Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TG5 - BAB 2

BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British.

► Apakah yang dimaksudkan gerakan nasionalisme?

Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

► Bilakah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

Berlaku sejak abad ke-19.

► Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan terhadap British di tanah Melayu,

Sabah dan Sarawk pada abad ke -19.

Tokoh Tempatan Lokasi Penentangan

Penghulu Dol Said -Naning, Melaka

Linggir -Batang Lupar, Sarawak

Rentap -Kubu Nanga Skrang,Sarawak

Syarif Masahor & patinggi Abdul Ghapur -Kanowit,Sarawak

Mat Salleh -Di Persisir pantai Sabah

Dato’ Maharaja Lela -Pasir Salak, Perak

Yam Tuan Antah -Sg Ujung, Negeri Sembilan

Dato’ Bahaman -Lubuk Terua/Kuala Tembeling

Dan Jeram Ampai, Pahang.

Tok Janggut -Pasir Puteh, Kelantan

Hj Abdul Rahman Limbong -Kuala Berang, Terengganu

► Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.

1. Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik menyebabkan kawasan

yang dijajah terikat dengan peraturan British. Misalnya Naning dipaksa menjadi jajahan

takluk British dan membayar ufti menyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said

dengan British.

2. British ditentang kerana menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka melalui

perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan membolehkan saudagar dari Negeri-

Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

3. British memaksakan penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai,

undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa

setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan

Mereka dan dikenakan cukai tanah yang bertentangan dengan amalan tradisi.

4. British bertindak campur tangan dalam adat resam tempatan.Misalnya di Perak, J.W.W Birch

telah campur tangan dalam adapt resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini,

Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

5. British memaksa menerima nilai-nilai dan budaya Barat yang bertentangan dengan budaya

masyarakat tempatan.

6. Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran serta

anak buah setelah penjajahan.

7. Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.

8. Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan.

► Jelaskan peristiwa penentangan Dol Said terhadap British di Naning.

1. Tidak bersetuju dengan tindakan British meletakan Naning sebagai sebahagian daripada

wilayah takluknya.

2. Mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti

kepada negeri Melaka.

3. British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1931 dan pasukan

British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said.

4. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali, dari Rembau, Syed Shaban,

Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan 150 tentera British pimpinan Kapten Wyllie.

5. Pada akhir tahun 1832,British dengan 1200 tentera sekali lagi menyerang Naning.

6. British berjaya mengalahkan tentera Dol Said, kerana tidak mendapat bantuan.

7. Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.

► Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin Sarawak terhadap James Brooke.

1. Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan

bantahan daripada pemimpin tempatan.

2. James Brooke menyerang pemimpin yang enggan menyerahkan daerah mereka kapada

beliau.

3. Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat

Batang Lupar.

4. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar

Menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan pengikutnya tewas.

5. Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang

Iban di sungai Skrang yang dianggap sebagi lanun.

6. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang

kezaliman.

7. James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung menyebabkan Rentap

dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka diserang.

8. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap dan beliau terpaksa berundur ke Ulu

Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

9. Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak

penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.

10. Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

11. James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah

Menyerang kubu tersebut.

12. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching,

tetapi gagal.

13. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada

British di Singapura.

14. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh

Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

► Terangkan peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

1. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan

Sungai Sugut.

2. Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai

kepala dan surat perahu.

3. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB sebaliknya pegawai-pegawai

syarikat tidak memberi layanan malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

4. Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung menyebabkan Mat Salleh

Terpaksa melarikan diri.

5. Pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap

kubu SBUB di Pulau Gaya.

6. SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan

kepada beliau.

7. SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB tetapi

dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

8. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

► Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Maharaja Lela ke atas British di Perak.

1. Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang tempatan

yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.

2. Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan serta penduduk

tempatan terhadap British.

3. Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian

Pangkor 1874.

4. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

5. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

6. Para pembesar menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal tempatan.

7. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

8. Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangi oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke

menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak terhadap campur

tangan British.

9. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di Durian

Sebatang antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu bertujuan

menentang undang-undang British.

10. Selepas bermesyuarat Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W Birch manakala

Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

11. Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku penentangan

terhadap British.

12. Mat Arshad, orang suruhan British,dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal

poster cukai di Pasir Salak.

13. Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan Dato’

Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.

14. Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak

menyebabkan Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

15. Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris

sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

16. Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor,Pandak Lam,Seputum dan Pandak Induk

dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor.sultan Abdullah,Menteri

Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulai Seychelles.

► Terangkan penentangan Yam Tuan Antah terhadap British di Sungai Ujong.

1. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar menentang kemasukan dan penguasaan

British di Sungai Ujong.

2. Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British.

3. Pada masa yang sama beliau menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong yang mempelawa

British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka berebut kawasan sempadan untuk

mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Neger- Negeri Selat.

