.
2. Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.
3. Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun bertanggungjawab membuat
dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
kerajaan.
Bangsa
1. Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan
dari segi bahasa,adat resam,kesenian dan pengalaman sejarah.
Kerajaan
1. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan
dasar sesebuah negara.
2. Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-
dasar negara.
3. Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah
negara.
4. Kerajaan di negara terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan
Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Perlembagaan
1. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang
menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
2. Di Malaysia,perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan
dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
3. Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
Kesultanan Melayu Melaka
► Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka.
1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas meliputi
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
2. Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur
tangan,paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
3. Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu alat regalia,nobat,warna,bahasa,
undang-undang ,protokol dan adat istiadat istana,bahasa Melayu dan agama Islam menjadi
identiti Melaka.
4. Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan
agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka.
5. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang di kalangan anggota masyarakat.
6. Hukum kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
awam,undang-undang keluarga dan sebagainya.
7. Undang-undang laut Melaka memperuntukan perkara yang berkaitan dengan tatacara
pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal,atur cara pelayaran, perniagaan,
bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
8. Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah bersedia mempertahankan
negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong,kerahan tenaga dan
sebagainya.
9. Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang
memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.
► Jelaskan sistem perundangan yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka
1. Dipengaruhi oleh adat dan agama Islam.
2. Mengandungi 44 fasal.
3. Menyentuh bidang kuasa raja dalam pemerintahan.
4. Menyentuh bidang kuasa pembesar dalam pemerintahan
5. Menyentuh pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
6. Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam.
7. Hukuman terhadap kesalahan keluarga.
8. Permasalahan ibadah.
9. Jenis- jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.
Undang-undang Laut Melaka.
1. Dipengaruhi oleh adat dan agama Islam
2. Menyentuh tatacara pelayaran di laut.
3. Tanggungjawab pengawal kapal.
4. Peraturan cara pelayaran.
5 Peraturan cara perniagaan
6. Bidang kuasa nakhoda kapal.
7. Hukuman terhadap kesalahan jenayah di laut.
Warisan Negeri-Negeri Melayu
► Huraikan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-negeri
Melayu.
1. Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor,Perak dan Pahang berdasarkan
sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
3. Menggunakan gelaran sultan pada awal nama masing-masing.
4. Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah
bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan, dan
sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhta.
5. Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesarnya
disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
6. Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk
disesuaikan dengan unsur tempatan.
7. Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar,bersiram dan
berarak dengan iringan alat-alat kebesaran.
8. Cop Mohor digunakan dalam urusan resmi untuk melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran.
9. Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung ubur-ubur bewarna kuning ketika
baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.
10. Nobat akan dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan.
11. Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
12. Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan dengan raja disebut bahasa dalam seperti
patik,beta,bersiram,mangkat dan sebagainya.
13. Menggunakan warna putih dan kuning untuk sultan dan kerabat raja.
14. Menjunjung duli menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.
15. Pakaian dan perhiasan raja dan raja perempuan diperbuat daripada emas dengan tatah
permata penuh dengan unsur-unsur seni.
► Namakan Perlembagaan Johor.
Undang- undang Tubuh Kerajaan Johor.
► Namakan pengasas dan tahun perlembagaan Johor digubal.
Sultan Abu Bakar pada tahun 1895
► Nyatakan kandungannya.
1. Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta kerajaan.
2. Mengandungi pengiktirafan orang Melayu Johor sebagai rakya Johor.
3. Menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi.
► Jelaskan kedudukan sultan berdasarkan perlembagaan Johor.
1. Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam.
2. Raja,menteri dan jemaah pangkuan negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa luar.
3. Raja berkuasa melantik Menteri Besar dan Naib Menteri Besar dipilih oleh Jemaah Menteri
dengan perkenan raja.
► Nyatakan struktur pentadbiran negeri Johor.
Majlis Mesyuarat Kerajaan
1. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,Majlis Negeri yang mempunyai kuasa
perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksana.
2. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sabagai Yang Dipertua dan berfungsi
membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.
3. Jemaah Menteri pula terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanan
kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri berbangsa Melayu,beragama Islam dan
merupakan rakyat Johor.
4. Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan
memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor.
5. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa apabila
dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau
dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.
6. Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh pemerintah untuk membentuk
kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
7. Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem
pentadbiran bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.
► Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan.Jelaskan.
1. Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I dengan melantik beberapa orang
pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.
2. Sultan Muhammad II telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan
lapan badan Jemaah Menteri.
3. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing dianggotai oleh empat
orang pembesar.
4. Terdapat lapan jemaah menteri yang menguruskan pentadbiran di Kelantan.
Jemaah Penasihat Raja
Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
Jemaah Menteri Istana
Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan.
Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman
Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
Jemaah Menteri Dalam Menteri
Menjaga keamanan negeri.
Jemaah Menteri Luar Negeri
Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negara.
Jemaah Menteri Perbendaharaan
Mengendalikan harta benda dan hasil mahsur.
Jemaah Menteri Peperangan
Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri.
-Menguruskan kemajuan dan pembanggunan negeri.
-Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut
kuasa dan menggantikannya dengan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
-Golongan pembesar membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.
► Terangkan Undang – Undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang diperkenalkan oleh
Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1881 hingga 1918.
1. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Terengganu yang dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud
keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.
2. Undang-undang ini berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
3. Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang
British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
4. Masih mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa
kepada agama Islam,iaitu sebagai agama negeri.
5. Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja berpelembagaan.
6. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan merupakan
waris Sultan yang memerintah Terengganu.
7. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri dalam melaksanakan
pemerintahan.
8. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,berbangsa
Melayu,rakyat Terengganu,serta mengaku taat setia kepada Sultan dan kerajaan.
9. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
10 Jemaah Menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
11. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk
mentadbir negeri,menggubal undang-undang dan peraturan negeri,menjaga kebajikan
rakyat,menjaga keamanan dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.
12. Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada
menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
13. Pemerintah Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan
mantap untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan.
14. Perlembagaan bertulis menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk
meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng untuk mengekalkan
kedaulatan negeri.
► Apakah gelaran tertinggi pemerintah di Negeri Sembilan.
Gelaran iailah Yang Dipertuan Besar.
► Terangkan peranan Undang dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan
1. Undang dipertanggungjawab melantik Yang Dipertua Besar.
2. Menjadi perunding dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar.
3. Menjadi ketua luak.
► Senaraikan empat luak utama di Negeri Sembilan.
1. Rembau 2. Johol 3. Sungai Ujong 4. Jelebu
► Jelaskan unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.
1. Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan adat pepatih, iaitu
kedaulatan berada di tangan rakyat.
2. Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh
Buapak,Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
3. Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang,Lembaga,Buapak dan Anak Buah walaupun Yang
Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
4. Setiap keputusan yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan
Undang.
5. Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga.
6. Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
7. Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat
bertanggungjawab terhadap suku masing- masing.
8. Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
9. Buapak merupakan Ketua Perut menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah,
khususnya,yang berkaitan dengan adat..
10. Setiap anggota Perut dikenali sbagai Anak Buah.
11. Sistem mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat menunjukkan sistem
pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi.
► Apakah peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih.
1. Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
2. Semangat gotong royong,dalam sebarang pekerjaan.
3. Saling menghormati di antara satu sama lain.
4. Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
5. Semangat bekerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.
Macam mana nak buat prbezaan tjuk ni dngn zaman sekarang?
ReplyDeleteMacam mana nak buat prbezaan tjuk ni dngn zaman sekarang?
ReplyDeletesaje nk tinggalkan jejak..hehe
ReplyDeletesaje nk tinggalkan jejak..hehe
ReplyDeletenak tanya , apakah lambang-lambang Kesultanan Melayu Melaka yang masih kekal sehingga sekarang?(5markah)
ReplyDeleteNak tanya apakah kesan buruk realpolitik ye?
ReplyDeleteIni ke jawapannya:-
1)tipu helah
2)pemalsuan dokumen
3)provakasi
4)penipuan
5)ugutan
6)peperangan
Betul ke?
betul laa logik kott bole pikir sendiri..common sense laa bro aduhh
DeleteNak tnya sebab ap negara Malaysia unik berbanding dgn negara² lain dalam pembentukan negara Dan bangsa ?
ReplyDeleteApakah cara yang dilakukan oleh count camilio benso de cavour dan otto eduard van bismarck untuk menyatukan negara mereka?
ReplyDeleteNak tanya apa cara yng dilakukan oleh count camilio benso de cavour dan otto eduard van bismarck untuk menyatukan negara mereka?
ReplyDeleteRealpolitik
Delete