Pages

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH TINGKATAN 4 - BAB 10

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ekonomi Tradisional

► Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional?

i) Bercucuk tanam ii) Menangkap ikan iii) Menternak binatang

iv) Perlombongan v) Memungut hasil hutan

► Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

1. Merujuk kepada ekonomi sara diri dalam masyarakat Melayu.

2. Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan

menangkap ikan.

3. Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,

kenduri kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.

4. Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.

5. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan

makanan.

6. Menggunakan teknologi mudah, peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal dan

tenggala.

7. Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.

8. Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.Kawasan penangkapan dilaut,sungai

atau sawah padi.

9. Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.

10. Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.

11. Aktiviti ekonomi,biasannya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli keluarga sahaja.

12. Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan

perbezaan jantina dan umur.

Ekonomi Dagangan

► Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?

1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah.

2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.

3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah

dan buruh India di ladang.

4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.

6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah.

7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah.

8. Melibatkan lebihan pengeluaran.

► Senaraikan kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan

► Senaraikan jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.

i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah

► Jelaskan kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi

dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.

2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.

4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan

pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.

5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk

meningkatkan industri perlombongan.

6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

► Huraikan perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke 19.

1) Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.

2) Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak

ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.

3) Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor, penanaman gambir dan lada hitam telah

diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.

4) Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar

atau ladang.

5) Pada tahun 1860-an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

6) Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada

era kolonialisme British.

7) Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai

modal,teknologi,serta mendapat konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama.

8) Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri menyebabkan wujudnya dwiekonomi.

9) British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari

China mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

► Apakah yang dimaksudkan sistem kangcu.

1) Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.

2) Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.

3) Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.

4) Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

5) Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga 20 000 ekar.

6) Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

► Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu

pada abad ke -20.

1) Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.

2) Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap

getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.

3) Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang

berusaha membawa masuk getah.

4) Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan

pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.

5) Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara

ibedem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.

6) Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan

pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan letrik.

7) Kemasukkan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada

perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

8) Penubuhan syarikat perwakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti

Harrisons and Crosfield,Boustead Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.

9) Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan

kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.

10) Pembinaan infrastruktur seperti jalanraya serta jalan kereta api untuk menghubungkan

kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dalam pusat pentadbiran.

11) Mebawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang

murah.

12) Berlaku kejatuhan harga kopi.

► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menstabilkan harga getah.

1) Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.

2) Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

3) Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.

4) Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.

5) Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.

6) Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.

7) Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

8) Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

► Huraikan sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga

kedatangan British.

1) Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke -9 lagi.

2) Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh

tempatan.

3) Antara pembesar yang mempunyai lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah

Ibrahim,Raja Jumaat di Selangor dan Datuk Kelana Putera,Datuk Bandar dan datuk Muda

Linggi,di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan).

4) Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.

5) Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.

6) Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata

dan alatan muzik seperti gong.

7) Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai

Pertengahan abad ke -19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.

8) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu

untuk mengusahakan perlombongan.

9) Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada

mereka.

10) Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.

11) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah

dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.

12) Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk

mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.

13) Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan

yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.

14) Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari

Eropah.

15) Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal Eropah kerana kemampuan

mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.

16) Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.

17) Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan

penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.

18) Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan

pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

► Senaraikan wilayah di China penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu.

i)Kwangtung ii)Kwangsi iii)Fukien

► Senaraikan cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

i) Sistem Tiket Kredit ii) Sistem Pengambilan Kakitangan.

iii) Sistem Pengambilan rumah kongsi iv) Kemasukan Berkumpulan.

► Terangkan sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak

abad ke-19.

1) Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.

2) British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor

pertanian dan perlombongan.

3) Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah

Melayu.

4) Orang Melayu tidak menentang imigran Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu.

5) Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong

mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

6) Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.

7) Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

► Bagaimanakah kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu abad ke – 19.

Sistem Tiket Kredit

1) Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-

kampung di negara China oleh kheh-thau atau ketua.

2) Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.

3) Sin Kheh diletakkan dibawah pengawasan nakhoda atau agensi buruh setelah menerima

bayaran daripada bakal majikan.

4) Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang

bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.

5) Sin Kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju

serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

6) Sin Kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai

orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

Sistem Pengambilan Kakitangan

1) Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk

mendapatkan tenaga buruh.

2) Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.

3) Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut

sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

1) Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah

rumah kongsi.

2) Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah

mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.

3) Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan

kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Kemasukan secara berkumpulan

1) Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui

syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.

2) Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan

persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.

3) Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor

pertanian gambir dan lada hitam.

► Apakah yang dimaksudkan dengan kangani

Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh

dari India.

► Bagaimanakah kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke -19.

Sistem Buruh Bebas

1) Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang

sendiri dengan biayaan masing-masing.

2) Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan

ekonomi.

3) Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka

kehendaki.

Sistem Kontrak

Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh

tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan

bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.

Sistem Kangani

1) Seorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar

pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.

2) Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut

sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.

3) Seorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

► Huraikan sejarah perkembangan mata wang di Tanah Melayu.

1) Penggunaan matawang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu

Melaka dalam kegiatan perdagangan.

2) Di negeri-negeri Melayu lain,mata wang turut digunakan seperti dinar emas di

Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu jongkong Tampang di Pahang.

3) Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak

Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

4) Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga

Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat.

5) Pada tahun 1906,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah

digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.

6) Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran

pembangunan dan kepesatan ekonomi.

7) Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk

memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.

8) Dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan

cepat.

9) Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen

pembayar kepada pengeksport dan pengimport.

10) Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah

Melayu.

11) Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The

Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemene Bank Nederland.

12) Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan

hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.

13) Pada tahun 1913, bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu

Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.

14) Bank perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese

Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.

15) Pada tahun 1947,orang Melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali

sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

► Huraikan sejarah perkembangan insurans di Tanah Melayu.

1) Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan

antarabangsa.

2) Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insurans maritim atau lautan,insurans

kebakaran,insurans harta, insurans perniagaan dan kemalangan serta insurans nyawa.

3) Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal

pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.

4) Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan

misalnya, di Kuala Lumpur dan Ipoh.

5) Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan

atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.

6) Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah Boustead and Company di

Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.

7) Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans

tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.

8) Pada tahun 1917, undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan

dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.

9) Pada tahun 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans

Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian

Apakah kesan yang berlaku di Tanah Melayu akibat daripada dasar British memperkenalkan

pertanian dagangan.

1) Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa

seperti kopi,tembakau dan getah.

2) Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

3) Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa

masuk dari China dan India.

4) Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.

5) Melindungi dan mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal

dan pelabur asing.

► Apakah tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu.

1) Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.

2) Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipratikkan masyarakat Melayu tidak sesuai

dengan sistem tanah di Barat.

3) Sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan

yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

4) Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

5) Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus

niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.

6) Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.

7) Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah

peribumi dan tanah perlombongan.

8) Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.

9) Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu

kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.

10) Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip

sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

► Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British ke atas masyarakat

Melayu.

1) Individu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu

sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.

2) Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang

diberikan kepada para pemodal.

3) Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip

sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

4) Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

5) Semua urusan jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar

dengan wang.

6) Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.

7) Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

► Senaraikan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

i) Akta Tanah Simpanan Melayu

ii) Land order

iii) Land Settlement Order

iv) Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi.

► Apakah tindakan yang diambil oleh British bagi mengekalkan tanah pemilikan

peribumi.

1) Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.

2) Akta ini diperlukan untuk menjamain ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.

3) Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.

4) Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana tanah hak milik orang Melayu sebagai

Tanah simpanan Melayu.

5) Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.

6) Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.

7) Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukkan hak milik tanah peribumi

Sarawak.

8) Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.

9) Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.

10) Pemilikan tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.

11) Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.

12) Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran, tanah

simpanan dan tanah pendalaman.

13) Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.

14) Mewartakan Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi 1889.

15) Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.

16) Menganggap tidak sah segala urusan tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum

1888.

17) Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan orang Eropah.

18) Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada

orang asing.

► Jelaskan kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.

1) Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari

China untuk tujuan pertanian.

2) Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.

3) Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan

berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.

4) Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan,iaitu kawasan

tanah campuran,kawasan tanah simpanan dan kawasan tanah pendalaman.

5) Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.

6) Proklamasi III perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa Kepentingan hak milik tanah

peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.

7) Segala urusniaga tanah dengan orang eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.

8) Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang

asing.

► Apakah kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.

1) Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan

penanaman padi.

2) Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya daripada kalangan orang Melayu dalam sektor

perusahaan getah berkurangan.

3) Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dinaikkan.

4) Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali

oleh kerajaan British.

5) Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi

rancangan Sekatan steveson 1922 semasa kejatuhan harga getah.

6) Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksanaan Rancangan Peraturan

Getah antarabangsa pada tahun 1934.

7) Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

► Mengapakah British ingin mengekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.

1) Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

2) Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti

Thailand,Indo-China dan Myanmar.

3) Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin. Sekirannya berlaku kekurangan

pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.

4) Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.

5) Pekebun kecil dilarang menanam kerana mengancam ladang getah pengusaha Eropah.

Mengapakah orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan

British di Tanah Melayu.

1) Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.

2) Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang

mengaut keuntungan negara.

3) Menggalakkan pelaburan eropah melalui skim perladangan.

4) Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.

5) Menyekat orang Melayu daripada menanam getah.

6) Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

7) Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga

getah.

8) Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi

kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.

9) Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi British

► Terangkan faktor- faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar baru di Tanah

Melayu pada awal abad ke – 20.

1) Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan

Seremban.

2) Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.

3) Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.

4) Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar Johor Bahru.

5) Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.

6) Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan

Klang,Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan.

7) Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir serta lada

hitam.

► Huraikan ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

1) Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar

bandar, kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum India tinggal di estet.

2) Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum

India kebanyakannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di

lombong bijih timah.

3) Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.

4) Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.

5) Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing.

Jelaskan sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

1) Memperkenalkan sistem pendidikan vernakular.

2) Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa

pengantar

3) British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.

4) Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belaga,Singapura.

5) Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di

Perak.

6) Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun

1885.

7) Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.

8) Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-

cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.

9) Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih

guru sekolah Melayu.

10) Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.

11) Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British dibandar seperti Sekolah Tamil

Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.

12) Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan

bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

13) Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.contohnya, Sekolah Chung Hwa (1914) dan

Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.

14) Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan

sukatan pelajaran datangnya dari China.

15) Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk

menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.

16 ) Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan

badan sukarela,di Tanah Melayu.

17) Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya yang terletak di bandar dan

pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.

18) Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.

19) Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak

lewat.

Terangkan sejarah perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu pada awal

abad ke -20.

1) Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British

memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.

2) Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan

perkilangan tempatan yang sedikit.

3) Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip

Leong mendirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.

4) Syarikat kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,selangor.

5) Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di

Ipoh Perak, yang menghasilkan barangan berasaskan getah

6) Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek,kapal kecil dan

mesin memproses getah.

7) Perusahaan mengetin nenas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor

untuk eksport.

8) Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah

Melayu pada awal abad ke -20.

1) Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan

pengangkutan dan perhubungan.

2) Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan

perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

3) Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping

dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenham,kawasan perlombongan di

Seremban ke Port Dickson dan Tapah Road dengan telok Anson.

4) Pada tahun 1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri

Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.

5) Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah

disiapkan pada tahun 1918.

6) Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang

dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina.

7) Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke

Singapura.

8) Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan

pendalaman untuk penanaman getah.

9) Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya

pembinaan jalan kereta api.

10) Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

11) Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah

dan getah ke pangkalan sungai.

12) Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.

13) Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada

tahun 1902.

14) Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura

siap dibina.

15) Jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan

antara negeri-negeri di Pantai Timur.

16) Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara

turut diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.

17) Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan

dengan lebih cekap dan cepat.

► Apakah sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal

abad ke – 20.

1) Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.

2) Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.

3) Jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di

Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.

4) Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.

5) Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.

6) Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.

7) Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

8) Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa

wap.

9) Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengekspot getah dan bijih timah ke Eropah.

► Terangkan langkah-langkah diambil oleh British untuk meningkatkan perkhidmatan

kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

1) Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan Kuala lumpur dalam usaha mengawal

wabak penyakit berjangkit mudah merebak.

2) Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah

merebak.

3) Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat

kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.

4) Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah

Jesselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.

5) Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu dibahagian Kuching dan Pusat perubatan

kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.

6) Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Tung Shin di

Kuala Lumpur yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih

timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.

7) Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan

untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.

8) Lembaga Sanitary Board ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di

bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala Lumpur.

9) Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan

bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.

SEJARAH TINGKATAN 4 - BAB 9

BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

    A. Perubahan masyarakat dan budaya Eropah

    ► Apakah yang dimaksudkan dengan zaman Gelap di Eropah?

  1. Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom, masyarakat dalam keadaan mundur, merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
  2. Mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


    ► Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.

  1. Pada masa itu tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
  2. Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
  3. Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
  4. Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
  5. Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
  6. Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
  7. Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
  8. Kelembapan ilmu pengetahuan.
  9. Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
  10. Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
  11. Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
  12. Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu olch serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
  13. Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di kawasan Mediterranean.
  14. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
  15. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan mata wang terhad.


    ► Nyatakan ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.