4. Dengan kerjasama British,Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’

Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujung.

5. Dato’ Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor tetapi kembali semula ke Sungai Ujong dan

menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.

6. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura manakala Dato’

Kelana Syed Abdul Rahman menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan

British.

7. Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai yang membolehkan

penguasaan British di Sungai Ujong.

► Jelaskan penentangan Dato’ Bahaman terhadap British di Pahang.

1. Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang- undang British yang bertentangan dengan

adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil

tanah,sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar oleh Residen British di Pahang.

2. Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ bahaman sebagai Orang

Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

3. Dato, Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu

menentang British selama lima tahun.

4. Siri penentangan Dato’ Bahaman dengan menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,

kawasan pengaruhnya.

5. Menyerang British kerana menangkap anak buahnya diikuti serangan dan menawan semula

Lubuk Terua serta menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

6. British bertindakbalas dengan menghantar tentera menyerang Jeram Ampai menyebabkan

Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.

7. Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala tok Gajah dan keluarganya menetap di

Hulu Terengganu.

8. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok diberikan perlindungan politik oleh

Raja Chulalongkorn dan menetap di Chieng Mai serta meninggal dunia di sana.

► Jelaskan penentangan Tok Janggut terhadap British di Kelantan.

1. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat

British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.

2. Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh

Pegawai Daerah Pasir Puteh.

3. Pihak Polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.

4. Pada tahun 1915, Tok Janggut,Pembesar dan rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir

Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.

5. Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut

sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

6. British menggunakan nama Sultan Kelantan membawa masuk pasukan tentera dari Negeri

Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus mendarat di Tumpat dengan menyerang di

Saring.

7. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah

menyebabkan Tok Janggut terkorban..

8. Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan

kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang

berani menentang British.

► Terangkan penentangan Haji Abdul Rahman Limbong terhadap British di Terengganu.

1. Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak menentang British kerana tidak berpuas hati

dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British di Terengganu.

2. Beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa

menghiraukan peraturan tanah British.

3. Beliau bersama 300 orang penduduk kampung membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah

Ibn Sultan Zainal Abidin III dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.

4. British berasa bimbang dan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat

disuraikan.

5. Penduduk tempatan yang marah melancarkan serangan bersenjata terhadap dasar British

berjaya menduduki banggunan kerajaan di Kuala Berang.

6. Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.

7. Dengan menggunakan kuasan dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga

orang pembesar Sultan menawan semula Kuala Berang.

8. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.

9. Sepasukan polis seramai 25 orang menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan

kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.

10. Haji Abdul Rahman Limbong pula diserang oleh seramai 50 orang polis yang dibawa dari

Singapura berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

► Apakah pengajaran yang diperolehi penentangan pemimpin tempatan menentang penjajah.

1. Patut kita contohi telah menunjukkan semangat cintakan negara yang tinggi kerana sanggup

berkorban untuk bangsa.

2. Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang

penjajahan British.

3. Sikap berdisplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya.

4. Kekalahan mereka dalam perjuangan itu adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.

5. Kita perlu menimba ilmu pengetahuan supaya tidk di jajah.

6. Perlu perpaduan di kalangan pemimpin supaya musuh dapat ditentang secara serentak.

► Pada pendapat anda mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British

mengalami kegagalan.

1. Pejuangan pemimpin tempatan bercorak setempat memudahkan British menghapuskan

penentangan dalam jumlah yang kecil.

2. Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan luar sepertimana serangan British ke atas Dol

Said kali yang kedua.

3. Terdapat pemimpin tempatan yang bersengketa memberi peluang kepada British campur

tangan seperti pemusuhan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong.

4. Menggunakan kesempatan atas arahan Sultan British bertindak untuk menghapuskan

penentangan seperti yang berlaku di Terengganu menyebabkan rakyat tidak menentang

kerana taat setia rakyat kepada Sultan.

5. British menggunakan peralatan dan teknologi yang canggih walaupun dalam jumlah tentera

yang kecil dapat mengalahkan pemimpin tempatan yang jumlah bilangan tentera yang besar.

6. British mendapat bantuan tentera daripada luar seperti dari Singapura,Burma dan India.

7. Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan British seperti di Perak dan Kelantan.

8. Sulatan menghadapi tekanan daripada British seperti di Perak, Terengganu dan Kelantan

yang membolehkan pemimpin tempatan di bunuh dengan kejam.

► Tok Janggut dibunuh dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu kemudian di gantung

dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di pasar oleh British. Apakah pandangan

anda mengenai peristiwa tersebut terhadap British?

1. Sikap kejam penjajah dan tidak berperikemanusiaan.

2. Sanggup bertindak dengan apa saja untuk mencapai matlamat.

3. Menunjukkan sikap tidak bertamadun Barat.

4. Sebagai penghinaan terhadap penduduk peribumi.

► British bertindak menghukum Haji Abdul Rahman Limbong dengan membuang negeri ke

Mekah.

Pada pendapat anda mengapakah British bertindak sedemikian.

1. Beliau seorang ulama yang terkenal.

2. British bersikap bertimbang rasa terhadap ulama.

3. Mekah adalah tempat tinggal yang sesuai ulama.

4. Di sana beliau dapat mendalami ilmu agama.

5. Beliau boleh menjadi tenaga pengajar agama.

6. Boleh menunai ibadat haji dan umrah.

7. Melenyapkan pengaruh beliau kerana Mekah jauh dari Tanah Melayu.

8. Mengambil hati penduduk tempatan supaya tidak melakukan pemberontakan.

Faktor – faktor Pemangkin Nasionalisme.

► Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada

abad ke 20.

1. Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional meletakkan seorang

Residen dan Pegawai British mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar

tempatan.

2. Kemunculan golongan intelek Melayu dari pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular

Melayu meningkat kesedaran bangsa Melayu menolak penjajahan British.

3. Dasar British menggalakkan kemasukan orang dagang untuk melabur,berniaga,berdagang,

bekerja dan menetap di Tanah Melayu dengan menguasai ekonomi dalam bidang

perlombongan,perladangan dan perniagaan manakala orang melayu kekal dalam

penanaman padi.

4. Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan

orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.

5. Dasar British telah memundurkan taraf hidup orang Melayu menyebabkan golongan intelek

Melayu menjadikanya isu gerakan nasionalisme.

6. Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan

negara-negara Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan tetapi kekejaman Jepun

menimbulkan kebencian penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

7. Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada tahun 1945 membangkitkan

semangat menentang penjajahan kerana kekejaman dengan membunuh orang Melayu.

8. Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan buku,akhbar,majalah dan kitab agama

untuk menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan dengan meluas.

9. Gerakan Pan Islamisme sedunia melahirkan Reformis Islam syeikh Muhammad Abduh

membangkitkan kesedaran pemahaman Islam untuk menentang penjajahan terhadap

negara-negara Islam yang disebarkan dalam majalah al- Manar.

10. Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis dan karya mereka menjadi bacaan

masyarakat di Tanah melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap

penjajahan.

► Apakah yang dimaksudkan Kaum Muda.

1. Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyiah di Timur

Tengah.

► Senaraikan tokoh-tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.

1. Sheikh Tahir Jalaludin,Syed Sheikh al-Hadi, Dr Burhanuddin al-Helmy,Mohd Yunus bin

Abdul Hamid,Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al- Khalili.

► Huraikan sumbangan Syed Sheikh al-Hadi dalam gerakan Islah di Tanah Melayu.

1. Salah seorang pendokong Kaum Muda.

2. Menubuhkan Jelutung Press.

3. Menerbitkan akhbar Saudara memuatkan idea kaum muda.

4 Mendirikan madrasah al-Masyor di Pulau Pinang.

5. Menulis novel Hikayat Faridah Hanum membincangkan kebebasan dan pendidikan kepada

wanita.

► Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda.

1. Mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

2. Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah

gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.

3. Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.

4. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan

orang Melayu.

► Namakan akhbar dan majalah yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan

perjuangan mereka.

1. Al Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara dan Lidah Benar

2. Pengasuh dan al – Ikhwan

► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menyekat perjuangan Kaum Muda.

1. British mengeluarkan undang-undang menyekat pengaruh kaum Muda di Negeri-Negeri

Melayu.

2. Mengeluarkan undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran

Sultan.

3. Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Neger-Negeri Melayu.

Mengenakan hukuman yan berat kepada sesiapa yang mencetak tulisan berhubung agama

Islam tanpa kebenaran Sultan.

4. Meminta mufti atau pegawai yang dilantik oleh Sultan menapis segala tulisan berhubung

agama Islam.

► Apakah kejayaan yang dicapai oleh kaum Muda dalam perjuangan mereka di Tanah Melayu.

1. Berjaya menentang pengaruh Kaum Tua berhubung dengan ajaran Islam yang sebenar.

2. Berjaya menubuhkan madrasah iaitu sekolah Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol.

3. Menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat seperti farzu

ain.Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.

4. Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat pendidikan.

5. Berjaya membawa idea nasionalisme peringkat awal di Tanah Melayu.

► Terangkan perkembangan gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda di Tanah

Melayu pada abad ke 20.

1. Peringkat awal ditentang oleh Kaum Tua yang menguasai fahaman masyarakat Melayu

tentang Islam hanya berkaitan dengan akhirat dan fardu ain sahaja.