  1. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
  2. Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan dianugerah tanah.
  3. Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah. Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
  4. Pembesar Melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana raja.
  5. Terdapat hamba yang memberi khidmat kepada pembesar kerana gagal menjelaskan hutang.


    ► Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah?

  1. Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
  2. Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
  3. Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
  4. Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
  5. Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence di Itali.
  6. Melahirkan kelas pertengahan terdiri yang daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankan.
  7. Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
  8. Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
  9. Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
  10. Perubahan ini memberikan hak politik kepada rakyat.
  11. Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.



    B. Zaman Renaissance

    ► Apakah yang dimaksudkan dengan Renaissance?

  1. Berasal daripada perkataan Itali, renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.


► Senaraikan tokoh humanisme.

  1. Francesco Petrarch
  2. Niccolo Machiavelli
  3. Giovanni Bocaccio


► Terangkan sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.

  1. Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
  2. Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
  3. Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
  4. Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.
  5. Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
  6. Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa.
  7. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
  8. Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
  9. Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
  10. Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
  11. Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
  12. Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
  13. Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo.
  14. Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek intelektual serta fizikal di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain menjadi pelukis dan pengukir agong, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
  15. Terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More , Francis Bacon dan William Shakespeare.


    ► Mengapakah berlaku permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali?

  1. Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai oleh keluarga Medici.
  2. Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence.
  3. Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli matematik mencabar pemikiran mereka.
  4. Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
  5. Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat Islam manakala gereja menyatakan bumi sebagai pusat Islam.
  6. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan mesuatu fenomena Islam.
  7. Pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena Islam.


    ► Apakah langkah yang diambil oleh Paus untuk menjadikan Rom sebagai pusat Renaissance di Itali?

  1. Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir.
  2. Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom.
  3. Membina Katedral St. Peter.
  4. Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.


    ► Terangkan sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance.

Francesco Petrach

  1. Dikenali bapa humanisme.
  2. Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu.
  3. Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan Paderi.
  4. Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
  5. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern pernerhatian.

Niccolo Machiavelli

  1. Dikenali tokoh humanisme.
  2. Menghasilkan buku "The Prince"
  3. Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.
  4. Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
  5. Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik.
  6. Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah.
  7. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Leonardo da Vinci

    1. Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
    2. Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
    3. Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa".
    4. Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
    5. Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.
    6. Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian silam.
    7. Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.


    ► Nyatakan kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.

  1. Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
  2. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
  3. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.
  4. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
  5. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
  6. Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.
  7. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.
  8. Dari segi psikologinya, unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
  9. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.
  10. Pendidikan baru menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat melahirkan ‘manusia Renaissance’ yang mempergunakan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
  11. Pengajaran daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.


    C. Zaman Reformation

    ► Apakah yang dimaksudkan dengan Reformation?

  1. Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
  2. Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pads abad ke-16 yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.


    ► Apakah yang anda faham dengan Counter Reformation.

  1. Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.


    ► Mengapakah gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad ke-16?

  1. Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
  2. Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
  3. Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
  4. Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences, Surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
  5. Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah.
  6. Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences.
  7. Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam amalan pengibadatan dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.
  8. Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud 'mambantah' yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik dan golongan paderi.


    ► Jelaskan kesan terpenting Zaman Reformation di Eropah.

  1. Agama Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan.
  2. Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
  3. Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin pula oleh John Calvin.
  4. Berlaku perang keagamaan di Perancis, dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.
  5. Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
  6. Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
  7. Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.
  8. Kuasa Gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya, semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.


    D. Penjelajahan dan penerokaan

    ► Senaraikan Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.

  1. Portugal
  2. Sepanyol
  3. Belanda
  4. Inggeris


► Nyatakan laluan orang Eropah ke Timur

  1. Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.


    ► Terangkan sebab-sebab berlaku penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.

  1. Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur.
  2. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
  3. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
  4. Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah.
  5. Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gerej a di Eropah.
  6. Semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
  7. Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan Belanda menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
  8. Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.


    ► Apakah kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat?

  1. Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
  2. Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
  3. Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
  4. Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
  5. Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
  6. Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia Tenggara dan Laut China Selatan dikuasai oleh Portugis.
  7. Penduduk tempatan menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
  8. Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
  9. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
  10. Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerj a di lombong dan di ladang mereka.
  11. Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.

    ► Apakah sikap yang perlu ada untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah?

  1. Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
  2. Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
  3. Kegigihan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.
  4. Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasa meneroka lautan serta daratan.


    E. Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    ► Senaraikan sistem tanah di Britain?

  1. Tanah awam
  2. Tanah milik persendirian


    ► Nyatakan kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya?