2. Gerakan ini hanya bergerak di Negeri- Negeri Selat sahaja kerana terdapat undang-undang

dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda.

3. Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa

kebenaran Sultan.

4. Undang- undang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke

negeri-negeri tersebut.

5. Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menjalankan sistem pendidikan Islam yang

meliputi untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain,ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

6 Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan

pendidikan.

► Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920 an dan 1930 an.

1. Warta Melayu 2. Lembaga Melaya 3. Majlis

4. Utusan Melayu 4. Warta Negara.

► Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920- an dan

1930- an.

1. Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu.

2. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

3. Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dan tidak berusaha.

4. Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.

5. Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.

6. Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.

7. Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi.

8. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.

9. Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan islam.

10. Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

► Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang

dunia Kedua.

1. Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh orang Melayu.

2. Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana akan mengancam

ekonomi penduduk pribumi.

3. Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

4. Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.

5. Menyeru orang Melayu berjimat cermat.

6. Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

► Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua.

1. Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

2. Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana gagal memimpin rakyat.

3. Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

4. Menuntut di adakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam

perkhidmatan kerajaan

5. Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.

6. Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

► Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

1. Majalah Guru 2. Pengasuh 3. Bulan Melayu.

► Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua.

1. Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas anak- anak Melayu.

2. Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.

3 Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.

4. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu.

5. Memajukan bahasa dan sastera Melayu.

6 Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

7. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.

8. Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam.

9. Memperluaskan ilmu dalam semua bidang.

10. Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.

11. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

12. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.

13. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

14. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

► Novel Keris Melaka,Anak Mat Lela Gila,Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur

bertemakan semangat kebangsaan, jelaskan.

1. Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat seperti Portugis.

2. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah.

3. Menggunakan sejarah sebagai Inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat

perjuangan bangsa bagi generasi muda.

4. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.

5. Menghargai warisan bangsa sendiri.

6. Mencintai tanah air.

7. Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

8. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah.

9. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.

10 Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu

menjatuhkan maruah bangsa.

11. Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan.

12. Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan diri.

13. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

► Pada pendapat anda, mengapakah akhbar dan majalah sesuai menaikkan semangat

nasionalisme orang Melayu.

1. Orang Melayu boleh membaca akibat daripada perkembangan sistem pendidikan.

2. Mampu dibeli kerana harganya murah.

3. Sesuai untuk menyebarkan tentang sesuatu isu dan idea.

4. Memaparkan cerita yang benar berlaku.

5. Dapat berkembang secara meluas ke kawasan luar bandar.

6. Menjadi bahan bacaan utama orang Melayu.

7. Perkembangan teknologi percetakan.

8. Peranan yang dimainkan oleh persatuan,pertubuhan dan penulis.

► Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dalam gerakan nasionalisme di

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum perang Dunia Kedua.

Kesatuan Melayu Singapura

1. Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura dengan Mohammad

Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.

2. Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

mendesakan kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperolehi sebuah

kawasan penempatan khas bagi orang Melayu Singapura.

Persatuan Sahabat Pena Malaya

1. Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar mewujudkan perpaduan bagi

memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

2. Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam

soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

Persatuan Melayu Sarawak

1. Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah

bangsa,serta menegakkan ajaran agama Islam.

Persatuan sahabat Pena Sabah

1. Mewujudkan perpaduan di kalangan anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga

kecil,pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Kesatuan Melayu Muda

1. Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.

2. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.

3. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan

Indonesia.

Kongres Melayu

1. Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.

2. Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.

3. Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik.

4. Mengatasi perasaan kenegeriaan yang memisahkan orang Melayu.

► Apakah Melayu Raya atau Indonesia Raya.

1. Slogan atau cita- cita politik sebahagian kecil orang Melayu dibawah Kesatuan Melayu Muda.

2. Mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit,srivijaya dan

Melaka.

3. Idea negara Melayu Malaya dicetuskan oleh abdul Hadi Hassan Pensyarah Maktab

Perguruan Sultan Idris.

4. Menjadi matlamat perjuangan KMM menubuhkan negara untuk bergabung dengan Indonesia

mencapai kemerdekaan daripada penjajah British.

► Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuang semangat

nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

1. KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.

2. Matlamat penubuhan untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh

Semenanjung.

3. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.

4. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan

Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

5. KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah

Melayu.

6. Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat

propaganda anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

7. KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda

menentang British.

8. Maahad II Ihya Assyariff,di Gunung Semanggol menjadi penyokong KMM dengan

menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British.

9. Ibrahim Haji Yaakob,Ishak Haji Muhammad, dan 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh

British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi,Singapura.

► Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat semangat kebangsaan penduduk

tempatan semasa Jepun menjajah di Tanah Melayu.

1. Menjalankan pemerintahan ketenteraan.

2. Menyekat kebebasan bersuara penduduk di Tanah Melayu.

3. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong dan bergerak di bawah

pengawasannya.

4. Mengharamkan penerbitan semua akhbar.

5. Menukarkan nama akhbar temapatan kepada nama Jepun seperti Malai Shibun untuk

Utusan Melayu.

6. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.

7. Menerapkan nilai budaya Jepun dalam kehidupan seharian.

► Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah

Melayu di antara tahun 1941 hingga 1945.

1. MPAJA- Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah

dengan bantuan senjata oleh pihak British.

2. Gerila- Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.

3. Bintang tiga- Pasukan bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga

kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara

gerila.

4. Force 136- Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136 keanggotaan terdiri

daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British,bergerak

secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,Johor dan Pahang.

5. Wataniah-Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela menentang Jepun terdiri

daripada guru,pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan

Jepun.

Wednesday, December 1, 2010

SEJARAH TG 5 - BAB 1

MODUL SEJARAH TINGKATAN LIMA

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

A Imperialisme Barat di Asia Tenggara

► Apakah yang dimaksudkan Imperialisme Barat?

1. Dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilauahnya dengan menjajah Negara

Lain.

2. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke 16.

3. Kegiatan ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai politik, ekonomi dan social

Kawasan ini.

► Senaraikan Negara Imperialis Barat dan Negara Asia Tenggara yang dijajah.

Imperialis Barat Negara yang dijajah

Potugis Melaka dan Timor-timur

Sepanyol Filipina

Belanda Indonesia

Britain Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Burma

Peranchis Indochina

Amerika Syarikat Filipina

► Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara.

1. Kedudukan yang strategic kerana terletak di antara China dan India menarik minat

Imperialisme Barat

2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah,

Kelapa sawit dan tembakau

3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum

4. Kepesatan sector perindustrian membolehkan pengeluaranpelbagai hasil perkilangan

besar-besaran dan memerlukan bahan mentah secara konsisten

5. Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil pengeluaran kilang.

6. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dan mempercepatkan

Perjalanan antara Barat dengan timur serta menjimatkan kos pengangkutan

7. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan,

Selamat dan menjimatkan kos di antara Barat dan Timur

8. Penciptaan telegraf dapat menghubungkan antara Barat dengan Timur memberikan arahan

Kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dan wakil perniagaan dengan lebih cepat dan

Berkesan

9. Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara di Asia Tenggara menjadi

Mangsa imperialisme kerana keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaa

10. Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam

Imperialisme mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.

11. Merasakan bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kearah kehidupan yang lebih

Sejahtera

12. Peranchis dengan slogan tugas menyebarkan tamadun di Timur melalui mubalgh kristian

Menyebarkan nagama kristian kepada penduduk tanah jajahan.

► Terangkan sebab-sebab keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat imperialisme Barat.

1. Kedudukan yang strategic kerana erletak di antara China dan India menarik minat

imperialisme Barat.

2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah,

Kelapa sawit, dan tembakau.

3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum

4. Penduduk yang ramai dengan pasaran yang luas.

► Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh imperialisme Barat di Asia Tenggara

1. Memperkenalkan sistem birokrasi barat menggantikan pemerintahan beraja

2. Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

3. Pelaksanaan pentadbiran melalui biro atau jabatan untuk melicinkan pentadbiran

4. Pelantikan gabenor general sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan

5. Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro mengawasi pegawai diperingkat bawah

6. Pengenalan undang-undang Barat

7. Pemerintahan tempatan dipaksa menerima penasihat dan pentadbir Barat

8. Penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Jabatan Pertanian dan Jabatan

Pelajaran

► Apakah yang dimaksudkan Encomienda

1. Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Sepanyol diketuai oleh Encomiendero