  1. Tuan tanah memiliki tanah yang luas.
  2. Membentuk ladang pertanian.
  3. Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
  4. Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.


    ► Apakah kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap petani-petani kecil?

  1. Petani kecil tidak mampu memagari tanah.
  2. Kos untuk memagar tanah tinggi.
  3. Petani terpaksa menjual tanah.
  4. Terpaksa bekerja di ladang milik tuan tanah yang kaya.
  5. Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
  6. Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.


    ► Huraikan sebab-sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.

  1. Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.
  2. Britain menghadapi pertambahan penduduk, menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
  3. Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
  4. Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
  5. Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
  6. Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian meningkat.
  7. Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran secara meluas.


    ► Jelaskan kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.

  1. Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
  2. Lebihan produk dieksport.
  3. Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
  4. Menyediakan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
  5. Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh penting dalam masyarakat.
  6. Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.


    ► Senaraikan ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.

    Water Frame

  1. Dicipta oleh Richard Arkwright pada tabun 1769.
  2. Alat pemintal benang.
  3. Menggunakan kuasa wap.

    Spinning Jenny

  1. Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.
  2. Alat pemintal benang.
  3. Menggunakan tangan dapat memintal Japan jurai benang serentak.

    Enjin Berkuasa Wap James Watt

  1. Dicipta oleh James Watt.
  2. Memperbaiki enjin rekaan Nercomen
  3. Untuk melombong arang batu.
  4. Untuk dieksport.


    ► Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.

  1. Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.
  2. Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian.
  3. Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
  4. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindusrtrian.
  5. Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
  6. Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustrian Britain.


    ► Apakah perubahan yang berlaku akibat daripada Revolusi Perindustrian di Britain?

  1. Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.
  2. Pemodal hanya mengkhusus kepada satu bidang indusrtri untuk mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut.
  3. Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
  4. Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara.
  5. Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa.
  6. Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.
  7. Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri.


    ► Apakah sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?

  1. Digunakan untuk memacu bot.
  2. Memacu kenderaan di darat.
  3. Lokomotif dipacu dengan enjin berkuasa wap.
  4. Lokomotif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
  5. Keretapi menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat.
  6. 1875 keretapi berkuasa wap digunakan dari Taiping ke Port Weld. Kapal laut berkuasa wap diguna secara meluas.


    ► Huraikan kesan Revolusi Perindustrian di Britain.

  1. Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara
  2. Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian.
  3. Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
  4. Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
  5. Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
  6. Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerj a kilang.
  7. Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
  8. Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.
  9. Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
  10. Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta.
  11. pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
  12. Terdapat Akta Anti-penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
  13. Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
  14. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil.
  15. Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
  16. Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.


    ► Bagamanakah nasib pekerja kilang pada zaman Revolusi Perindustrian di Britain?

  1. Kemahiran pekerja kilang dalam industri tekstil tidak diperlukan setelah mesin diperkenalkan.
  2. Kerajaan memperkenalkan Akta Antipenggabungan.
  3. Melarang pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
  4. Melarang pekerja bergabung untuk mendapatkan gaji yang lebih daripada majikan.
  5. Pekerja yang melanggar peraturan dikenakan hukuman berat.
  6. Kanak-kanak berumur 10 tahun sering ditindas di kilang tekstil.
  7. Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
  8. Gaji pekerja wanita lebih rendah daripada pekerja lelaki.
  9. Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.
  10. Keselamatan pekerja tidak terjamin berhadapan dengan risiko yang tinggi.




    ► Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang?

  1. Pada tahun 1824, Akta Antipenggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.
  2. Pada tahun 1833, Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah.
  3. Had masa masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari.
  4. Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.
  5. Pada tahun 1842, Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.
  6. Pada tahun 1847, memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih Sepuluh jam sehari.


G. Imperialisme

    ► Apakah yang dimaksudkan imperialisme?

  1. Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lemah.
  2. Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.


► Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.

  1. Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus, emas dan perak.
  2. Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
  3. Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain, Jerman, Belanda, Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis.
  4. Revolusi pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
  5. Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama Kristian ke seberang laut.
  6. Semangat perlumbaan di kalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
  7. Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai "the white man's burden", oleh Perancis sebagai "mission civilisatrice", oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai "the blessings of the Anglo-Saxon protection.


► Huraikan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.

  1. Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.
  2. Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
  3. Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India, Belanda di Indonesia, Perancis menjajah lndo China dan Amerika menduduki Filipina.
  4. Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
  5. Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
  6. Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
  7. Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
  8. Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.
  9. Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
  10. Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.