2. Tugas encomindero menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk

Barangay

► Mengapakah rakyat Filipina menentang sistem Encomienda

1. Mengenakan cukai yang tinggi

2. Menjalankan kerahan tenaga

3. Memaksa penduduk bekerja di ladang-ladang

► Terangkan perubahan pentadbiran Filipina semasa penjajahan Sepanyol

1. Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah

2. Ketua Datuk Bandar mentadbir wilayah

3. Gabenor kecil bertindak mentadbir Bandar

4. Pentadbiran pada peringkat tempatan dilaksanakan di bawah sistem Encominda yang

Diketuai oleh Encomindero

5. Penyatuan barangay dikenali encomienda telah menyebabkan kemerosotan terhadap

Sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu

► Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia

1. Memperkenalkan pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral menggantikan

Pemerintahan beraja

2. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai

Belanda menggantikan pembesar daerah atau bupati

3. Penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian

4. Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa

Perundangan

5. Penubuhan Volksraad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah

Kemerdekaan atas desakan Sarekat Islam

► Nyatakan sistem penjajahan di Burma sebelum kedatangan British

1. Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di

Di bawah dinasti Konbaung

2. Raja sebagai ketua pemerintah dan penaung kepda sami Buddha

3. Terdapat Hluttaw atau Majlis diraja

4. Di peringkat pusat terdapat pegawai tinggi kerajaan yang membantu raja

5. Di peringkat Bandar terdapat myothugyi atau ketua Bandar mengetuai pentadbiran

6. Pegawai diraja atau Ahmudan terdiri daripada pegawai khas raja

7. Athi atau pembesar-pembesar tradisional mengetuai pentadbiran daerah

► Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan di

Burma

1. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma menghapuskan sistem

Beraja Dinasti Konbaung dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat

2. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889

Telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional

3. Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok (pegawai bandaran)

4. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dengan penubuhan Majlis Perundangan

5. Menubuhkan beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, kesihatan dan pelajaran

► Terangkan sistem pentadbiran tradisional di Indochina sebelum penjajahan Peranchis

1. Negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang

Memberikan kuasan penuh kepada pembesar tempatan

2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin adalah pengaruh Tanah Besar China

3. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China

► Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Peranchis di Indochina

1. Pernchis membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise

Terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos

2. Pentadbiran di Indochina di ketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggung

Jawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris

3. Leftenan Gabenor mengetuai pemerintah wilayah jajahan atau naungan diikuti Residen

Jeneral dan Residen Wilayah

4. Semua rang undang-undang di Indochina diluluskan oleh Parlimen Peranchis

5. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu mem-

Bayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga

► Jelaskan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh penjajah British di Tanah Melayu

1. Penaklukan portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja dan pentadbiran

Diketuai oleh kapten

2. Semasa pemerintahan Belanda, instisusi raja ini terus terhapus

3. Pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi

Negeri-negeri Selat

4. Gebenor merupakan pemerintah tertinggi negeri-negeri selat dan dibantuoleh residen

Kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut

5. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan N. Sembilan,

British telah memperkanalkan sistem residen

6. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Kedah Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Johor British memperkenalkan sistem penasihat

7. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Ganenor negeri-negeri Selat

8. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati sultan dalam semua

Perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

9. British telah memperkenalkan sistem kehakiman Barat

10. Melaksanakan sistem pemungutan cukai tanah dan hasil hutan

11. Pentadbiran negeri dibahagikan kepada beberapa daerah

12. Penubuhan Balai Polis untuk mengawal keselamatan

13. Peranan raja dan pembesar Melayu terjejas hanya berkuasa dalam agama dan adat

Istiadat

14. Pentadbiran pada peringkat kampong oleh penghulu dikekalkan

► Jelaskan pentadbiran Thai di bawah pemerintahan Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn

1. Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

2. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai Jabatan

Di samping melatih pegawai-pegawai tempatan

3. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain, penasihat kastam dan

Ketenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat dan Peranchis

4. Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat

Tertinggi dan Kebinat Menteri

5. Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara

6. Pada tahun 1932, sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenal-

Kan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak

► Huraikan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradisional di

Asia tenggara

1. Sistem pemerintahan beraja terhapus seperti yang berlaku di Indonesia dan Burma diganti

Dengan Gabenor Jeneral

2. Di Tanah Melayu walaupun sistem pemerintahan beraja dikekalkan tetapi peranan raja

Hanya berkuasa dalam bidang agama dan adapt istiadat

3. Daerah dan wilayah disatukan dan letakkan dibawah pentadbiran pusat yang diketuai oleh

Gabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi

4. Peranan pembesar daerah yang mengetuai pentadbiran daerah terhapus dan digantikan

dengan Pegawai Barat

5. Walaupun jawatan Penghulu dan pembesar tempatan dikekalkan tetapi tugas mereka

Sentiasa diawasi oleh pegawai Barat

6. Tugas pembesar diperingkat pusat digantikan dengan biro atau jabatan yang diketuai oleh

Pegawai barat

7. Sistem perundangan tradisional terhapus dan digantikan dengan sistem perundangan barat

Dengan mewujudkan badan kehakiman dan mahkamah

8. Raja dan pembesar yang bertindak mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat dengan

Memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan peraturan tanah yang ketat

9. Menubuhkan balai polis untuk mengawal keselamatan menggantikan tugas pembesar

Daerah

10. Menghapuskan sistem orang suruhan yang dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional

11. Birokrasi Barat yang mengambil alih peranan raja dan pembesar membawa kepada

Tercetusnya gerakan nasioalisme di Asia tenggara

► Apakah yang dimaksudkan nasionalisme.

1. Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan

Tanahair daripada dijajah.

2. Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

► Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

Pada awal abad ke – 20.

1. Dasar penjajahan barat menimbulkan rasa tidak puashati rakyat kerana:

1.1 Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang kepada

rakyat tempatan dalam system pentadbiran moden.

2.2 Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.

2.3 Dasar penindasan penduduk pribumi dalam ekonomi penjajah seperti sistem

Tanaman paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.

2.4 Mewujudkan sistem kelas golongan elit dengan golongan rakyat yang

Mewujudkan jurang social dikalangan rakyat tempatan.

2.5 Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran yang menguasai

ekonomi tempatan.

2. Pengaruh agama berjaya menyatukan raktyat tempatan untuk menghadapi penindasan

dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.

Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia

Buddha ( 1906 ) di Burma.

Gerakan Islah yang memperjuangkan Pan Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam

Menentang penjajahan Barat.

Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk

pribumi untuk menentang Sepanyol yang menganggap penganut Kristian tempatan

dianggap kelas dua.

3. Karya kesusasteraan berjaya menyampai mesej kesengsaraan dan kekecewaan

Terhadap penindasan penjajah yang membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.

Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme dirantau Asia Tenggara.

Di Indonesia,cerpen Kerikil-kerikil Tajam Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.

Di Tanah Melayu novel Puteri Gunung Tahan karya Pak Sako berjaya membangkitkan semangat nasionalisme.

4. Mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan mengutamakan

sekolah menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

5. Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah kepada rakyat dan

Pendidikan Barat terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.

Indonesia,anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan

Daripada anak orang kebanyakan bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat

Tempatan.

Di Burma, pendidikan secular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah menjadi

Ancaman terhadap sekolah Buddha.

DI Tanah Melayupula, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat pekerjaan berbanding

lepasan sekolah Inggeris.

6 Kemunculan golongan intelektual yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan

di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam telah menyedarkan

mereka untuk memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

7. Pengaruh Media Massa seperti akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalis

dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Contohnya:

Di Vietnam, Tribute Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh.

Di Tanah Melayu, al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.

8. Perkembangan dalam system pengangkutan jalan keretapi dan jalan raya memudahkan

Rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

9. Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan dikalangan

nasionalis.

10. Pengaruh luar mencetuskan nasionalisme dengan kejayaan Jepun menewaskan China

Pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 memberi keyakinan akan keupayaan

Sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.

11. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British dengan mengadakan mogok

Lapar telah memberikan inspirasi kepada nasionalis.

► Bagaimanakah pendedahan kepada dunia luar mempengaruhi kebangkitan gerakan

Nasionalisme di Asia Tenggara.

1. Kejayaan Jepun mengalahkan China pada tahun 1895.

2. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905.

3. Berlaku revolusi di China pada tahun 1911.

4. Berlaku Revolusi Rusia pada tahun 1917.

5. Perkembangan dalam system pendidikan menyebabkan penduduk mendapat idea baru

Seperti sosiolisme,liberalisme dan demokrasi.

6. Golongan pelajar islam melanjutkan pelajaran di Asia Barat didedahkan pengaruh

Pembaharuan oleh Muhammad Abduh menentang penjajahan Barat.

7. Penentangan Mahatma Gandhi dengan mengadakan mogok lapar menentang penjajah

British.

8. Pengaruh media massa, seperti radio, telegraf akhbar dan majalah menyebabkan idea- idea

Dari luar menjadi alat berkesan kepada nasionalis.

9. Kejayaan Jepun menjadi kuasa yang kuat di Timur dengan meniru teknologi Barat

mempengaruhi gerakan menentang penjajah.

10. Perkembangan pengaruh nasionalisme di Turki memberi inspirasi menentang penjajah.

► Terangkan cirri- ciri pergerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.

1. Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat.

2. Mengutamakan pendidikan bangsa.

3. Tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

4. Penentangan lebih bersifat individu atau kumpulan yang tidak beroganisasi.

5. Menggunakan isu-isu kebudayaan,agama dan hak peribumi sebagai mencetuskan gerakan

nasionalisme.

6. Gerakan dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.

7. Para pemimpin nasionalis menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.

8. Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.

► Jelaskan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

1. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal melakukan penentangan secara revolusi.

2. Beroganisasi melalui penubuhan pertubuhan politik dianggotai oleh rakyat.

3. Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan barat serta berpengetahuan luas dalam bidang

kebudayaan.

4. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan.

5. Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

► Senaraikan tokoh dan pertubuhan politik yang dipimpin menentang penjajahan

di Asia Tenggara.

Tokoh Pertubuhan

Andres Bonifacio Katipunan

Soekarno Parti Nasionalis Indonesia

Nguyen Thai Hoc Parti Viet Nam Quoc Dang Dang

Ho Chi Minh Parti komunis Vietnam

Aung San/ Kyaw Nein/ U Nu Parti Dobama Asiayone

► Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.

1. Mendahului Negara lain di Asia Tenggara gerakan nasionalisme merupakan gerakan dakyah

Yang dipimpin oleh Jose Rizal.

2. Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.

3. Menuntut bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi bangsa Sepanyol.

4. Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

5. Setelah gagal Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan

Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

6. Kerajaan Sepanyol berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke

Dapitan di Mindanao.

7. Beliau dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

8. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua dengan penubuhan Katipunan

Oleh Andres Bonifacio

9. Penentangan secara radikal dengan matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan

bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

10. Menggunakan media cetak akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada

rakyat.

11. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan

pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.

12. Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh pihak Sepanyol dan pada

tahun 1897 Emilio Aguinaldo memimpin pertubuhan tersebut.

13. Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir

Sepanyol pada tahun 1898.

14. Penyingkiran Sepanyol itu telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.

15. Aguinaldo ditangkap setelah melancarkan revolusi ekoran keengganan Amerika

mengesahkan Pengisytiharan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899.

16. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.

17. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya,iaitu Parti

Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907.

18. Pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui

perlembagaan pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.

► Huraikan perkembangan pergerakan nasionalisme di Indonesia.

1. Tahap pertama memberikan sepenuh tunpuan terhadap isu-isu pendidikan kerana dapat

mengubah nasib rakyat Indonesia.

2. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya

habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan seorang Puteri Jawa telah mendedahkan

kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh kerajaan Belanda.

3. Perjuangannya memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk

menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah.

4. Matlamat pertubuhan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman

sekularisme Barat serta agama Kristian dengan membina sekolah,klinik dan masjid.

5. Tahap kedua gerakan nasionalisme memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal

seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia.

6. PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat

mempengaruhi rakyat Indonesia untuk membebaskan Indonesia secara revolusi.

7. Belanda telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin- pemimpin yang radikal

termasuk Soekarno dipenjara dan buang negeri ke Flores.

8. Parti Nasionalis Indonesia diharamkan oleh Belanda.

9. Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 1945 tetapi kemerdekaan tercapai

pada 1949 dan beliau menjadi Presiden pertama.

► Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di IndoChina.

1. Gerakan awal di IndoChina tertumpu di Vietnam dipelopuri oleh golongan bangsawan dan

Mandarin memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

2. Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan

rakyat dipimpin oleh Phan Boi Chau memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal.

3. Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan

di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.

4. Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.

5. Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan secara radikal oleh Viet

Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV)

6. Perancis bertindakbalas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD termasuklah

menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc dan Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri

ke Hong Kong.

7. Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di

bawah pimpinan Maharaja Bao Dai dan baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan

nasionalisme.

8. Semasa pendudukan Jepun tamat Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan

menjadi Presiden Vietnam Utara yang pertama.

► Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Burma.

1. Tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan

elit berpendidikan Barat.

2. Menubuhkan Persatuan Belia Buddha bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan

memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma.

3. Menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.

4. Pada tahun 1916 persatuan ini dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe

kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma.

5. Tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu Chelsford menyatakan bahawa

Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

6. Pada tahap ini tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk

mereka.

7. Golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi telah mencetuskan

Pemberontakan Saya San diketui oleh Saya San,iaitu bekas pongyi dan pemimpin

di Tharawaddy tetapi gagal.

8. Kemudian muncul pula liga antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya

akan melewatkan kemerdekaan.

9. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang kearah berkerajaan sendiri dan

muncul Golongan Thakin siswazah universiti menubuhkan Perti Dobama Asiayone untuk

menuntut kemerdekaan.

10. Para pemimpinnya terdiri daripada Aung san, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri

mereka sebagai “ Tuan”.

11. Dr Ba Maw yang memenangi pilihanraya pada tahun 1937 telah dilantik menjadi Perdana

Menteri yang Pertama.

12. Aung San mengetuai rombongan kemerdekaan ke Britain dan menubuhkan kerajaan Baru di

Burma yang merdeka pada tahun 1948.

► Walaupun Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh imperialis Barat tetapi gerakan

nasionalisme turut berlaku. Jelaskan.

1. Tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat

diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

2. Dicetuskan oleh golongan intelek Thailand yang mendapat pendidikan Barat yang terdedah

dengan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berpelembagaan.

3. Rakyat tidak berpuashati dengan kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja

Vajiravudh.

4. Parti Rakyat ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall

Phibul Songram.

5. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah

yang menamatkan system raja berkuasa mutlak.

6. Tahap kedua gerakan nasionalisme di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati

rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

7. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang

Untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina sekolah dan akhbar

Cina dibubarkan.

8. Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

9. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.

10. Pada tahun 1939,Phibul Songram telah menukar nama Negara Siam kepada Thailand yang

bermaksud Tanah Bebas.

11. Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya

mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu.